101 Impian

"You bank accout growing when you list of goal growing." ~ Jim Rohn.

Lebih kurang begitulah Jim Rohn kata.

Tapi, apa yang kita faham berdasarkan mesej yang Jim Rohn sampaikan?

Maksudnya, apabila kita mempunyai impian, cita-cita atau angan-angan dan kita tulis dalam kertas.

Maka wang dalam akaun bank kita semakin gemuk.

Percaya atau tidak, betul atau salah kita kena buat sendiri dahulu baru tahu.

(Pada Julai, 2016, idea ini telah diuji dan ia terbukti berkesan.)

Jika betul. Tahniah. Jika tidak? Pun tahniah juga.

Tak semua orang berani pasang impian sendiri.

Jadi, ini 101 impian yang selama ini saya pendam lagi mahukan.

101 Impian

  1. Berjaya menjadi seorang direct-response copywriter.
  2. Berjaya bermain piano dengan mudah lagi menyeronokkan.
  3. Berjaya menjadi seorang forex trader yang berjaya dapatkan sekurang-kurangnya 50 pip sehari.
    • Berjaya double-kan account dalam 3 hari dengan mudah.
    • Berjaya triple-kan account dalam 5 hari dengan mudah.
    • Berjaya jana sekurang-kurangnya $1,000 profit sehari dengan mudah.
  4. Berjaya menguasai seni mempertahankan diri judo sepenuhnya.
  5. Berjaya menetap di Hokkaido, Jepun.
  6. Berjaya peroleh sekurang-kurangnya RM3,000 sehari pendapatan peribadi dengan mudah, menyeronokkan lagi berkat.
    • Berjaya peroleh RM1,000 pendapatan peribadi pertama dalam 45 hari.
    • Berjaya peroleh RM2,000 pendapatan peribadi pertama dalam 30 hari dengan mudah.
  7. Berjaya jana RM 1,000,000 pertama.
    • Berjaya jana RM5,000 pertama. (RM2,000 daripada bisnes saya sendiri. RM3,000 lagi daripada bisnes jahit mak saya.) 
    • Berjaya jana RM10,000 pertama. (Berjaya close RM15,000 melalui blog yang saya buat untuk abang ipar saya mengenai renovate dapur rumah.)
    • Berjaya jana RM20,000 pertama.
    • Berjaya jana RM50,000 pertama.
    • Berjaya jana RM100,000 pertama.
  8. Berjaya derma sekurang-kurangnya RM100,000 setahun dengan mudah lagi menyeronokkan.
  9. Berjaya menjadi seorang bisnes konsultan yang terkemuka lagi dihormati yang setaraf Jay Abraham.
  10. Mempunyai aset bernilai RM7 juta dan nilainya semakin meningkat hari demi hari.
  11. Berjaya mempunyai wang simpanan kebebasan sebanyak RM 1.37 juta yang bersih lagi diberkati dan semakin bertambah wangnya hari demi hari.
  12. Berjaya hidup bersama pasangan yang pemaaf, lemah lembut lagi berkaca mata seperti Uka-sama.
  13. Berjaya bawa ibu bapa menunaikan umrah dengan mudah sebelum tahun 2020.
  14. Berjaya mempunyai vila putih seluas 2,000 kaki persegi sendiri lagi berkat di Osaka, Jepun.
  15. Berjaya mempunyai tanah seluas 7 ekar di Malaysia yang nilainya semakin meningkat hari demi hari.
  16. Berjaya menjadi seorang yang pemaaf, tegas, berani lagi komited.
  17. Berjaya terbit ebook pertama Rainmaker Marketing.
  18. Berjaya jual ebook Rainmaker Marketing sebanyak 1,000 unit.
  19. Berjaya buat apa sahaja sehingga siap/tamat dengan seronok.
  20. Berjaya memandu kereta dengan mudah, menyeronokkan lagi puas.
  21. Berjaya melancong di seluruh bandar dan desa di Jepun selama 3 bulan sebelum tahun 2020.
  22. Berjaya bebas daripada pemikiran yang merosakkan.
  23. Berjaya melancong ke seluruh dunia dengan mudah, bermakna, menyeronokkan lagi puas!
  24. Saya dapat memiliki semua ebook IH dengan mudah.
    • Saya berjaya khatam semua ebook IH dengan mudah.
  25. Saya kini mempunyai 1,000 database pelanggan yang berkualiti, responsif, supportive, bernilai lagi berkat.
  26. Hidup sepuas-puasnya lagi bermakna!

...akan dikemaskini dari masa ke semasa.

No comments

Leave a Reply

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim