Adakah Anda Tahu Apakah 3 Elemen Penting Setiap Iklan Perlu Ada?

3 elemen penting setiap iklan perlu ada.
(Iklan = Surat Jualan)

Andai salah satu elemen hilang, maka surat jualan kita akan gagal memberi respon yang terbaik.

Oleh kerana ketiga-tiga elemen ini ibarat sebuah bangunan yang memerlukan 3 tiang untuk berdiri dengan kukuh.

Andai salah satu tiang tiada, maka ia akan runtuh berderai.

Jadi, pastikan setiap surat jualan kita mempunyai 3 elemen ini agar dapat respon yang terbaik dan lebih baik.

1. Elemen Headline

Bak kata David Ogilvy:
"Sebanyak 90% kejayaan surat jualan ditentukan oleh headline sahaja."

Respon surat jualan boleh meningkat dengan dramatik dengan hanya optimasi headline sahaja.

Dahsyat bukan?

Dan tujuan headline hanya satu.

SATU sahaja, iaitu:

Membuat pembaca ideal membaca perengan seterusnya.

Andai headline kita gagal melakukan sedemikian, maka kita perlu tukar headline jadi lebih baik.

Tetapi bagaimana? :)

Dalam buku Tested Advertising, terdapat 4 jenis headline yang berkualiti:

  1. Self-interest.
  2. News.
  3. Curiosty.
  4. Quick, easy way.


Self-Interest

Headline selft-interest ialah headline yang fokus kepada keinginan pembaca ideal.

Contoh headline:
Bagaimana Saya Tukar RM 5 Jadi RM 60 Dalam Masa Kurang Seminggu.

Contoh lain:
Nak Diskuan?

Jadi, bagaimana nak buat headline yang mempunyai self-interenst?

2 Cara:

  1. Fahami end-result pembaca/pelanggan ideal.
  2. Pertanyaan + End-result.


End-result = Apa pembaca ideal betul-betul nak?

News

Berita. Jenis headline yang membuatkan pembaca ideal rasa surat jualan tersebut seperti baru.

Contoh headline:
Pusat Mencuci Kereta Kini Dibuka.

Contoh lain:
Produk Danial AR Kini Di Pasaran.

Dapat dapat?

Untuk menggunakan headline jenis ini mudah sahaja.

Tambah perkataan:

  • Kini.
  • Terkini.
  • Terbaru.
  • Baru.
  • Memperkenalkan.


... Dalam headline surat jualan kita.

Curiosty

Rasa ingin tahu. Memang sifat semula jadi manusia ingin tahu sesuatu rahsia.

Contoh headline:
Adakah Anda Melakukan 3 Kesilapan Maut Ini dalam Bisnes?

Contoh lain:
Apa Yang Tak Kena Dengan Gambar Ini?

Bagaimana nak menggunakannya?

Tambah perkataan "Ini" dalam headline kita.

Quick, Easy Way

Cepat dan jalan yang senang. Headline jenis ini fokus pada elemen spesifik.

Contoh Headline:
Trik Mudah Dapatkan Kos Iklan 0.03 Sen.

Contoh lain:
Cara Termudah Beli Kereta Baru Tanpa Deposit.

Jadi, Apakah Cara Termudah Untuk Jadikan Headline Surat Jualan Convert?

Salah satu caranya ialah dengan: Tanya soalan.

Lebih spesifik: Tanya soalan end-result pelanggan ideal.

Ya, semudah itu sahaja.

Contoh:

Produk: Kasut nike.
Headline: Tengah Cari Kasut Nike?

Produk: Mesin jahit mini.
Headline: Nak Mesin Jahit Mini yang Boleh Dibawa Di Mana-Mana?

Produk: Servis SEO.
Headline: Mahu Buat Blog Anda Berada Dikedudukan Pertama?

Just like that. :)

2. Elemen Tawaran

Tawaran yang bagus ialah tawaran yang membuatkan orang susah berkata "tidak."

Itulah rahsianya. Bukan membuatkan orang senang berkata "ya."

Jadi, bagaimana?

  • Risk-Reversal
  • BTRF


Risk-Reversal

... Ialah jimanan yang menghapuskan segala risiko pembelian.

Contoh:
Jaminan pulangan wang selama 90 hari.

Contoh lain:
Jaminan pulangan wang 2 kali ganda selama-lamanya.

Dan untuk BTRF bagaimana pula?

BTRF ialah singkatan untuk Better Than Risk-Free.

Apabila kita menggunakan BTRF dalam surat jualan, sangat mudah untuk kita hasilkan jualan. Memang mudah sebab saya sendiri sudah menggunakan.

Contoh:

Buat kerja dahulu, bayar kemudian. Tetapi, andai anda tidak berpuas hati dengan servis kami, kami akan beri RM 100 kepada anda tanpa banyak soal.

Sudahlah buat kerja dahulu dan bayar kemudian. Selepas itu kalau tak puas hati boleh dapat RM 100. Gila ke tak gila?

Hebat atau tidak BTRF-nya? :)

3. Elemen Call-To-Action

Headline sudah menggoda. Tawaran memang tidak boleh ditolak.

Tetapi kita tertinggal satu elemen penting dalam surat jualan, iaitu Call-To-Action.

Tujuan Call-To-Action hanya satu: Buat pelanggan lakukan sesuatu.

Kalau kita nak suruh pelanggan tempah sekarang, tunjukkan cara bagaimana untuk tempah sekarang.

Tunjuk dengan jelas dan langkah demi langkah.

Barulah mereka mudah untuk membuat pembelian.

Contoh:
Berminat dengan produk XYZ?
Ikuti 2 langkah mudah ini untuk membuat pembelian.
Langkah 1. Bayar ke akaun:
Bank Semalaysia.
Langkah 2. Isi borang di bawah.

Daripada Penulis

Sejujurnya, bahagian copywriting memang besar untuk diterangkan dalam satu artikel. Oleh kerana, ada banyak lagi elemen yang penting dalam surat jualan perlu kita guna.

Seperti testimoni, sense of urgency dan lain-lain.

Saya harap ia dapat membantu anda tingkatkan respon iklan.

Dan jangan lupa untuk...

Have fun. :)

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

5 comments:

  1. Salam Ramadhan Dik... lama tak berkunjung ke sini. Moga sihat2 saje..... Kurang faham dengan artikel yang diberikan. Banyak istilah bahasa inggeris membuat saya tidak begitu memahami. Insya Allah jika dibaca dengan penuh penelitian dan dengan penuh perhatian, pasti akan difamai dengan sepenuhnya.TQ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Tuan Kamil. Slaam Ramadan juga buat Tuan. :)

      Alhamdulillah saya sihat.

      Kalau saya tukarkan ke Bahasa Melayu istilah jadi lagi pelik, jadi biarlah ia dalam BI.

      Sama-sama banyak Tuan.

      Saya doakan tuan sekeluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu. :D

      Delete
  2. saya amat menghargai entri ini...cukup bagus dan memang relevan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak Tuan Hanafi. Saya hargainya juga. Bersemangat saya untuk berkongsi lebih banyak. :)

      Saya doakan Tuan sekeluarga juga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu. ^_^

      Delete
  3. Salam... kemana menghilang dil Danial. Apa khabar sekarang, Berada di mana sekarang ini, Tak nampak update di facebook, atau sudah belajar di oversea atau di mana ya?

    ReplyDelete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim