Selalunya...
Tidak ramai yang memilih untuk menulis setiap hari. Tetapi, bagaimana pula andai kita seorang blogger yang mempunyai blog tentang teknologi?
Adakah perlu menulis setiap hari? Adakah saya patut menulis seminggu sekali? Dan bermacam-macam jenis soalan yang timbul.
Lama-kelamaan tenggelam dalam persoalan yang hanyalah ilusi semata-mata.
Maka, saya bantu saudara keluar daripada lubuk persoalan yang hitam legam. Dan jawapannya mudah sahaja...
Ya, Kita Perlu Menulis Setiap Hari
Sekiranya kita jadi seorang blogger yang berjaya. Kenapa?
- Sebab ia membantu kita lebih produktif
- Sebab ia membantu kita menajamkan kemahiran menulis
- Sebab ia menolong kita mempunyai artikel simpanan sebagai 'backup'
Dan apabila kita menulis setiap hari, maka peluang untuk gagal adalah kurang berbanding blogger yang hanya menulis seminggu sekali.
Lalu saudara tanya saya lagi,
"Bagaimana pula nak menulis setiap hari?"
Cuma mula menulis sebaris ayat setiap hari.
Kita boleh mula menulis sebaris ayat. Lebih kurang 14 patah perkataan. Itu kalau sehari. Bagaimana pula kalau seminggu? 14 x 7 = 98 patah perkataan.
Sikit, namun kita berjaya juga menulis berbanding blogger yang hanya menulis seminggu sekali.
Sikit-sikit lama-lama jadi artikel yang epik!
"Tetapi, Danial... nak tulis apa?"
Itu terpulang pada niche blog saudara sendiri. Andai blog saudara tentang berita panas seperti gosip artis, maka update blog saudara tentangnya.
Andai tentang "Personal", update tentang pengalaman saudara atau kisah-kisah yang bermanfaat. Saya percaya setiap satu insan yang hidup di muka bumi ini pasti ada cerita yang bermanfaat lagi menarik untuk dikongsikan. Usah segan silu untuk menulis pengalaman yang berguna.
Tiada apa yang rugi. Cuma yang ruginya apabila kita tidak menulis dan kongsikannya. Lagi malang seandainya kita malas. Setkan minda kita dengan menyatakan: "Menulis adalah mudah dan pembaca gembira membaca penulisan saya."
Ia mudah bukan?
Ilusi hanyalah sangkaan. Ubah sangkaan, cepat berjaya!
Plan Tindakan
1. Ambil kertas dan pen / pensil sekarang juga.
2. Tulis niche blog saudara.
Contoh: Blogging, Tutorial Blogspot dsb.
3. Pergi ke blog saudara dan lihat apakah entri yang masih belum ditulis lagi.
Contohnya: Blog saya ialah tentang Blogging dan bila saya lihat semua entri, baru saya tahu yang saya belum pos lagi entri tentang Tips dan Teknik Alexa Rank dan seterusnya.
4. Mula menulis 150 patah perkataan setiap hari.
Lihat contoh saya punya andai saudara kurang faham.
Niche: Blogging
Entri yang masih belum pos: Alexa Rank, proses menulis artikel yang epik, tutorial schema.org, blogger plugin yang menggiurkan dan sebagainya. (Ada banyak lagi)
Menulis setiap hari: Saya cuma perlu menulis tentang Blogging setiap hari, hanya 150 patah perkataan sahaja. (Lebih andai mampu)
Kini Giliran Saudara Pula
Apakah niche blog saudara? Dan apakah entri yang masih belum ditulis? Mohon kongsikan di ruang komenter. Jasa saudara saya hargai ;)
Terima kasih
Saya doakan saudara semakin kaya, berjaya dan bahagia.
"Melahirkan Blogger jutawan, multi-dermawan."
PS: Itu tagline saya, mohon jangan curi :P
Anda menarik minat saya utk terus membaca dan akhirnya menulis. Terima kasih utk ilmu yg bermanfaat ni, dan insyaAllah akan dimanfaatkan sebaiknya..
ReplyDeleteAlhamdulillah ;)
DeleteSama-sama ye akak.
Saya teringat kata-kata hikmah:
"Ilmu, Iman, Amal"
Bila dah dapat ilmu, kita percaya pada ilmu tersebut. Namun percaya tidak cukup, kita perlu beramal setiap hari dengan ilmu yang kita miliki.
Dan terima kasih kerana sudi berkomenter :D
sebelum ini macam pernah ternampak dan ..terbaca nama danial Abdul rahim..apapun menulis setiap hati boleh memantapkan gaya tulisan..
ReplyDeleteHehe, di mana tu agak-agakny? Saya nak tahu juga ;)
DeleteDulu saya aktif di Danialde4.blogspot.com. Tetapi, sekarang sudah guna domain sendiri iaitu SenBinaBlog.com
Adakah Tuan pernah nampak saya di situ? Kalau ya terim kasih :D
Dan saya doakan Tuan kaya dan berjaya.
Satu perkongsian ilmu yang menarik,bermotivasi dan mantap...thanks
ReplyDeleteTerbaik! :D
DeleteTerima kasih ya akak ;)