Give it away!
Ketika itu, saya sedang baca buku The Greatest Money-Making Secret in History! karya Dr. Joe Vitale.

(Bukunya memang seronok, sungguh berinspirasi dan amat mudah untuk difahami.)

Tiba-tiba, tanpa berfikir panjang saya buka dompet. Ambil RM 5 terus beri kepada kakak saya ketika itu sedang masak magi di dapur.

Lalu kakak ku ucapkan terima kasih.

Dia pun pelik, saya lagi pelik.

Magi sudah siap, makan sambil membaca buku Dr. Joe Vitale.

Selepas beberapa minit, saya buka Facebook untuk lihat apa yang terbaru.

Tiba-tiba ada orang PM saya, "Salam Tuan Danial, ada buat servis blog ye?"

Saya pun balas, "Wasalam ,ada :)"

Bincang dan bincang sehinggalah beliau terus bayar servis saya tanpa buat kerja dahulu. Terkejut dibuatnya.

(Saya selalu buat kerja dahulu baru bayar.)

Tak sangka saya dapat pulangan yang sangat cepat dan mudah.

Tetapi bagaimana saya boleh buat begitu? Apakah rahsianya? Kalau saya tahu rahsianya, mesti saya boleh buat lagi.

Rahsia Disebalik Memberi

Apabila saya sudah baca buku The Greatest Money-Making Secret in History! barulah saya faham kenapa saya dapat duit dengan mudah.

Kuncinya: Kalau kita nak duit, beri duit.

Dan kunci memberi ialah: Jangan TERLALU mengharapkan pulangan selepas memberi.

Itulah saya suka buat dahulu. Selepas sedekah di Masjid, saya selalu fikir bila saya akan dapat balik duit yang saya sedekah itu.

Kalau saya berfikir begitu, itu namanya bukan memberi tapi melabur. Kalau nak melabur jangan memberi.

Ia dua perkataan yang berbeza maksudnya. Apabila kita memberi, niat utama adalah untuk membantu. Memberi bantuan dengan ikhlas yakni pemberian yang langsung tidak mengharapkan balasan.

Itulah baru maksud memberi yang sebenar.

Memberi yang sebenar = Memberi tanpa mengharapkan balasan.

Bahagian Paling Penting Ialah...

Perasaan kita SEMASA memberi.

Maksud saya ialah: Semasa kita nak memberi itu, apa yang kita rasa? Rasa terpaksa? Rasa tak cukup duit? Rasa nanti duit habis? Rasa risau? Atau rasa seronok?

Andai perasaan kita semasa nak memberi negatif yakni rasa tak cukup duit, terpaksa dan seumpama dengannya, maka jangan memberi langsung.

Sebab pemberian tersebut tak ikhlas, lebih jelas: Tak ikhlas nak membantu betul-betul.

Jadi, memberi apabila kita rasa betul-betul seronok dah ikhlas.

Kenapa saya beri RM 5 dapat balik RM 50 kurang 30 minit? Sebab semasa saya beri RM 5 kepada kakak saya, hati saya sangat gembira.

Itulah rahsianya. :)

Nota: Saya bukan nak menunjuk yang saya ini hebat atau sebagainya. Niat saya hanyalah untuk berkongsi agar kita lebih berinspirasi untuk memberi lebih banyak.

Daripada Penulis

Allah itu maha adil. Kita beri dengan hati yang ikhlas, dapat pulangan yang ikhlas.

Kita beri dengan hati yang terpaksa, dapat pulangan yang terpaksa.

Dan dunia ini penuh dengan keberkatan yang berlimpahan (Abundance).

Duit kita tidak akan habis kalau beri segala-galanya yang kita ada.

Kalau tak percaya, baca buku The Greatest Money-Making Secret in History!

Barulah anda akan faham.

Download di sini (100% Percuma): The Greatest Money-Making Secret in History!

Have fun. :-)

3 Buku Copywriting Terbaik Sepanjang Zaman.
Ada orang tanya,
"Danial, macam mana nak tulis ayat copywriting yang bagus kat Facebook? Ada tak buku yang bagus tentang copywriting?"

Pertama-tama, kita perlu faham apakah 3 elemen penting setiap iklan perlu ada.

Kedua, kita kena faham pelanggan kita betul-betul. Bukan setakat kenal sahaja.

Kenapa?

Bila kita faham kepada siapa kita nak jual produk atau servis, maka proses menjual menjadi mudah. Memang mudah.

Dan cara paling mudah untuk kenal pelanggan siapa kita ialah dengan berkawan dengan mereka.

Dapat?

Jawapan untuk soalan kedua pula:

3 Buku Copywriting yang Terbaik


1.) Kick-Ass Copywriting Secret Marketing Rebel - John Carlton

Dalam banyak buku copywriting yang saya baca, buku ini adalah buku yang terbaik menerangkan strategi dan teknik copywriting yang berkesan.

Di mana teknik dan strategi tersebut digunakan oleh copywriting antarabanga seperti Gary Halbert dan ramai lagi.

Dan buku ini adalah buku panduan utama apabila saya nak tulis ayat copywriting.

Teknik yang diajar di dalamnya memang senang nak digunakan. Lantas membuatkan saya mudah menulis ayat copywriting.

2.) The Ultimate Sales Letter - Dan Kennedy

Buku lebih menekan strategi copywriting berbanding dengan teknik copywriting. Maksudnya lebih menekan asas dalam copywriting.

Kalau kita masih lagi kosong tentang copywriting, maka bacalah buku ini dahulu sebab Tuan Dan Kennedy menerangkan langkah demi langkah bagaimana untuk menulis ayat iklan yang berkesan.

Apa yang saya tidak boleh lupakan ialah bahagian Call-To-Action. Terdapat 6 jenis Call-To-Action yang membuatkan pelanggan tak sabar nak membeli.

Memang terbaik! :)

3.) Power Copywriting For The Internet - Bob Serling

Dalam buku ini fokus kepada sebelum proses menulis ayat copywriting berlaku. Maksudnya buku ini menerangkan apa yang kita buat sebelum nak tulis ayat copywriting.

Saya terkejut pada bahagian permulaan sebab beliau menjelaskan 3 ciri pelanggan kita yang paling ideal.

Dengan 3 ciri ini maka mudahlah proses menjual berlaku.

Nak tahu?

3 Ciri Tersebut Ialah:

  • Minat - Siapakah orang yang betul-betul berminat (terdesak) dengan tawaran kita?
  • Mampu - Siapakah orang yang paling berduit untuk membeli tawaran kita?
  • Kuasa - Siapakah orang yang ada kuasa untuk membeli produk kita secara terus (Tak perlu minta kebenaran isteri. Hoho).


Daripada Penulis

Persoalannya, di mana kita nak cari semua buku ini?

Jawapan: Di Google.

Saya bagi petunjuk sikit: Forum.

Carilah sampai dapat.

Have fun. :)

Kredit gambar,

3 elemen penting setiap iklan perlu ada.
(Iklan = Surat Jualan)

Andai salah satu elemen hilang, maka surat jualan kita akan gagal memberi respon yang terbaik.

Oleh kerana ketiga-tiga elemen ini ibarat sebuah bangunan yang memerlukan 3 tiang untuk berdiri dengan kukuh.

Andai salah satu tiang tiada, maka ia akan runtuh berderai.

Jadi, pastikan setiap surat jualan kita mempunyai 3 elemen ini agar dapat respon yang terbaik dan lebih baik.

1. Elemen Headline

Bak kata David Ogilvy:
"Sebanyak 90% kejayaan surat jualan ditentukan oleh headline sahaja."

Respon surat jualan boleh meningkat dengan dramatik dengan hanya optimasi headline sahaja.

Dahsyat bukan?

Dan tujuan headline hanya satu.

SATU sahaja, iaitu:

Membuat pembaca ideal membaca perengan seterusnya.

Andai headline kita gagal melakukan sedemikian, maka kita perlu tukar headline jadi lebih baik.

Tetapi bagaimana? :)

Dalam buku Tested Advertising, terdapat 4 jenis headline yang berkualiti:

  1. Self-interest.
  2. News.
  3. Curiosty.
  4. Quick, easy way.


Self-Interest

Headline selft-interest ialah headline yang fokus kepada keinginan pembaca ideal.

Contoh headline:
Bagaimana Saya Tukar RM 5 Jadi RM 60 Dalam Masa Kurang Seminggu.

Contoh lain:
Nak Diskuan?

Jadi, bagaimana nak buat headline yang mempunyai self-interenst?

2 Cara:

  1. Fahami end-result pembaca/pelanggan ideal.
  2. Pertanyaan + End-result.


End-result = Apa pembaca ideal betul-betul nak?

News

Berita. Jenis headline yang membuatkan pembaca ideal rasa surat jualan tersebut seperti baru.

Contoh headline:
Pusat Mencuci Kereta Kini Dibuka.

Contoh lain:
Produk Danial AR Kini Di Pasaran.

Dapat dapat?

Untuk menggunakan headline jenis ini mudah sahaja.

Tambah perkataan:

  • Kini.
  • Terkini.
  • Terbaru.
  • Baru.
  • Memperkenalkan.


... Dalam headline surat jualan kita.

Curiosty

Rasa ingin tahu. Memang sifat semula jadi manusia ingin tahu sesuatu rahsia.

Contoh headline:
Adakah Anda Melakukan 3 Kesilapan Maut Ini dalam Bisnes?

Contoh lain:
Apa Yang Tak Kena Dengan Gambar Ini?

Bagaimana nak menggunakannya?

Tambah perkataan "Ini" dalam headline kita.

Quick, Easy Way

Cepat dan jalan yang senang. Headline jenis ini fokus pada elemen spesifik.

Contoh Headline:
Trik Mudah Dapatkan Kos Iklan 0.03 Sen.

Contoh lain:
Cara Termudah Beli Kereta Baru Tanpa Deposit.

Jadi, Apakah Cara Termudah Untuk Jadikan Headline Surat Jualan Convert?

Salah satu caranya ialah dengan: Tanya soalan.

Lebih spesifik: Tanya soalan end-result pelanggan ideal.

Ya, semudah itu sahaja.

Contoh:

Produk: Kasut nike.
Headline: Tengah Cari Kasut Nike?

Produk: Mesin jahit mini.
Headline: Nak Mesin Jahit Mini yang Boleh Dibawa Di Mana-Mana?

Produk: Servis SEO.
Headline: Mahu Buat Blog Anda Berada Dikedudukan Pertama?

Just like that. :)

2. Elemen Tawaran

Tawaran yang bagus ialah tawaran yang membuatkan orang susah berkata "tidak."

Itulah rahsianya. Bukan membuatkan orang senang berkata "ya."

Jadi, bagaimana?

  • Risk-Reversal
  • BTRF


Risk-Reversal

... Ialah jimanan yang menghapuskan segala risiko pembelian.

Contoh:
Jaminan pulangan wang selama 90 hari.

Contoh lain:
Jaminan pulangan wang 2 kali ganda selama-lamanya.

Dan untuk BTRF bagaimana pula?

BTRF ialah singkatan untuk Better Than Risk-Free.

Apabila kita menggunakan BTRF dalam surat jualan, sangat mudah untuk kita hasilkan jualan. Memang mudah sebab saya sendiri sudah menggunakan.

Contoh:

Buat kerja dahulu, bayar kemudian. Tetapi, andai anda tidak berpuas hati dengan servis kami, kami akan beri RM 100 kepada anda tanpa banyak soal.

Sudahlah buat kerja dahulu dan bayar kemudian. Selepas itu kalau tak puas hati boleh dapat RM 100. Gila ke tak gila?

Hebat atau tidak BTRF-nya? :)

3. Elemen Call-To-Action

Headline sudah menggoda. Tawaran memang tidak boleh ditolak.

Tetapi kita tertinggal satu elemen penting dalam surat jualan, iaitu Call-To-Action.

Tujuan Call-To-Action hanya satu: Buat pelanggan lakukan sesuatu.

Kalau kita nak suruh pelanggan tempah sekarang, tunjukkan cara bagaimana untuk tempah sekarang.

Tunjuk dengan jelas dan langkah demi langkah.

Barulah mereka mudah untuk membuat pembelian.

Contoh:
Berminat dengan produk XYZ?
Ikuti 2 langkah mudah ini untuk membuat pembelian.
Langkah 1. Bayar ke akaun:
Bank Semalaysia.
Langkah 2. Isi borang di bawah.

Daripada Penulis

Sejujurnya, bahagian copywriting memang besar untuk diterangkan dalam satu artikel. Oleh kerana, ada banyak lagi elemen yang penting dalam surat jualan perlu kita guna.

Seperti testimoni, sense of urgency dan lain-lain.

Saya harap ia dapat membantu anda tingkatkan respon iklan.

Dan jangan lupa untuk...

Have fun. :)

Apa itu leveraj dan bagaimana untuk menggunakannya.
Laveraj ialah alat (Delegate, out-source)

Leveraj ada 2 jenis:
  1. OPM = Other People Money.
  2. OPT = Other People Time.

Contoh paling mudah untuk faham ialah:

Kita buat bisnes nasi lemak. Jual kat tepi jalan. Apa yang bagusnya, ramai orang lalu lalang hantar anak pergi sekolah. Trafik berkualiti.

Daripada 100 kereta yang lalu lalang, boleh dikatakan 20 kereta yang berhenti membeli.

Daripada 20 kereta itu, secara purata membeli 3 nasi lemak.

Jadi, 20 x 3 = 60 nasi lemak x RM 1.50 = RM 90.

Dan kita boleh gandakan lagi jualan nasi lemak dengan? Leveraj.

Melalui, flyers. Guna direct-response marketing.

Contoh flyers:

Pagi-Pagi Tiada Masa Nak Buat Sarapan?

Jangan risau dengan pakej Nasi Lemak Uncle Danial dapat membantu anda menyediakan sarapan berkualiti. Siap hantar di rumah.

Apa yang Best?

> Sambal menyengat.
> Nasi berasap-asap.
> Kacang yang ragup.
> Telur rebus yang anjal.
> Timun yang segar.

Pakej A:

1-Bungkus Nasi Lemak = RM 2

Pakej B:

3-Bungkus Nasi Lemak = RM 5 (Jimat RM1)

Bagaimana Nak Tempah?

Dengan 1 langkah mudah iaitu,

Untuk Pakej A: SMS NLUD1 ke 012-012 1111.

Atau,

Untuk Pakej B: SMS NLUD3 ke 012-012 1111.

*Terhad bagi 50 orang pertama sahaja.

Kita kira: Dalam satu taman ada berapa buah rumah? Satu rumah secara purata ada berapa orang?

Katakanlah: 1 taman = 100 rumah. 1 rumah = 3 orang.

Siapkan 100 flyers dan hantar kepada 100 rumah > Upah orang hantar (OPT). Sebab kita tiada masa nak hantar satu per satu flyers kat rumah orang.

Daripada 100 buah rumah, mungkin 20 yang berminat dengan tawaran kita.

Daripada 20 itu, mungkin 5 orang yang berminat dengan pakej B.

Jadi, 15 orang pakej A. 5 orang pakej B.

Total: 15 x 2 = RM 30. 5 x RM 5 = RM 25.

> RM 55.

Kita boleh upsell lagi untuk tingkatkan jualan. Upsell lagi dengan nak telur atau nak ayam masak merah ke, nak sambal sotong atau sambal ikin bilis dan lain-lain.

Atau, pakej kita boleh buat pakej untuk sebulan. Kata macam ini, kalau beli pakej sebulan bayar sekali dan dapat diskaun 20%.

Ingat, kita nak untung dan jaga nama bisnes kita. Maklumat pelanggan (nombor telefon) simpan baik-baik. Sebab ia adalah aset.

Jaga ROI. Buat kompas jualan a.k.a sales funnel. Sentiasa split-test untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Have fun.


Kamu kena sedar kamu siapa.
Hampir. Setiap hari.

Berangan-angan nak hidup kaya dan berjaya. Tetapi, masalahnya: Tidak mahu bayar harga untuk hidup kaya dan berjaya.

Kita kena sedar kita di mana sekarang. Kita kena sedar siapa diri kita sekarang sebelum terlambat.

Saya sedar saya tak pandai dalam pendidikan formal. Saya gagal dalam Add Math dan Sains Pertanian. Dan saya tak mahu sambung belajar sebab bagi saya ia tidak sesuai.

Dan apabila saya sedar saya di mana. Saya sedar saya seorang yang gagal. Saya sedar saya tidak boleh hidup macam orang lain.

Belajar tinggi-tinggi, minta kerja. Tunggu 2 atau 3 tahun, baru dapat kerja yang sesuai. Kalau tidak, terpaksalah menganggur di rumah.

Jadi, saya kena kerja 2 kali ganda daripada orang biasa untuk capai tahap bebas kewangan, bebas bebanan kewangan dan bebas daripada pilihan yang terhad.

Sekarang, bukan sijil penentu masa depan.

Bukan straigt A yang segala-galanya. Apa yang segala-galanya sekarang ialah mindset.

Mindset kaya = Hidup kaya.

Mindset miskin = Hidup miskin.

Saya tak tahu macam mana nak ubah mindset rakyat Malaysia jadi mindset kaya. Sebab setiap hari dari pagi sampailah ke malam.

Berulang-ulang kali sehinggalah hari tua. Kita kena program dengan KEPERCAYAAN NEGATIF.

Tanpa henti. Sehinggalah nafas terakhir.

Tetapi, hanya orang yang benar-benar mempunyai KEINGINAN yang MEMBERA se-membara MATAHARI yang nak kaya akan kaya.

Kenapa? Sebab KEINGINAN adalah penentu hidup kita. Dan KEINGINAN adalah titik perubahan hidup seseorang itu.

Inilah rahsia di dalam rahsia buku Think and Growh Rich.

Bukunya mengisahkan 500++ jutawan, multi-jutawan malah billionair bagaimana mereka jadi kaya dengan segera.

Berapa seegera? Kurang 24 jam.

Siapa yang pernah baca bukunya akan tahu.

Tetapi, rahsianya tetap KEINGINAN.

Daripada Penulis


Bak kata bijak pandai:

"If you want something, pay the price! If you can't pay the price, then you can't afford it!"

Semua orang nak hidup kaya dan berjaya. Semua orang nak hidup bahagia. Tetapi, apabila minta mereka 'bayar' harganya.

Tak ramai yang sanggup.

Oleh sebab itu gologan yang bebas kewangan adalah sedikit. Hanya 20% daripada jumlah penduduk di dunia ini (mengikut prinsip 80/20).

Tak mahal mana pun harganya. Dan tak susah manapun yang kita sangka. Nak jadi jutawan kurang 24 jam, tiru cara orang yang dah berjaya lakukan perkara tersebut dan lakukan lebih baik.

Itulah kunci untuk capai apa yang kita mahu.

Dan saya ucapkan terima kasih kerana sudi laburkan masa dan tenaga baca artikel ini. Saya hargai pelaburan anda.

Saya doakan anda sekeluarga bebas daripada kepercayaan negatif agar hidup lebih kaya, berjaya dan bahagia selalu.

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim