Menulis untuk Siap - 4 Kunci Asas Bisnes Internet

Kadang kala, kita merasa semua maklumat sudah ada di internet.

Malah, semuanya adalah maklumat yang sama dan diulang-ulang lagi mengikut pemikiran masing-masing.

Itulah sebenarnya perkara yang terjadi di atas muka bumi ini.
  
Kita nak cari apakah yang sebenarnya pelan tindakan yang pasti menjamin kejayaan blog kita. Tetapi semuanya adalah sama bekala.

...Dan apa yang saya pelajari selama ini ialah "Ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah".

Kalau saya sudah dapat sesuatu ilmu itu, saya selalu tidak mengamalnya kerana diri sendiri masih tidak percaya padanya lagi.

Kenapa?

Kerana semuanya adalah sama. Sama dan sama. Tidak ada yang berbeza daripada pendapat pakar mahupun baru lagi.

Pakar dapat nama hanya kerana sudah mempunyai pengalaman. Tetapi pakar tidak semestinya bagus dan baru tidak semestinya tidak hebat.

Bila dilihat daripada sudut yang berbeza ada yang mengatakan begini, begitu dan sebagainya. Wal hal perkaranya adalah sama.

  1. Trafik
  2. Tangkap
  3. Hubungan
  4. Jual

Itulah pelan asas buat duit atas talian. Pelan yang paling asas. Mula-mula usahawan internet ikut. Itulah 4 perkataan yang mereka guna. Tidak lain dan tidak bukan. Kalau ditanya mana-mana pakar sekalipun itulah mereka akan jawab.

Kadang kala, memang ia kurang tetapi. Namun kita boleh fikir menggunakan pemikiran konstruktif yakni pemikiran membina.

Trafik


Merupakan stasistik yang menunjukkan seberapa banyak pelawat masuk blognya. Tetapi pelawat haruslah tepat yakni pelawat hidup bukan "orang-orang".

Tangkap


Dalam dunia alam maya, perkara yang ter'paling penting ialah emel. Selagi blognya tidak dapat tangkap emel pelawat, selagi itu tidak dapat menjana duit. Sebab itu kita perlu dan mesti mengkaji siapakah sebenarnya pelayar yang berpotensi membeli daripada blognya.

Hubungan


Bila sudah tangkap, jangan lupa say hi pada pelanggan. Mereka ialah manusia yang ada akal fikiran. Mereka membuat keputusan mengikut emosi lalu emosi mereka harus dijaga dengan menyayanginya. Tanya kepada mereka, sihat ke? Sudahkah mengamal tip-tip yang diberikan?

Jual


Apabila menjual jangan dipaksa mereka untuk membelinya, mereka ada akal fikiran. Mereka tahu apa yang mereka buat. Cuma, kukuhkan dahulu hubungan silaturahim. Barulah dapat menjual sesuatu yang bermakna lagi menyelesaikan kerusingan mereka selama ini.

INGAT: Blog tanpa menyelesaikan masalah pelawat tidak dapat membina blog yang kukuh.

Lagi kukuh blognya, lagi kukuh pendapatannya.

Yang Sebenarnya...


Dalam hidup kita ini cuma ada satu perkara sahaja yang perlu kita ikut. Sekiranya kita patuh kepadanya, Insya Allah berjaya.

Jadi, apakah dia? Jawapannya ialah memberi.

Berusaha 100% untuk memberi nilai kepada pelawat supaya mereka dapat merasakan mereka ialah orang yang dihargai.

Akhiru kata,

Berusaha untuk memberi lebih, lebih hebat daripada berusaha untuk dapat lebih.

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

No comments

Leave a Reply

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim