Karya

"Membaca jambatan ilmu"
 Kakak saya Lia Ameera tanya,

"Danial, kenapa kamu suka membaca?"

Sejujurnya, saya memang kurang minat membaca, tetapi tidak tahu kenapa secara tiba-tiba saya terjadi seorang ulat buku.

Jika dahulu, nak pegang buku amat susah. Sekarang, lain pula ceritanya.

Bila difikirkan balik, saya suka membaca sebab membaca membuatkan masa saya jadi bernilai.

Dengan membaca, saya tak rasa rugi. Jadi, bila dapat sahaja pegang buku, terus membaca. Tidak kiralah mengenai apa sekali pun, asalkan bermanfaat dalam hidup saya.

Dengan membaca, kita dapat ilmu. Membaca itu umpama jambatan. Oleh sebab itu, orang bijaksana kata membaca jambatan ilmu.

Faham-faham? Bagus. :)

3 Buku Terbaik Sepanjang Zaman


I. The Success Principles

The Success Principles
Penulis: Jack Canfield dan Janet Switzer.

Kenapa Buku Ini Terbaik: Kerana Jack Canfield menerangkan 64 prinsip orang-orang berjaya peringkat antarabangsa. Cukuplah dengan prinsip #1 saya yakin kehidupan kita semua pasti berubah menjadi lebih kaya dan berjaya.

Rating: 4.9/5.

Beli: PTS.

Komen Penulis: Buku ini ditulis melalui pendekatan yang sangat santai seperti buku cerita. Inspirasi, menggiurkan dan mudah difahami. Wajib baca untuk insan yang mahu mengubah hidupnya jadi seorang yang berjaya.



II. The Attractor Factor

The Attractor FactorPenulis: Dr. Joe Vitale.

Kenpa Buku Ini Terbaik: Kerana beliau menerangkan 5 langkah untuk menarik apa sahaja yang anda mahu, jadi atau inginkan selama ini dengan mudah tanpa bekerja keras. Serius, 5 langkah ini telah memberi saya sebuah laptop Acer Aspire v5-471g dan internet unlimited secara percuma!

Rating: 4.99/5.

Beli: Amazon (Download percuma di eBooks-share.net).

Komen Penulis: Saya sangat suka buku ini sebab ia memberikan kesan yang segera tetapi berpanjangan. Inilah buku pertama yang memberi impak yang sangat mendalam dalam hidup saya. Insya-Allah hidup anda begitu juga. Tetapi, baca buku ini selepas sahaja anda habis baca buku The Success Principles.

III. The Millionaire Fastlane

The Millionaire FastlanePenulis: Mj DeMarco.

Kenapa Buku Ini Terbaik: Kerana buku ini mencabar guru-guru kekayan antarabangsa seperti Rich Dad Poor Dad, Ramit Sethi dan banyak lagi. Dalam buku ini dibongkarkan rahsia terbesar orang kaya dan menerangkan kenapa dan bagaimana seseorang itu boleh jadi jutawan di kala usia 30-an.

Rating: 4.999/5.

Beli: Amazon (Download percuma).

Komen Penulis: Sekiranya kita mahu bersara muda bersara jutawan yang bebas sepenuhnya, maka bacalah buku ini. Buku ini menerangkan 3 jenis manusia yang hidup di dunia ini. Dan sudah tentu manusia jenis ke-3 adalah jutawan muda.


Daripada Penulis

 Saya merayu kepada anda, baca ketiga-tiga buku tadi dan lakukan apa yang ditunjukkan. Percayalah, hidup anda pasti berubah 180 darjah.

Dari miskin jad kaya. Dari susah jadi senang.

Dan disebabkan ketiga-tiga buku ini menyebabkan hidup saya sentiasa berada dalam keadaan ceria lagi bahagia.

Tenang dan aman. 3 buku ini mesti dipegang di mana-mana sahaja. Mesti dibaca untuk setiap insan yang lahir di dunia ini.

Sekiranya mahu hidup kaya dan berjaya di dunia.

Itu sahaja dari saya.

Saya doakan anda sekeluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu. Dan saya doakan juga anda hidup dalam keberkatan dan rahmat Allah.

Aamiin ya Rabb.

4 comments:

  1. adoi..! bro layak dah jadi guru motivasi..sungguh terkesan saya dibuatnya!

    ReplyDelete
  2. saya sokong kakiblog...bagus sekali bila kita rajin membaca banyak ilmu yang boleh dicapai

    ReplyDelete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim