Terbaru! Qihoo 360 Internet Security 2013 - Antivirus Review

Free Download 360 Internet Security 2013
Tengah Scan External, tup-tup detect 2 trojan.

Psstt.

Saya ada rahsia nak dikongsikan kepada saudara... Apa dia?

I LOVE Antivirus Review.

Itulah rahsianya. Saya suka antivirus review. Kenapa? Sebab saya nak tahu apakah antivirus yang bagus dan sebaliknya.

Sejak tahun 2011 lagi saya sudah mengikuti perkembangan antivirus seperti avast, avira, norton, eset nod dan lain-lain.

Dan hari ini, saya akan kongsikan satu review khas yang sememangnya boleh dipercayai lagi betul.

Tetapi sebelum itu...

Apa itu 360 Internet Security 2013?


Ia adalah Antivirus milik syarikat Qihoo.

Syarikat apakah itu? Qihoo adalah syarikat software. Dan kebanyakkan software-nya adalah freeware bermaksud percuma untuk diguna.

Selain itu, Internet Security ini kelihatan lebih kurang sama seperti Antivirus: Baidu dan juga Kingsoft.

Eh, terlajak pula. Baiklah, 360 Internet Security 2013 ini adalah Cloud Internet Security. Cloud bermaksud awan (Oh awan). Cloud internet security bermaksud antivirus yang memerlukan internet. Ya, andai komputer saudara tiada internet memang kurang bagus.

Walaupun begitu, Qihoo 360 Internet Security 2013 ini mempunyai 3 gabungan enjin antivirus:
  1. 360 Cloud Engine
  2. QVM II Engine
  3. BitDefender Engine

Dahsyat? Sudah tentu. Dan Lagi extravaganza, lebih 450,000,000 orang menggunakannya.

Maka, mari kita tonton video review-nya.

Qihoo 360 Internet Security 2013 Test and Review



Info Qihoo 360 Internet Security 2013 (32-bit)


Versi: 4.1.0.4031
Saiz Fail: 17.76MB
Harga: PERCUMA
Operation System: Windows XP/Vista/7/8
Laman Web Rasmi: 360safe.com (Saudara boleh download di situ, 32-bit dan 64-bit)
Laman Web Rasmi Syarikat Qihoo: 360.cn

Daripada Penulis yang Menawan


Hu alah. Saya masih lagi bujang. Tetapi, not available.

Terlajak lagi... IS (Internet Security) ini bagus dan user interface-nya juga menawan lagi mesra pengguna. Ia ringan lagi simpel. Saya tidak boleh komen banyak sebab ia masih baru lagi. Untuk versi IS yang sebenar adalah dalam bahasa cina. Memang IS ini asal daripada China.

Walaupun begitu, jangan pandang rendah padanya. Mungkin pada awal lemah, lama-kelamaan ia juga boleh jadi hebat.

Dan bagaimana pula dengan saudara? Apakah Antivirus yang saudara guna?

... Boleh kongsikan di ruang komenter :)

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

3 comments:

  1. wa guna comodo. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comodo pun Comodolah, janji ada Antivirus. Betul tak? ;)

      Sekarang ni memang Comodo IS semakin ramai orang guna.

      Delete
  2. gue menggunakan 360 internet security versi terbaru....mantaaaaaaaaaaaaaaaaaap

    ReplyDelete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim