3 Pengajaran Termahal Selepas 7 Bulan Bisnes

3 Pengajaran Termahal Selepas 7 Bulan Bisnes
Pada pertengah tahun 2013, saya memulakan langkah pertama dengan membuat bisnes freelance.

Tanpa mentor.

Tanpa modal.

Dengan laptop, internet dan pengorbanan saya 2 tahun sebelum itu.

Pengorbanan apa? Pengorbanan sanggup ponteng sekolah. Memang kelakar bila difikirkan balik.

Masa mula-mula buat bisnes sendiri, tidak tahu apa yang penting apa yang tidak penting. Saya main hentam kromo sahaja.

Kesannya. Gagal 2 kali.

Maka, 3 pengajaran penting yang saya belajar daripada kegagalan tersebut.

Pertama: Niat Kena Betul

Buat bisnes sebab nak dapatkan duit tidak salah. Namun untuk permulaan, memang tidak digalakkan mempunyai niat sebegitu.

Kenapa? Sebab ia membuatkan diri kita cepat putus asa.

Minda akan kata, "Penat-penat buat bisnes, tapi dapat hasil ciput. Baik tak payah buat bisnes."

Hasilnya, 2 bulan pertama saya buat bisnes memang letih. Prestasi memang merudum. Tidak semangat nak buat bisnes.

Datang sekolah memang tidak ada mood. Memang negatif sangat ketika itu.

Lalu, saya refleksi diri balik. Kenapa saya suka sangat berasa letik dan cepat putus asa?

Jawapannya sebab niat tidak betul.

Saya perbetulkan niat. Buat bisnes sebab saya suka. Saya suka edit blog. Itulah passion saya selama ini.

Dan buat bisnes sebab nak bantu lebih ramai orang mempunyai blog yang kemas lagi disayangi Google.

Memang seronok sangat.

Pada bulan 12. Saya berjaya capai target jualan. Alhamdulillah. :)

Kedua: Kenali Pelanggan Sasaran

Kenapa ia sangat penting? Kalau tak kenal Pelanggan sasaran boleh menyebabkan bisnes kita merudum dan terus bankrup.

Oleh kerana apabila kita menjual kepada semua orang sebenarnya kita tidak menjual kepada sesiapa pun.

Maksudnya, tiada siapa yang sudi dengar tawaran kita.

"There is no one size fit all."

Contoh paling mudah ialah kita menjual boxer lelaki. Jadi siapa yang pakai boxer lelaki? Sudah tentulah orang lelaki bujang.

Kanak-kanak lelaki tak pakai boxer.

Bayi lelaki tak pakai boxer.

Orang perempuan tak pakai boxer. Ada ke? Itu abnormal.

Lagi terperinci kita kenal pelanggan sasaran, lagi mudah untuk kita menjual. Lantas bisnes kita semakin maju.

Ketiga: Harga Berpatutan

Bab harga memang sangat kritikal. Kalau kita main letak harga ikut suka hati memang bisnes lingkup.

Ia kena berpatutan dengan nilai produk atau servis yang ditawarkan.

Masa mula-mula saya buat bisnes, RM 30 adalah harga yang sangat murah. Dan pelangan merasakan ia servis yang tidak berkualiti.

Lalu, saya naikkan harganya jadi RM 50/blog. Ia harga biasa.

Lalu, saya naik lagi jadi RM 100/blog.

Ada yang kata mahal. Ada klien saya yang kata berpatutan dan berbaloi.

Yang kata mahal itu sebenarnya bukan pelanggan kita. Yang kata berbaloi pula ialah pelanggan sasaran kita.

Ingat, pastikan harga berbaloi dengan nilai yang kita tawarkan. Ini sangat penting.

Andai pelanggan masih lagi kata mahal, terangkan secara terperinci kenapa harganya begitu.

Daripada Penulis

Ada satu pengajaran emas yang saya dapat masa buat bisnes:

"The more you give, the more you get!" ~ Dr. Azizan Osman.

Ramai yang tak faham apa yang dimaksudkan dengan petikan beliau.

Maksudnya mudah: Kita bantu lagi ramai orang secara percuma, lagi ramai yang sudi buat bisnes dengan kita.

Contohnya: Kita bantu selesaikan masalah 1,000 pelanggan secara percuma, nescaya kita boleh jana RM 1,000 dengan mudah.

Itu untuk 1,000 pelanggan. Kalau 1 juta? Sudah tentu boleh jana RM 1 juta bukan? :)

Saya doakan anda sekeluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu. Dan saya doakan juga anda sekeluarga dapat menikmati kehidupan yang diberkati Allah.

Aamiin ya Rabb.

PS: Berminat nak belajar strategi pemasaran internet yang berkesan? Klik sini: Rahsia Pemasaran Rahman Basri (100% percuma).

Sumber gambar.

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

1 comment:

  1. Ya niat dan target kena betul. Pasaran nak jual kat mana pun kena stategik... kalau tidak kita tak akan ke mana. Terima kasih dik berkongsi pengalaman....

    ReplyDelete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim