Di kala menulis terasa lain macam.
... Rupa-rupanya ada kesalahan tatabahasa yang perlu diperbaiki.
Sememangnya kesalahan-kesalahan itu adalah kesalahan yang paling umum dalam hidup dia.
Jadi, mari lihat apakah kesalahan-kesalahannya.
Di
Dia selalu keliru antara di dekat dan di jauh. Untuk memahinya lebih dalam dan menguasai ilmu ini dia telah buat kajian sedalam-dalam yang mungkin.
Inilah dia apa yang dia dapat:
di+dekat = Untuk kata kerja
Contohnya, Pak Mat Tempe telah dibuang kerja.
buang = kata kerja.
di+jauh = Untuk tempat @ lokasi @ arah.
Contohnya, kunci kereta Pak Mail di atas meja.
Contoh lain: Letakkan baju itu di dalam mesin basuh.
Tambahan: Keluarga Abdul Samad sudah berada di Kuala Lumpur.
Ingat formula, Insya Allah senang!
Se-
Se bermaksud satu.
Ringkasnya, se = satu
Bila dilihat kembali artikel yang sebelum ini dia terlihat satu perkataan yang agak mencurigakan, iaitu:
Sekembali.
Bila dipecahkan, satu kembali.
Satu kembali?
Apakah? Ayat songsang. Memang salah.
Dan dia jumpa satu lagi perkataan yang agak mencurigakan iaitu:
Seketika.
Pecahkan, satu ketika.
Boleh diterima sebab kita selalu dengar ayat:
Pada satu ketika.
Tetapi ia agak kurang sedap atau mungkin salah.
Lebih selesa dengar lagi:
Pada suatu ketika.
Namun, suatu tidak boleh dipendekkan.
Seketika boleh diterima dan digunapakai!
Daripada Si Dia
Memang benarlah apa kajian yang dia telah buat.
Di, Se- banyak memainkan peranan dalam arena penulisan.
Seharusnya, kita lebih berhati-hati apabila menulis.
Kita boleh merancang, Dia yang akan menentukan!