Sesungguhnya, kita memang pernah terfikir akan soalan ini yang masih belum terjawab:
"Perlukah saya menukar template Blogspot?"
Pada pendapat saya, jawapannya ada 2:
- Ya, sekiranya blog kita terkena penalti oleh Google atau tiba-tiba trafik blog kita dari carian merudum. Maka menukar template baru yang lebih mesra SEO (Google) dan ringan adalah lebih baik.
- Tidak, sekiranya kita mahu meningkatkan alexa rank dan juga pagerank. Kenapa? Oleh kerana setiap kali kita tukar template ia akan meninggalkan kesa negatif terhadap SEO. Maka, trafik blog kita dari carian semakin kurang.
Baiklah, izinkan saya kongsikan kisah pengalaman saya sendiri tentang persoalan, "Perlukah saya menukar template Blogspot?"
Al-Kisah The4Crack, Pengalaman Hidup yang Berharga
Di kala suatu hari, saya terjumpa blog zplanet.tk (Blognya sudah tiada). Saya terpesona akan kehebatan blog itu sendiri. Dan saya berazam mahu mempunyai blog seperti itu, sebuah blog tentang warez software, seperti Sedut Software Sampai Lebam.
Maka, lahirlah blog The4Crack. Setiap kali blog Zplanet kemaskini pos terbaru, saya kopi-pasta daripadanya. Dan pada masa yang sama, saya selalu tukar template blog The4Crack. Bukan 2 kali atau 3 kali, malah berkali-kali.
Tetapi, setiap kali saya tukar template yang baru, saya secara tidak sengaja akan belajar perkara-perkara baru. Pada awalnya, memang saya kurang mahir dalam menambah atau mengubahsuai widget seperti widget related post.
Namun, lama-kelamaan saya semakin mudah untuk mengendalikannya.
Dipendekkan cerita, pada Julai 2012, saya berjaya design template Blogspot menggunakan Firebug iaitu Johny SimpleMaster. Ketika itu, hati ku memang berbunga-bunga. Maklumlah, pertama kali dapat mencipta karya sendiri.
Jadi, daripada kisah di atas, kita dapat simpulkan dengan selalu tukar template Blogspot membuatkan kita lebih mahir dalam pengubahsuaian blog.
Ia sama seperti belajar daripada kesilapan. Kali pertama tukar template memang tidak pandai lagi mengedit blog. Tetapi, kali kedua semakin mudah dan mahir sedikit. Lama-kelamaan kerja mengedit blog adalah kerja yang simpel lagi bersahaja.
Daripada Penulis
Terpulang juga pada niat diri sendiri. Niat saya pada mulanya mahu membuat blog sama seperti blog Zplanet. Dari situ, saya berusaha sehinggalah saya berjaya design template Blogspot sendiri.
Anda juga mampu mempelajarinya. Kita semua boleh melakukan seandainya mempunyai sebab yang kuat.
Fokus pada matlamat dan sentiasa bergerak maju kehadapan.
Sukses!
No comments