Kita bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hidup kita, kehidupan sekeliling dan sudah tentu ke atas nasib kita sendiri mahupun keluarga.
Terlalu lama kita duduk dalam sesuatu zon membuatkan kita tersekat dan semakin mundur.
Di dalam kehidupan kita hanya dapat memilih 2 pilihan sahaja: Mundur atau maju.
Andai kita memilih untuk berdiam dan tidak melakukan apa-apa tindakan untuk mengubah nasib hidup kita, nescaya yang sebenarnya kita memilih untuk hidup mundur.
Hidup adalah berlimpahan.
Tidak ramai yang faham tentang petikan ayat itu. Maksudnya, rezeki Allah itu tidak terhitung. Allah boleh bagi setiap manusia mempunyai gaji RM1 juta sehari.
Namun, hanya yang mempunyai sebab yang kuat sahaja dapat apa yang diimpikan. Siapa faham hukum sebab dan akibat tahu apa yang saya tulis.
Hidup Hanya Sementara
Memang benar, hidup menunggu mati. Tetapi, kita perlu isi masa yang ada ini dengan 'membawa bekalan bermanfaat' untuk dibawa ke dunia yang kekal abadi.
Kita boleh pilih dan memilih untuk mengisi masa yang bernilai kita untuk siapa dan melakukan apa. Masa dibuang begitu sahaja sebenarnya sangat rugi.
Setiap hari, Allah memberi peluang kepada hamba-Nya untuk berubah. Andai hari ini kita berasa kurang puas, di kala malam hari kita boleh merancang untuk hidup puas di kala hari esok.
Walaupun tidak pasti sama ada hidup atau tidak esok. Cuma, rancang sahaja. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasibnya.
Saya bukan mereka cerita, tetapi ia adalah potongan ayat di dalam Al-Quran.
Masa untuk Memilih
Memang sukar untuk membuat keputusan untuk keluar daripada zon selesa. Memang payah. Tetapi percayalah, sekali kita pilih untuk keluar daripada zon selesa kita, Allah akan tolong kita.
Mula-mula mungkin kelihatan sukar. Lama-kelamaan secara tidak sedar kita sebenarnya sudah berubah ke arah yang lebih baik.
Saya tahu sebab saya pernah melalui proses ini. Dahulu, saya sangat suka menyalahkan orang lain. Apabila saya tidak dapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan, saya menyalahkan ibu dan bapa.
Sejujurnya, cikgu pun sudah lali dengan karangan saya yang suka menyalahkan ibu bapa. Sungguh tidak syukur saya ketika itu. Namun, berfikir sejenak, "Sampai bila saya mahu menyalahkan orang lain?"
... Dan saya memilih untuk berubah. Satu per satu bantuan yang saya dapat dari arah yang tidak disangkakan. Sentiasa ada sahaja ruang dan peluang untuk saya beubah ke arah yang lebih baik.
"Andai di dunia ini ada manusia yang sangat kejam, sudah tentu di dalam dunia ini ada manusia yang sangat baik."
Memang tidak ramai yang jumpa dengan orang yang sebegitu baik. Tetapi, golongan baik memang wujud dan saya bersyukur kerana berpeluang berkawan bersama mereka di Facebook.
Terima kasih semua. :)
Inspirasi Buah Fikiran
Mesej saya yang nak disampaikan di dalam artikel ini ialah: Mula mencipta sesuatu yang bermanfaat.
Tidak kiralah blog, artikel, lagu nasyid atau sebagainya.
Fikir tentang dunia akhirat. Di dunia hanya sementara, maka ciptalah bekalan yang sentiasa membantu kita di sana nanti.
"Bila kita kejar dunia, hanya dapat dunia. Namun bila kita kejar akhirat, kita dapat kedua-duanya."
Write in dark.
No comments