Saya mungkin tidak mampu memberi 9A dalam SPM nanti.
Saya mungkin tidak dapat memberi kesenangan kepada keluarga dan kedua ibu bapa ku yang diberkati Allah dengan melanjutkan pelajaran sehingga ijazah.
Namun, saya sedar apakah kekuatan diri saya.
Saya sedar, apa yang saya kurang minat.
Siapakah saya ketika ini adalah apa yang saya fikir diri saya siapa.
Keliru?
Itu tandanya otak kita masih berfungsi lagi. Saya sedar, saya tidak mampu menulis sehebat Puan Ainon Mohd. dan mungkin suatu hari saya lebih hebat daripada beliau.
Apa yang saya nampak dan berdasarkan pemerhatian saya sendiri, kelas pertama lebih cenderung untuk berfikir 5 kali ganda lebih besar berbanding dengan kelas hujung.
Kelas A lebih suka berbicara tentang luar daripada negara sendiri. Sedangkan kelas C lebih suka berbicara tentang dalam daerah.
Apa yang membezakan kelas A dan kelas C adalah tahap pemikiran mereka sendiri.
Saya sendiri sebenarnya daripada kelas C. Walaupun begitu, tahap pemikiran saya mungkin lebih besar daripada kelas A.
Bak kata seorang pakar perniagaan internet.
Maksudnya, andai si polan A membaca buku tentang jutawan. Maka masa depanya sudah pasti terpaksa jadi jutawan.
Andai si polan C membaca buku tentang Mangga. Maka masa depanya sudah pasti jadi artis.
Dahulunya, saya mampu bersuka ria tanpa menghiraukan wang yang mencukupi atau tidak. Kini, musim sudah berubah. Saya terpaksa menjadi seorang pakar kewangan demi menyelamatkan keluarga ku.
Kini, baru berusia belasan tahun terpaksa tanggung bebanan hutang. Walaupun nilainya terlalu kecil bagi seorang jutawan.
Ia tetap hutang yang perlu dibayar.
Dan terpaksa bayar dalam masa 1 bulan. Memang agak mustahil bagi diriku.
Tetapi, apa yang kita percaya, zon selesa hidup kita, keyakinan terhadap diri kita dan kita tahu bagaimana caranya untuk menjana pendapatan RM1,000 sehari.
Nescaya tiada apa yang mustahil. Niat dihati diperbetulkan dan buat kerana Allah.
Apabila hati kita kosong yakni infiniti, tiada apa yang mustahil. Pada ketika itu, kita hanya berharap kepada Allah. Bergantung kepada Allah.
Di kala saat itu, kita benar-benar rasa tiada apa yang lebih penting selain Allah. Hati hanya fokus kepada Allah.
Ketenangan mula dirasai. Degupan jantung mula disyukuri. Akhirnya, .....
Saya akan pergi tidak lama lagi.
Saya sayang awak semua, pembaca blog Danial AR.
Saya minta maaf kepada saudara dan saudari andai selama ini saya pernah melukakan hati atau terkasar bahasa.
Saya benar-benar mohon sejuta ampun dan maaf.
Maafkan saya andai tidak dapat memuaskan hati saudara dan saudari.
Terima kasih atas segala-galanya.
Terima kasih Allah kerana sudi memberi peluang untuk aku menikmati hidup di dunia ini.
Tanpa disangkakan, tanpa diketahui, tanpa diberi tahu... Secara semula jadi minat menulis semakin mekar. Menulis dari jiwa memberi ketenangan yang sejati.
Cita-cita ku ingin menjadi seorang penulis jutawan. Cita-cita ku bakal direalisasikan dengan sebenar-benarnya.
Hari demi hari. Waktu demi saat.
Berjalan dengan penuh bermakna. Setiap satu langkah dalam hidup ku, sedang menuju ke puncak kejayaan.
Berfikir secara positif, membawa kepada kejaiban yang tidak disangkakan.
Hanya perlu mula membayanginya, merasainya. Nescaya dunia ini lebih aman makmur.

Kelas Pertama dan Kelas Hujung

"Buku apa yang kita baca, itulah diri kita."
Maksudnya, andai si polan A membaca buku tentang jutawan. Maka masa depanya sudah pasti terpaksa jadi jutawan.
Andai si polan C membaca buku tentang Mangga. Maka masa depanya sudah pasti jadi artis.
Waktu yang Semakin Hampir
Dahulunya, saya mampu bersuka ria tanpa menghiraukan wang yang mencukupi atau tidak. Kini, musim sudah berubah. Saya terpaksa menjadi seorang pakar kewangan demi menyelamatkan keluarga ku.
Kini, baru berusia belasan tahun terpaksa tanggung bebanan hutang. Walaupun nilainya terlalu kecil bagi seorang jutawan.
Ia tetap hutang yang perlu dibayar.
Andai Seseorang Itu Berhutang RM10,000...
Dan terpaksa bayar dalam masa 1 bulan. Memang agak mustahil bagi diriku.
Tetapi, apa yang kita percaya, zon selesa hidup kita, keyakinan terhadap diri kita dan kita tahu bagaimana caranya untuk menjana pendapatan RM1,000 sehari.
Nescaya tiada apa yang mustahil. Niat dihati diperbetulkan dan buat kerana Allah.
Apabila hati kita kosong yakni infiniti, tiada apa yang mustahil. Pada ketika itu, kita hanya berharap kepada Allah. Bergantung kepada Allah.
Di kala saat itu, kita benar-benar rasa tiada apa yang lebih penting selain Allah. Hati hanya fokus kepada Allah.
Ketenangan mula dirasai. Degupan jantung mula disyukuri. Akhirnya, .....
Saya akan pergi tidak lama lagi.
Kosong
Saya sayang awak semua, pembaca blog Danial AR.
Saya minta maaf kepada saudara dan saudari andai selama ini saya pernah melukakan hati atau terkasar bahasa.
Saya benar-benar mohon sejuta ampun dan maaf.
Maafkan saya andai tidak dapat memuaskan hati saudara dan saudari.
Terima kasih atas segala-galanya.
Terima kasih Allah kerana sudi memberi peluang untuk aku menikmati hidup di dunia ini.
Saya adalah Seorang Penulis
Tanpa disangkakan, tanpa diketahui, tanpa diberi tahu... Secara semula jadi minat menulis semakin mekar. Menulis dari jiwa memberi ketenangan yang sejati.
Cita-cita ku ingin menjadi seorang penulis jutawan. Cita-cita ku bakal direalisasikan dengan sebenar-benarnya.
Hari demi hari. Waktu demi saat.
Berjalan dengan penuh bermakna. Setiap satu langkah dalam hidup ku, sedang menuju ke puncak kejayaan.
Berfikir secara positif, membawa kepada kejaiban yang tidak disangkakan.
Hanya perlu mula membayanginya, merasainya. Nescaya dunia ini lebih aman makmur.
kalau ada usaha, tiada yang mustahil bro. teruskan usaha dan jangan patah semangat! dunia penulisan ni luas! ada orang kaya dengan menulis novel, ada yang lain menulis artikel dan yang paling famous tak lain dan tak bukan penulisan dalam blog. penulisan blog ni lagi luas! kalau boleh buat banyak blog dengan niche yang tersendiri, yang tak perlukan komitmen masa untuk menulis setiap hari. aku sendiri percaya usaha kita hari ini akan datang akan jadi lebih mudah. kalau betul ada rezeki, tak mustahil boleh buat duit, tak jadi jutawan, at least dapat duit untuk tampung sampingan kita pun jadilahh kann. :) selamat maju jaya.
ReplyDeleteBetul, betul, betul.
DeleteYang penting kena usaha, baru jadi. ;)
be your self
ReplyDeleteBaik Tuan.
DeleteDan terima kasih kerana sudi berkomenter. :D
Ko ada kekuatan tersendiri danial...kalau tetap dgn halatuju....insyaallah satu hr nti boleh berjaya mcm masta2 dlm tenet yg ada skg nih...
ReplyDeleteWah... bersemangat saya. :D
DeleteTerima kasih Tuan Yas. Saya akan terus menerus berusaha untuk memberi kebaikan. :)