Nota Ibadah Tingkatan 5 Pendidikan Islam - PERKAHWINAN DALAM ISLAM
Sumber/Rujukan: Nota Ibadah Tingkatan 5
Sumber: Anuar2u |
1) Konsep Perkahwinan Dalam Islam
- Selaras dengan fitrah manusia yang ingin hidup berpasangan;
- Mendapat zuriat yang solah;
- Memupuk sikap tanggungjawab atur rumah tangga.
2) Pengertian dan Takrif Perkahwinan
- Bahasa: Cantum /himpun.
- Istilah: Akad yang menggunakan lafaz nikah yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.
3) Hukum Perkahwinan
- Harus - Tiada tuntutan mendesak atau tiada perkara yang mengharamkannya;
- Wajib - Mampu zahir dan batin, dikhuatiri terlibat dengan zina;
- Sunat - Mampu zahir dan batin, tidak terlibat dengan zina;
- Makruh - Tidak mampu nafkah zahir, tetapi berkeinginan berkahwin;
- Haram - Tidak mampu, atau melakukan kezaliman kepada pasangan.
4) Hikmah Perkahwinan
- Menjamim Kesihatan - Mengelakkan daripada penyakit kelamin;
- Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani;
- Menjalinkan hubungan silaturahim antara kedua belah pihak;
- Memberi kententeraman kepada suami dan isteri.
5) Asas Pembinaan Rumah Tangga untuk Menjamim Kebahgiaaan
- Imam dan takwa;
- Kasih sayang dan belas kasihan;
- Pergaulan yang baik.
6) Persediaan Sebelum Memasuki Gerbang Perkahwinan
- Ilmu dan akhlak;
- Fizikal dan mental;
- Ekonomi yang stabil.
7) Implikasi Perkahwinan yang Tidak Mengikut Undang-undang Keluarga Islam
INDIVIDU
- Dikenakan tindakakan undang²;
- Dipandang serong.
KELUARGA
- Nama baik keluarga akan tercemar;
- Timbul perasaan benci membenci.
MASYARAKAT
- Menjadi kucar kacir kerana tidak menghormati undang²;
- Mewujudkan masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
8) Langkah-langkah untuk Mengatasi Masalah Perkahwinan Yang Tidak Mengikut Undang-undang Islam
- Perhatian IBU BAPA /MASYARAKAT - Pastikan perkahwinan mengikut undang².
- Program AGAMA - Memberi penjelasan tentang undang² keluarga Islam.
- Tindakan UNDANG² - Penguatkuasaan dan perlaksanaan kepada yang melanggar hukum syarak dan undang penguat kuasaan.
Sumber/Rujukan: Nota Ibadah Tingkatan 5