Writer Block: Kenapa Saya Mengalaminya? 4 Penyelesaian A

Lagi dipaksa lagi itu idea tidak keluar.

Saya mencari, tercari-cari kenapa saya tidak boleh menulis?

Kenapa setiap perkataan yang tertulis tidak yakin akannya.

Setiap kali menetapkan kepercayaan kepadanya, selagi itu perkataan itu nampak asing.

Bukan sekali saya pernah melaluinya, tetapi kali ini sudah masuk 2 kali.

Masya Allah, sungguh tidak diduga. Memang pada pertama kali saya mengalaminya selepas mencipta satu artikel yang epik iaitu; 5 Kunci Untuk Menghasilkan Penulisan Terhebat Sepanjang Zaman!

Memang sambutannya meriah. Sungguh tidak diduga.

Pada masa itu penuh dengan inspirasi. Persoalannya ialah kenapa pada masa itu saya berinspirasi dan kenapa pada masa sekarang saya agak teragak-agak lalu kurang percaya pada setiap perkataan ditulis?

Mungkin ini yang saya bimbangkan:
  • Takut kepada maklum balas
  • Banyak berfikir tentang apa orang kata
  • Tertekan
  • Sedih lagi kecewa
  • Kurang berehat(Banyak membaca)
  • Terlalu ikutkan nafsu

Itulah punca-punca kenapa saya mengalami writer block. Mungkin anda mengalaminya, namun mungkin tidak sama apa yang apakah puncanya.

Setiap orang pasti ada sebab-sebab yang tertentu.

Bila dilihat kembali saya rasa, dan fikirkan mesti ada cara untuk mengatasinya.

Jadi, beginilah methodnya

 A1 Bercuti


Apa yang dimaksudkan bukan bercuti di rumah tetapi bercuti di luar rumah. Kita perlu sedaya upaya untuk mengambil udara yang segar lagi nyaman.

Sedangkan orang yang berjaya banyak bergerak kenapa kita begitu.

Apakan daya, saya tersasul lagi.

Kembali kepada ceritanya. Bercuti bersama orang yang tersayang. Cara ini adalah cara yang efektif.

Cari masa yang terluang untuk pergi berkelah, mandi-manda di sungai(berhati-hati apabila hujan), jungle tracking, dan banyak lagi alternatif untuk kekal cergas.

Sikap yang positif menghasilkan minda yang cergas lalu menjana idea yang bernas.

 A2 Berjalan


Berjalan-jalan, pergi ke tempat yang anda minat. Amalkan setiap hari untuk berjalan. Sekurang-kurang 1000 langkah sehari.

Berjalan membolehkan kita sentiasa dalam keadaan yang berinspirasi.

Kita juga boleh berbasikal. Asalkan guna usaha sedikit.

Jangan selalu menunggang motosikal atau kenderaan. Berkorban sedikit membolehkan kita berjaya untuk jangka masa panjang.

A3  Bermeditasi


Ertinya, bertakafur. Duduk senyap-senyap, berzikir, beristighfar, tenangkan fikiran, ambil nafas dalam-dalam. Rasai nikmat Allah.

Dengar bunyi di sekeliling. Dan kalau boleh pasang muzik yang menenangkan lagi berinspirasi. Seketika ini saya menulis menggunakan zenwriter.

Alangkah terkejutnya, zenwriter sudah menukar menjadi produk yang berbayar. Namun, tetap boleh guna secara pra, iaitu selama 15 hari.

 A4 Waktu Perdana


Bayangkan, kita seorang Perdana Menteri. Yang mampu memimpin rakyat jelata. Sungguh hebat pada ketika itu.

Itulah dia maksud waktu perdana. Setiap orang memang memiliki waktu perdananya yang tersendiri.

Dia ada 3 zon:
  • Pagi
  • Petang
  • Malam

Kalau ditanyakan pada saya, waktu pagilah adalah waktu perdana saya. Lepas pukul 11 malam sehingga 4 pagi.

Kepandaian saya mengalahkan Albert Einstein. Anda juga begitu. Tidak perlu memaksa diri menulis di waktu lemah.

Hanya perlu melakukan tugasan lain selain menulis. Apabila sampai sahaja waktunya, maka memanfaatkannya sebaik-baik mungkin!

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Sesudah mengenali apakah yang perlu dilakukan, maka keputusan di tangan anda. Yang mana perlu ikut yang mana perlu ditinggalkan.

Apa yang pasti, minda separa sedar yang berada dalam pemikiran anda lebih hebat daripada selalunya.

Kenali diri, capai apa yang ditetapkan, nescaya orang menyatakan anda seorang yang berjaya!

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

2 comments:

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim