Jangan Sesekali Membuat Andaian Sendiri Tanpa Kepastian yang Pasti
Tadi... Saya tersalah sangka dan menyebabkan kerugian sebanyak 30 minit masa saya, ibu dan abang saya. Ceritanya begini: Pada suatu ketika, mak saya ajak pulang ke kampung. Jadi, saya dengan rela hati ikut sekali sebab niat sekadar nak teman mak saya. Keesokan harinya. Ketika sedang bersiap-siap...

Ia Tidak Mengapa Kalau Kita Gagal
Saya nak bagi tahu satu rahsia: Sebenarnnya, saya takut. Saya takut apa orang kata kalau saya update status di Facebook. Saya takut kalau status saya tak capai standard kawan-kawan saya di Facebook, sebab semua kawan-kawan saya hebat-hebat berlaka. Jadi, saya ada 2 pilihan: Update status yang...

Kisah Bagaimana Saya Tukar RM 5 Jadi RM 50 Kurang 30 Minit Dengan Satu Tindakan
Ketika itu, saya sedang baca buku The Greatest Money-Making Secret in History! karya Dr. Joe Vitale. (Bukunya memang seronok, sungguh berinspirasi dan amat mudah untuk difahami.) Tiba-tiba, tanpa berfikir panjang saya buka dompet. Ambil RM 5 terus beri kepada kakak saya ketika itu sedang masak...

Kamu Kena Sedar Kamu Siapa
Hampir. Setiap hari. Berangan-angan nak hidup kaya dan berjaya. Tetapi, masalahnya: Tidak mahu bayar harga untuk hidup kaya dan berjaya. Kita kena sedar kita di mana sekarang. Kita kena sedar siapa diri kita sekarang sebelum terlambat. Saya sedar saya tak pandai dalam pendidikan formal. Saya...

3 Pengajaran Termahal Selepas 7 Bulan Bisnes
Pada pertengah tahun 2013, saya memulakan langkah pertama dengan membuat bisnes freelance. Tanpa mentor. Tanpa modal. Dengan laptop, internet dan pengorbanan saya 2 tahun sebelum itu. Pengorbanan apa? Pengorbanan sanggup ponteng sekolah. Memang kelakar bila difikirkan balik. Masa mula-mula buat...

Masalah dan Penyelesaian
Hari-hari, pasti kita menghadapi masalah. Tidak kiralah banyak, sedikit, besar atau kecil. Semua orang pasti akan menghadapinya. Persoalannya ialah kenapa? Kenapa masalah itu wujud? Sebabnya adalah berpunca daripada diri sendiri. Ya, simpel lagi memudahkan. Semuanya kembali kepada diri sendiri....

Apa Yang Akan Berlaku Jika Simpan RM 1 Selama Setahun?
Artikel sebelum ini saya syorkan anda simpan 10% sebulan. Tetapi, andai tidak mampu simpan 10% sebulan, RM 1 sehari sudah mencukupi. Persoalannya, apa yang akan berlaku kalau simpan RM 1 selama setahun? Sudah tentu dalam bank kita ada RM 365 ekstra. Dan dengan wang ekstra itu kita boleh gandakan...

Apakah Maksud Bayar Kepada Diri Sendiri?
Pada suatu hari, saya terbaca dalam buku Magnet Kekayaan & Kejayaan karya agung Dr. Azizan Osman. Dalam buku tersebut, ada tulis mengenai "Bayar Diri Sendiri Terlebih Dahulu." Pada ketika itu, saya memang kurang faham apakah maksudnya. Sesampailah suatu ketika, saya baca dalam buku The Total...

Otak Kena 'Basuh' dengan Bos
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang dihormati lagi dikasihi ramai. Petang tadi. Dalam pukul 6 begitu. Tiba-tiba, ada orang telefon "Helo, siapa ni?" Beliau balas, "Danial ni, kak Ija. Sekarang ada dekat mana? Kat rumah sorang-serang ke?" Saya, "Tak delah, Danial kat rumah....

2014: Tahun Baru, Template Baru
Syukur alhamdulillah. Tamat sudah tahun 2013. Banyak kenangan indah berlaku dalam hidup saya. Antaranya dapat laptop baru, berjaya memulakan bisnes sendiri dan banyak lagi. Segala ilmu yang saya pelajari dari awal tahun sehingga tamat tahun 2013 tidak ternilai. Baiklah. Izinkan saya kongsikan...

Akhirnya...
Penantian yang begitu panjang telah berakhir. Tiada lagi tekanan yang dipaksakan. Tiada lagi peraturan yang perlu dipatuhi sedangkan ia memberi pulangan yang sedikit dalam hidup ku. Mungkin, ia sudah tertulis di dalam hidup ku. Perkara lepas biarlah jadi teladan. Maafkan yang lalu. Fokus pada masa...

Hidup Sekali Sahaja
Kita bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hidup kita, kehidupan sekeliling dan sudah tentu ke atas nasib kita sendiri mahupun keluarga. Terlalu lama kita duduk dalam sesuatu zon membuatkan kita tersekat dan semakin mundur. Di dalam kehidupan kita hanya dapat memilih 2 pilihan sahaja: Mundur atau...

Kenapa Manusia Kaya?
Apabila ditanya kepada mana-mana orang sekalipun, pasti akan menjawab: "Ya, saya mahu kaya." Tetapi, ada juga sesetengah orang tidak suka akan kekayaan. Adakah ia pelik? Tidak. Dan saya adalah salah seorang yang mahu menjadi kaya. Jadi, saya kaji lebih dalam kenapa manusia kaya dan apakah perbezaan...

Mimpi Menjadi Realiti
"Kalaulah... aku boleh berkahwin dengan sang puteri itu." Saya jamin kita semua pernah bermimpi mahukan sesuatu, tetapi ia terlalu mustahil bagi kita kerana apa? Oleh kerana kita tidak yakin dengan kekuasaan Allah. Bila saya fikirkan balik, kenapa saya perlu guna perkataan "Kalaulah..." sedangkan...

Saya Sedar Siapa Saya
Saya mungkin tidak mampu memberi 9A dalam SPM nanti. Saya mungkin tidak dapat memberi kesenangan kepada keluarga dan kedua ibu bapa ku yang diberkati Allah dengan melanjutkan pelajaran sehingga ijazah. Namun, saya sedar apakah kekuatan diri saya. Saya sedar, apa yang saya kurang minat. Siapakah...

Perlukah Saya Menukar Template Blogspot, Selalu?
Sesungguhnya, kita memang pernah terfikir akan soalan ini yang masih belum terjawab: "Perlukah saya menukar template Blogspot?" Pada pendapat saya, jawapannya ada 2: Ya, sekiranya blog kita terkena penalti oleh Google atau tiba-tiba trafik blog kita dari carian merudum. Maka menukar template baru...

Kejahatan yang Semakin Lali
Apa yang sedang berlaku kepada diriku yang sebenarnya? Melakukan kejahatan seperti perkara biasa, sedangkan itu semua adalah salah di sisi Allah. Kenapa ini boleh berlaku? Kerana terpengaruh dengan TV. (Mungkin) Atau kerana hati mu telah dikawal oleh nafsu? Tidak mungkin, cuma... Ada sesuatu yang...

Kejayaan
Mengenali kejayaan adalah lebih mudah untuk membantu kita jadi insan yang berjaya. Kini kejayaan diukur melalui berapa banyak pencapaian yang berjaya kita lakukan. Namun, bagi saya: Lagi banyak kita memberi jasa kepada orang, lagi banyak kejayaan yang diperolehi. Itulah kejayaan yang saya faham...

Menemui Kebahagiaan Di Setiap Detik
Ketika ini, mereka berdua sedang bercuti. Di rumah ibu kandung si isteri. Dan ku adalah adik kandung si isteri itu. Dan ada kalanya, ku pelik melihat mereka berdua. Senyum seketika, namun di setiap detik pasti ada. Hanya sementara diperlukan, mereka berdua sudah tersenyum. Hanya seketika diperlukan,...

The Golden Circle - Mulakan Dengan Kenapa
Setiap hari.. Tanpa perhentian, kita teruskan hidup. Setiap hari kita tahu bagaimana untuk hidup. Bagaimana untuk makan. Dan paling penting kita tahu bagaimana untuk bekerja demi wang, bukannya wang bekerja untuk kita. Betul bukan? Dan, kita sebenarnya tersasar daripada landasan kehidupan yang...

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Loading...
Danial Abdul Rahim