Hati Pasti Tertawan

Setiap hari. Demi hari. Tiada perhentian. Terus hidup bagaikan orang yang tidak bermaya.

Sehari selang sehari. Sehari selang dipenjara. Rasa tidak mampu hidup. Rasa tidak mampu bernafas.

Rasa tidak mampu berkerja. Sedangkan, semua itu adalah sangkaan semata-mata. Hidup ini adalah singkat.

Hargailah hidup ini sebelum ditinggalkan. Sebelum meninggalkan dunia. Sebelum memberi senyuman yang mewanan hati pasti tertawan.

Semuanya adalah sangkaan kita sendiri. Ubah sangkaan, ubah dunia. Ubah fikiran, ubah sikap. Semuanya ada dalam diri sendiri.

Cuma perlu, mencari. Menyelami. Melakukan. Sekiranya jumpa, hanya satu sahaja jawapannya.

Bahagia tidak terkira. Ingatlah... setiap perkara yang dilakukan di dunia ini adalah untuk mencari kebahagiaan. Kebahagiaan datang dari dalam.

Ambil masa, tenangkan fikiran. Maafkan apa yang lepas. Teruskan hidup dengan sangkaan luar biasa. Maka luar biasa yang kita dapat.

Jangan terlalu banyak berfikir. Kerana ia, lagi fikir, lagi ego. Lagi ego, lagi angkuh terhadap Allah.

Sudah diberi tahu hidup di dunia ini bukanlah keseorangan. Kongsilah segala kebahagiaan bersama-sama.

Tidak perlulah keseorangan. Jelaskan kebahagiaan terlebih dahulu. Sesungguhnya, dunia ini rosak bukan disebabkan orang jahat, tetapi disebabkan orang baik tidak mengambil tindakan.

Apa yang kita fikir, rasa, buat adalah doa. Dilarang sama sekali terlintas perbuatan jahat di fikiran. Dilarangan sama sekali merasa maksiat di hati. Dilarang sama sekali melakukan kejahatan.

Semuanya sudah ada. Cuma nak atau tak nak. Cuba dahulu buat sedikit kebaikan. Cuba dahulu tinggalkan golongan biawak-biawak.

Cakap pada diri sendiri setiap hari.


Aku kaya dan berjaya.

Aku seorang yang mewah.

Aku seorang yang dihormati.

Aku seorang yang disayangi.

Aku seorang yang disanjungi.

Aku seorang yang luar biasa.

Aku seorang yang bertenaga.

Aku seorang yang hebat.

Aku seorang yang benar-benar ingin hidup dalam rahmat Allah serta kasih sayang dari Allah.

Rasailah kenikmatan di dunia ini. Buatlah amal kebaikan sebelum terlambat. Buat, buat dan buat untuk senyum yang mewanan.

Hati pasti tertawan ^_^

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

No comments

Leave a Reply

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim