Pendidikan Islam Tingkatan 4 - Tilawah al-Quran: Manusia Perlu Bersyukur |
Manusia Perlu Bersyukur
Ayat bacaan Tingkatan 4: Ayat 1 - 35:Klik untuk saiz besar |
Maksudnya:
Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?(Surah Al-An'am: Ayat 6)
1. Mensyukuri Nikmat Allah SWT
Nikmat Allah:
- KEMAKMURAN
- IMAN
- ISLAM
- SIHAT TUBUH BADAN
- SEMPURNA FIZIKAL
- AKAL FIKIRAN
- KEMERDEKAAN
- KEAMANAN
2. Cara Bersyukur
ANGGOTA
|
CARA
|
HATI
|
SENTIASA
INGAT ALLAH YANG MEMBERI NIKMAT
|
LIDAH
|
UCAP SYUKUR BILA
DAPAT NIKMAT
|
TUBUH BADAN
|
GUNAKAN
NIKMAT UNTUK KEBAIKAN
|
3. Langkah Untuk Menjaga Nikmat Allah
- Sentiasa mensyukuri nikmat Allah SWT
- Amar Makruf Nahi Munngkar
- Gunakan Nikmat kearah kebaikan
- Nikmat bukan bertujuan EGO, SOMBONG, BERBANGGA DSB
- Tidak menggunakan nikmat ke arah jalan yang dimurkai
4. Kemusnahan Umat Terdahulu
KAUM
|
NIKMAT
|
KEMUNGKARAN
|
AZAB
|
`Ad
|
1.
Hidup Mewah
2.
Tanah Subur
|
1.
Tolak Ajaran Nabi Hud
2.
Tidak Beriman
3.
Kufur
|
Diturun
Angin Puting Beliung
|
Tsamud
|
1.
Kaya
2.
Hidup Mewah
|
1.
Angkuh
2.
Tak Beriman
3.
Tuduh Nabi Soleh Pendusta
|
Halilintar
Kuat
Gempabumi
Dahsyat
|
Lut
|
1.
Sangat Mewah
|
1.
Tolak Ajaran Nabi Lut
2.
Homoseks
3.
Tidak Bersyukur
|
Bumi
Diterbalikan Dan Semuanya Musnah
|
5. Hikmah Allah Binasakan Umat Dahulu
- Menyedarkan manusia tentang kekuasaan Allah SWT
- Supaya Manusia melaksakan perintah Allah SWT
- Sebagai Pengajaran kepada Manusia
- Memberi peringatan kepada Manusia supaya tidak bersikap sombong dengan nikmat yang dimiliki
- Supaya Manusia sentiasa Bersyukur
6. Manusia Sebagai Khalifah Perlu ada Tanggungjawab
Tanggunjawab terbahagi kepada 2 iaitu:- Kepada Allah SWT
- Kepada Alam
- Beribadah kepada Allah.
- Melaksanakan perintahnya
- Memelihara dan menegakkan agama Allah
- Amanah terhadap suruhannya
- Melaksanakan Amar Makruh Nahi Munkar
- Sentiasa mensyukuri nikmatnya
- Membangun dan mengurus alam dengan baik
- Mengadakan pembangunan alam untuk kesejahteraan semua
- Membangunkan alam berlandaskan syariat Allah
- Memelihara kurniaannya dengan baik
- Memakmurkan alam
7. Pengajaran Ayat
- Allah membinasakan umat terdahulu kerana mereka kufur dan mendustakan agama
- Pangkat kedudukan dan kekayaan kita tidak dapat menghalang Allah dari menurunkan azab
- Kebinasaan dan kemusnahan yang berlaku kepada manusia adalah akibat perbuatan mereka sendiri
- Kita perlu mengurus dan mentadbir alam dengan baik
- Pelajari sejarah umat terdahulu dan ambil iktibar darinya
Nota ini:
Di ambil daripada Ustazah Normaiza yang saya sayangi. Kerana dia saya menjadi manusia, kerana dia saya menjadi orang baik dan kerana dia saya boleh kongsikan nota ini kepada anda semua. Nota ini sebenarnya berbentuk PowerPoint(PPT), Dibuat oleh Mohd Khairi Mohd Zin. Sumber Gambar