Eksperimen: Bagaimana Saya Bantu Mak Saya Jana RM315+ di Majalah.com

Majalah.com
Tahun lepas Mak saya tanya:

"Danial boleh tolong promote-kan bisnes jahitan baju kurung mak dekat internet tak?"

Saya pun jawab dengan selamba:

"Boleh."

Persoalannya sekararang ialah, bagaimana saya mahu market-kan bisnes mak saya di internet?

Mahu menggunakan medium apa?

Dan apakah cara yang terbaik?

Bila saya fikir dan fikir, teringat kitab Tawaran Meleleh.

Apa Itu Marketing

Dalam Tawaran Meleleh, Tuan Bukhari Ramli kata:
"Ada 3 rukun marketing."

  1. Market.
  2. Mesej.
  3. Media.


Dan Tuan Bukhari pesan lagi:
"Rukun marketing ini ikut terbit."

Maksudnya, utamakan yang utama.

Ia mesti ikut turutan. Mula-mula market, selepas itu mesej dan seterusnya media.

Kita tak boleh mula dari media dahulu atau mesej.

Sebab kalau kita tak tahu kepada siapa kita mahu jual dan apa masalah atau keinginan pelanggan kita, macam mana nak tulis ayat jualan?

Dan kalau kita tidak tahu di mana pelanggan melepak/berada. Macam mana nak pilih media yang sesuai?

Jadi, utamakan yang utama.

Maka...ini apa yang saya buat untuk eksperimen kali ini.

1. MARKET - Sebelum: Untung Sebelum Mula

Dalam 100 Seminar, Tuan Gary Bencivenga pesan (beliau ambil ayat ini dari Sun Tzu):
"The Battle Is Won Even Before It Is Engaged." ~ Sun Tzu.

Maksud beliau ialah: Kalau kita mahu mulakan sesuatu, pastikan kita tahu yang kita boleh berjaya atau untung atau menang.

Barulah kita boleh mula dengan yakin dan pasti.

Jadi, bagaimana saya nak tahu saya boleh untung sebelum mula?

Dengan....market research dan idea validation.

Market Research

Dalam bahasa Melayu dipanggil kaji pasaran.

Apa yang saya kaji?

  • Kaji adakah tempahan baju kurung perempuan di Ipoh perak ada permintaan atau tidak?
  • Ada pesaing atau tidak?
  • Berapa harga pesaing tawarkan?
  • Apakah ayat jualan yang pesaing guna?
  • Siapakah klien yang betul-betul perlukan dan mahu servis yang kita tawarkan?


Ada permintaan?
Eksperimen tempah baju kurung perempuan ipoh

- Bila search dalam Google ramai juga yang cari.
- Bila buat keyword research pun ada pesaing keluarkan duit untuk adwords.

Ada pesaing?
- Ada dan ramai.

Harga?
- Majoriti dalam RM 25 - 50.
- Kawasan yang moden seperti KL, Shah Alam dan sewaktu dengannya harga mahal.

Ayat jualan?
- Majoriti tulis:
"Menerima tempahan baju kurung, sepasang harga RMxx dan nombor telefon."

Siapa pelanggan?
- Ada 3 segmen pelanggan:
- Guru sekolah menengah perempuan yang mempunyai 3 orang anak dan mempunyai kereta Avanza.
- Pelajar Politeknik Engku Omar.
- Kakitangan kerajaan.

Bila dah tahu ada permintaan dan kenal pelanggan barulah pergi ke peringkat idea validation.

Idea validation ialah untuk mengesahkan sama ada benar atau tidak yang perkhidmatan/produk kita ada permintaan atau tidak. Maksudnya, ada orang beli atau tidak.

Kalau ada dan ramai. Maksudnya, permintaan tinggi.

2. MESEJ - Semasa: Bagaimana Saya Tulis Ayat Jualan

Bila kita dah kenal pelanggan dan apa yang dia mahu, barulah senang nak tulis ayat jualan.

Selalunya ramai usahawan susah sangat nak tulis ayat iklan atau jualan sebab tak kenal pelanggan, tak tahu apa yang pelanggan mahu.

Jadi, ini yang saya buat:

Tuan Suffian Salahudin selalu pesan,

"Iklan terbahagi kepada 3 bahagian."

  1. Headline.
  2. Offer.
  3. CTA = Call-To-Action.


Kalau tak silap saya lagi satu elemen ialah manfaat/benefit.

Tapi terasnya tetap tiga: Headline + Offer + CTA.

Headline:

Saya ikut headline dalam contoh ebook percuma Tuan Suffian.

Saya tulis:
"Tengah Cari Tukang Jahit Baju Kurung di Ipoh?"

Offer:
"Menerima tempahan:
Sepasang baju kurung untuk wanita sahaja: RM35 ~ siap dalam 5 hari atau percuma.
Atau,
2 pasang baju kurung untuk wanita sahaja: RM65 (Jimat RM5) ~ juga siap dalam 5 hari atau percuma."

CTA:

"Hubungi: 019-508 5880 (Kak Sal) ~ untuk membuat tempahan."

Dan elemn-elemen lain yang saya tambah iaitu intro dan PS:

Iklan yang terpapar dekat site majalah.com
Anda boleh lihat iklan sepenuhnya di sini.

3. MEDIA ~ Selepas: Di Mana Pelanggan Berada?

Sudah tentu kita tahu di internet.

Spesifik-kan lagi: Google.

Persolannya apa yang pelanggan cari?

Dan bagaimana nak buatkan page kita #1?

Apa yang Pelanggan Cari?

Pelanggan akan cari:
"tempah baju kurung Ipoh." 

Boleh Dapat Tempat #1 dalam Google?

Kalau saya buat website baru, memakan masa yang lama untuk dapatkan tempat pertama dalam Google.

Kalau guna Adwords? Berbayar pula. Saya tak nak keluarkan duit untuk sesuatu yang masih belum tahu dan pasti boleh pulang model atau tidak.

Jadi apa pilihan yang saya ada?

Percuma, cepat dan senang dapat #1 dapat Google?

Guna classified ads.

Sebab classified ads percuma, ranking pun tinggi dan apa yang penting cepat.

Dan majalah.com menjadi pilihan saya.

(Boleh je nak guna mudah ke lelong ke atau banyak lagi laman classified ads. Tapi yang penting berbalik kepada tujuan kita. Saya nak validate(pastikan) sama ada orang beli atau tidak. Bila ada, baru terus pergi ke media berbayar. Ini cerita lain.)

Daftar dan post dalam site tersebut.

Hasilnya:
- 10 orang call.
- 8 orang tempah baju.
- Ada seorang tempah 2 pasang.
- 2 orang nak buat joint venture.

Jadi > (8 orang x RM 35) + Sepasang baju lagi RM 35 = RM 315.

Daripada Penulis

Kesimpulannya? Eksperimen berjaya.

Bila saya dah tahu servis ada permintaan, barulah memaksimakan apa yang kita ada.

Barulah keluar duit buat iklan.

Keluar duit untuk dapatkan pelanggan.

Jadi, apa yang saya buat untuk memaksikan apa yang ada?

Saya buat blog baru dan ayat jualan baru dalam blogspot.

Target khas untuk orang perempuan yang tengah cari tukang jahit baju kurung perempuan di Ipoh, Perak.

Hasilnya? Hampir setiap hari ada orang telefon mak saya.

Yang ajaibnya ialah saya tak buat SEO pun untuk blog tersebut.

Sekadar biarkan 1 post sahaja.

Mana blognya? Saya terpaksa rahsiakan untuk sebab tertentu.

Jadi sekarang apa?

Saya nak ambil peluang ini untuk ucapkan jutaan terima kasih kepada:

  • Tuan Bukhari Ramli sebab buat kitab Tawaran Meleleh.
  • Tuan Suffian Salahudin sebab sudi bagi ebook free.
  • Tuan Faisal Abdullah dan Geng STP sebab sudi kongikan teknik idea validation.
  • Dan juga kepada anda kerana sudi baca sampai habis.


Saya doakan anda sekeluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu. ^_^

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

10 comments:

  1. Saya teknik yangbagus bagi mereka yang mula bisnes dan cara ini memang mengena.

    Lama tak dengar berita dtp adikku ini?

    PM di FB tak jawab?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada cuma jarang masuk FB.

      Kalau nak tanya apa-apa bolehlah emel saya di ~ danialde4@gmail.com

      Dan terima kasih kerana sudi komenter. :-)

      Delete
  2. Adik umur berapa?
    Penulisan yang matang. Tahniah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa rasa tingkatan 5 kot, mula2 saya kenal dia di FB umur dia baru tingkatan 3.

      Delete
    2. mudanya lagi....sy igt sudah 20an...

      Delete
  3. Tips dan kupasan yang sangat berguna...

    ReplyDelete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim