Tentang Penulis

"Cara untuk mengali seseorang itu ialah dengan menghabiskan masa bersamanya."

Jadi, sebab itu anda pilih luangkan masa untuk ambil tahu tentang siapakah saya dan mahu mengenali pemilik blog ini dengan lebih dalam?

Secara asasnya...

Danial Abdul Rahim nama diberikan. Bukan. Abdul Rahim bukan nama saya tetapi nama ayah saya.

Jangan panggil saya Abdul Rahim.

Seterusnya, menetap di Ipoh, Perak. Akan berhijrah di Sungai Petani untuk meneruskan pengembaraan kehidupan di sana. Sekarang sudah bekerja di Sungai Petani.

Bla..bla...bla...

Dipendekkan cerita, ini sedikit sebanyak tentang latar belakang hidup saya:
  • 1996: Lahir di dunia ini. Kita semua telah wujud sebelum wujudnya alam ini, cuma belum direalisasikan sahaja.
  • 2012: Kita 'time-skip' sikit. Masa ini saya berjaya mempunyai laptop sendiri, walaupun 'second-hand' laptop kakak. Pada ketika inilah saya banyak belajar pasal blogging, internet, format latop, warez, cara nak pinjam wifi jiran secara percuma...err...dan banyak lagi.
  • 2013: Masa ini tahun yang paling seronok. Banyak yang saya belajar. Mula masuk dunia keushawanan. Mula kenal Majalah Niaga dan ramai lagi mentor kekayaan dan kejayaan tempatan dan antarabangsa. Masa ini telah mahir blogging. Dan berjaya cipta (redesign) template blogspot yang pertama iaitu Johny Simple Master.
  • 2014: Berjaya mula bisnes online yang pertama walaupun tengah SPM. Orang lain sibuk ulang kaji saya sibuk buat sales pages untuk bisnes saya.
  • 2015: Melalui banyak realiti kehidupan. 'Turning point' hidup saya. Mula kenal mentor bisnes yang saya paling hormat dan cintai iaitu Tuan Gary Bencivenga.
  • 2016: Mula mendalami bidang forex. Sangat menarik dalam dunia forex ini sebab ia memberi tahu perkara-perkara yang berlaku dalam negara-negara jiran kita dengan hanya chart candlestick. Kiranya gambaran keseluruhan (overview) Dahsyat bukan?
  • Ogos, 2016: Mula mengenali Google Adwords. Sebuah medium pemasaran online yang rumit tetapi menarik.

...bersambung. :)

Sejujurnya, ada banyak lagi yang mahu ditulis. Sebab banyak perkara yang menarik lagi menakjubkan yang berlaku sepanjang perjalanan hidup saya.

Hidup kita ibarat sebuah buku.

Hari demi hari tertulis dengan sendirinya.

Ia akan terhenti apabila jasad kita terpisah dengan roh.

Cuma, selagi mana kita masih hidup, kita boleh pilih apa yang kita mahu tulis.

Kenapa tidak tulis perkara-perkara yang kita suka lagi minati sesungguhnya memberikan kepuasan lagi kebahagian kepada kita?

Kenapa tidak tulis perkara yang membawakan kebaikan keseluruhannya.

Tidak terhad kepada diri sendiri sahaja.

Namun, ia semua bermula di?

Tangan kita sendiri.

Have fun.

Semoga kita dipertemukan lagi.

~ Danial Abdul Rahim
4 Julai, 2016.

No comments

Leave a Reply

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Loading...
Danial Abdul Rahim