"Andai nak beri barang kepada orang lain, beri barang yang kita sayang."
-- Insyirah Azhar
Ya Allah...
Sungguh tidak diduga. Selama ini saya menyimpan ilmu yang paling bernilai dalam diri saya.
Biarkan ia menjadi rahsia. Tidak mahu mengajar pada orang lain. Kebangangan terserlah di situ.
Hari ini baru saya sedar. Memberi ilmu yang paling kita sayang sebenarnya dapat meninggalkan kesan yang mendalam di dunia ini.
Kenapa kita perlu berahsia? Kenapa tak kongsikan segala ilmu yang paling kita sayang dalam diri kita?
Jawapannya: Kerana kita takut orang lain tahu. Kerana kita takut orang curi ilmu kita. Sebenarnya, ilmu itu datang dari mana? Tanya pada diri kita?
Dari diri sendiri ataupun ilham dari Allah. Ingatlah: Kalau tak kerana Allah memberi akal fikiran kepada kita, sudah tentu dunia tidak maju. Sudah tentu dunia tiada teknologi yang sentiasa berkembang maju.
Allah yang memberi segala ilmu pada diri kita. Kenapa perlu berahsia? Sesampai takut orang lain tahu?
Allah hu akhbar. Sungguh jauh sekali diriku ini. Sungguh jauh sekali untuk menjadi orang yang baik.
Maka, saya nekad pada diri sendiri. Saya nekad ingin berkongsi segala-galanya yang bernilai buat diriku ini.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Saya berjaya memberi segala ilmu yang ada dalam dadaku ini
Mula Berkongsi Sebelum Semuanya Tinggal Angan-angan
Hari ini, saya akan buat angan-angan menjadi kenyataan. Saya ingin kongsikan ilmu yang paling bernilai bagi saya. Iaitu Servis Blogspot Mesra SEO Disayangi Google.
Dari A sampai Z. Segalanya bakal dibongkarkan. Tiada lagi persembunyian. Tiada lagi rahsia. Tiada lagi keegoan dalam diri.
Semuanya, segala-galanya dikongsi. Secara percuma mahupun berbayar.
Nescaya, dunia mengingati siapa diri kita sehingga kiamat.
Plan Tindakan Pantas
1#: Kenal pasti apakah ilmu yang paling bernilai dalam diri kita.
Contohnya, saya memang mempunyai ilmu yang paling bernilai tentang koding Blogspot untuk blog Mesra SEO Disayangi Google.
Tindakan terperinci: Senaraikan sekurang-kurang 3 ilmu yang paling "mahal" dalam diri kita.
Misalnya:
- Koding Blogspot
- CSS
- SEO Blogspot
#2: Rancang bagaimana ingin kongsikan ilmu bernilai yang kita miliki
Contohnya, saya nak kongsikan ilmu yang dimiliki dengan pos di blog Danialde4 secara percuma. Dan berbayar untuk orang yang kurang mahir tentangnya.
(Perancangan saya: Kongsikan ilmu Blogspot Mesra SEO Disayangi Google secara percuma dan buat Servis untuk orang yang kurang mahir tentang koding.)
Tindakan terperinci: Lakukan 3 cara bagaimana kita bakal kongsikan ilmu yang kita dimiliki.
Misalnya:
- Melalui penulisan
- Melalui video
- Melalui audio
Lebih advanced. Kongsikan melalui seminar dan seterusnya.
Alhamdulillah, setakat ini dahulu perkongsian saya. Harap sejuta ampun dan maaf sekiranya selama ini saya tersilap dan terkasar bahasa. Hari ini saya tak tahu kenapa susah sedikit nak menulis. Tetapi akhirnya berjaya juga menulis.
(Terima kasih Allah, terima kasih Danial, terima kasih Cik Insyirah Azhar)
Semoga entri ini sentiasa memberi inspirasi kepada anda yang sudi baca sehingga akhir perkataan.
Salam sukses selalu.
"Lebih banyak kita beri, terlebih banyak kita dapat"
-- Dr. Azizan Osman (Diubahsuai sedikit ;)
Kata guru akak,
ReplyDelete"Jangan percaya pada saya, percaya kepada Allah. Apabila kita memberi ilmu yang berkualiti kepada orang lain, Allah akan beri kita ilmu yang lebih berkualiti."
Allah kan unlimited resources ;)
Betul betul betul. Nampaknya baru saya jelas mengenai nasihat yang akak berikan.
DeleteTerima kasih banyak-banyak akak :D
Insya-Allah, saya perbanyakkan memberi ilmu yang berkualiti kepada orang lain.
Dan saya doakan akak sentiasa kaya, berjaya dan bahagia selalu.
bila ada orang ucap, tulis, taip atau sms perkataan "terima kasih" atau "tq" selepas membaca apa yang gua kongsikan..
ReplyDeleteGua terasa kemanisan hidup. Kalah kemanisan cendol banting.
Baiklah. Terima kasih banyak-banyak Tuan Titan.
DeleteSaya doakan tuan semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu. Dan saya doakan juga tuan terpelihara daripada sebarang fitnah.
Aamiin ya Rabb.