Majalah.com
Tahun lepas Mak saya tanya:

"Danial boleh tolong promote-kan bisnes jahitan baju kurung mak dekat internet tak?"

Saya pun jawab dengan selamba:

"Boleh."

Persoalannya sekararang ialah, bagaimana saya mahu market-kan bisnes mak saya di internet?

Mahu menggunakan medium apa?

Dan apakah cara yang terbaik?

Bila saya fikir dan fikir, teringat kitab Tawaran Meleleh.

Apa Itu Marketing

Dalam Tawaran Meleleh, Tuan Bukhari Ramli kata:
"Ada 3 rukun marketing."

  1. Market.
  2. Mesej.
  3. Media.


Dan Tuan Bukhari pesan lagi:
"Rukun marketing ini ikut terbit."

Maksudnya, utamakan yang utama.

Ia mesti ikut turutan. Mula-mula market, selepas itu mesej dan seterusnya media.

Kita tak boleh mula dari media dahulu atau mesej.

Sebab kalau kita tak tahu kepada siapa kita mahu jual dan apa masalah atau keinginan pelanggan kita, macam mana nak tulis ayat jualan?

Dan kalau kita tidak tahu di mana pelanggan melepak/berada. Macam mana nak pilih media yang sesuai?

Jadi, utamakan yang utama.

Maka...ini apa yang saya buat untuk eksperimen kali ini.

1. MARKET - Sebelum: Untung Sebelum Mula

Dalam 100 Seminar, Tuan Gary Bencivenga pesan (beliau ambil ayat ini dari Sun Tzu):
"The Battle Is Won Even Before It Is Engaged." ~ Sun Tzu.

Maksud beliau ialah: Kalau kita mahu mulakan sesuatu, pastikan kita tahu yang kita boleh berjaya atau untung atau menang.

Barulah kita boleh mula dengan yakin dan pasti.

Jadi, bagaimana saya nak tahu saya boleh untung sebelum mula?

Dengan....market research dan idea validation.

Market Research

Dalam bahasa Melayu dipanggil kaji pasaran.

Apa yang saya kaji?

  • Kaji adakah tempahan baju kurung perempuan di Ipoh perak ada permintaan atau tidak?
  • Ada pesaing atau tidak?
  • Berapa harga pesaing tawarkan?
  • Apakah ayat jualan yang pesaing guna?
  • Siapakah klien yang betul-betul perlukan dan mahu servis yang kita tawarkan?


Ada permintaan?
Eksperimen tempah baju kurung perempuan ipoh

- Bila search dalam Google ramai juga yang cari.
- Bila buat keyword research pun ada pesaing keluarkan duit untuk adwords.

Ada pesaing?
- Ada dan ramai.

Harga?
- Majoriti dalam RM 25 - 50.
- Kawasan yang moden seperti KL, Shah Alam dan sewaktu dengannya harga mahal.

Ayat jualan?
- Majoriti tulis:
"Menerima tempahan baju kurung, sepasang harga RMxx dan nombor telefon."

Siapa pelanggan?
- Ada 3 segmen pelanggan:
- Guru sekolah menengah perempuan yang mempunyai 3 orang anak dan mempunyai kereta Avanza.
- Pelajar Politeknik Engku Omar.
- Kakitangan kerajaan.

Bila dah tahu ada permintaan dan kenal pelanggan barulah pergi ke peringkat idea validation.

Idea validation ialah untuk mengesahkan sama ada benar atau tidak yang perkhidmatan/produk kita ada permintaan atau tidak. Maksudnya, ada orang beli atau tidak.

Kalau ada dan ramai. Maksudnya, permintaan tinggi.

2. MESEJ - Semasa: Bagaimana Saya Tulis Ayat Jualan

Bila kita dah kenal pelanggan dan apa yang dia mahu, barulah senang nak tulis ayat jualan.

Selalunya ramai usahawan susah sangat nak tulis ayat iklan atau jualan sebab tak kenal pelanggan, tak tahu apa yang pelanggan mahu.

Jadi, ini yang saya buat:

Tuan Suffian Salahudin selalu pesan,

"Iklan terbahagi kepada 3 bahagian."

  1. Headline.
  2. Offer.
  3. CTA = Call-To-Action.


Kalau tak silap saya lagi satu elemen ialah manfaat/benefit.

Tapi terasnya tetap tiga: Headline + Offer + CTA.

Headline:

Saya ikut headline dalam contoh ebook percuma Tuan Suffian.

Saya tulis:
"Tengah Cari Tukang Jahit Baju Kurung di Ipoh?"

Offer:
"Menerima tempahan:
Sepasang baju kurung untuk wanita sahaja: RM35 ~ siap dalam 5 hari atau percuma.
Atau,
2 pasang baju kurung untuk wanita sahaja: RM65 (Jimat RM5) ~ juga siap dalam 5 hari atau percuma."

CTA:

"Hubungi: 019-508 5880 (Kak Sal) ~ untuk membuat tempahan."

Dan elemn-elemen lain yang saya tambah iaitu intro dan PS:

Iklan yang terpapar dekat site majalah.com
Anda boleh lihat iklan sepenuhnya di sini.

3. MEDIA ~ Selepas: Di Mana Pelanggan Berada?

Sudah tentu kita tahu di internet.

Spesifik-kan lagi: Google.

Persolannya apa yang pelanggan cari?

Dan bagaimana nak buatkan page kita #1?

Apa yang Pelanggan Cari?

Pelanggan akan cari:
"tempah baju kurung Ipoh." 

Boleh Dapat Tempat #1 dalam Google?

Kalau saya buat website baru, memakan masa yang lama untuk dapatkan tempat pertama dalam Google.

Kalau guna Adwords? Berbayar pula. Saya tak nak keluarkan duit untuk sesuatu yang masih belum tahu dan pasti boleh pulang model atau tidak.

Jadi apa pilihan yang saya ada?

Percuma, cepat dan senang dapat #1 dapat Google?

Guna classified ads.

Sebab classified ads percuma, ranking pun tinggi dan apa yang penting cepat.

Dan majalah.com menjadi pilihan saya.

(Boleh je nak guna mudah ke lelong ke atau banyak lagi laman classified ads. Tapi yang penting berbalik kepada tujuan kita. Saya nak validate(pastikan) sama ada orang beli atau tidak. Bila ada, baru terus pergi ke media berbayar. Ini cerita lain.)

Daftar dan post dalam site tersebut.

Hasilnya:
- 10 orang call.
- 8 orang tempah baju.
- Ada seorang tempah 2 pasang.
- 2 orang nak buat joint venture.

Jadi > (8 orang x RM 35) + Sepasang baju lagi RM 35 = RM 315.

Daripada Penulis

Kesimpulannya? Eksperimen berjaya.

Bila saya dah tahu servis ada permintaan, barulah memaksimakan apa yang kita ada.

Barulah keluar duit buat iklan.

Keluar duit untuk dapatkan pelanggan.

Jadi, apa yang saya buat untuk memaksikan apa yang ada?

Saya buat blog baru dan ayat jualan baru dalam blogspot.

Target khas untuk orang perempuan yang tengah cari tukang jahit baju kurung perempuan di Ipoh, Perak.

Hasilnya? Hampir setiap hari ada orang telefon mak saya.

Yang ajaibnya ialah saya tak buat SEO pun untuk blog tersebut.

Sekadar biarkan 1 post sahaja.

Mana blognya? Saya terpaksa rahsiakan untuk sebab tertentu.

Jadi sekarang apa?

Saya nak ambil peluang ini untuk ucapkan jutaan terima kasih kepada:

  • Tuan Bukhari Ramli sebab buat kitab Tawaran Meleleh.
  • Tuan Suffian Salahudin sebab sudi bagi ebook free.
  • Tuan Faisal Abdullah dan Geng STP sebab sudi kongikan teknik idea validation.
  • Dan juga kepada anda kerana sudi baca sampai habis.


Saya doakan anda sekeluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu. ^_^

Apa Itu Produktiviti?
Kadang-kadang kita tengok ada orang, buat kerja dari pagi sampai petang.

Tapi, hasilnya tak memberangsangkan.

Lain pula orang yang faham konsep produktiviti. Mereka buat kerja sikit tapi hasil melampau.

Kenapa ia boleh jadi begitu?

Sebab orang A tak faham tentang konsep produktiviti tapi lain pula orang B.

Jadi...

Apa Itu Produktiviti?

Produktivit = Penghasilan.

Penghasilan ialah tentang perubahan.

Contoh, sebelum ini air dalam botol nak habis lalu kita isi jadi penuh semula.

Itulah maksud perubahan.

Sebelum ini ia berada di A sekarang ia berada di B.

Dan, kata Jim Rohn: Orang yang betul-betul produktif ialah orang yang "mass produce."

Mass Produce?

Maksud perkataan mass produce ialah penghasilan beramai-ramai.

Atau nak lebih mudah faham lagi, buat kerja sedikit tapi ramai yang terima kesannya.

Contoh paling mudah ialah pemandu bas.

Apa tugas pemandu bas? Bawa penumpang, dari A ke B. Betul betul?

Pemandu bas bukan sahaja bawa seorang penumpang, tapi ramai-ramai bukan?

Jadi, itulah maksudnya mass produce.

Bagaimana untuk Jadi Seorang yang Betul-Betul Produktif

Kuncinya, faham konsep pro-aktif dan re-aktif.

Pro-Aktif

Pro-Aktif = Kita yang memberi kesan kepada orang lain.

Contoh: Update status di Facebook dan orang baca.

Re-Aktif

Re-Aktif = Orang lain yang memberi kesan kepada kita.

Contoh: Kita baca status orang di Facebook.

Jadi, orang yang produktif ialah orang yang pro-aktif yakni orang yang banyak memberi kesan kepada orang lain.

Dapat ke dapat? :)

Daripada Penulis

Kebiasaannya, kerja pro-aktif ini tak banyak mana pun. Sekadar 2 atau 3 kerja sahaja.

Misalnya buat marketing (dari group Facebook ke group Facebook), tulis emel dan hantar kepada subscriber dan seumpama dengannya.

Jadi, bila kita mahu susun to-do-list: Utamakan kerja yang mass produce dahulu, barulah kurang dan kurang mass produce.

Dan jangan lupa kongsikan entri ini dalam Facebook ada, terima kasih.

Sumber gambar.

Saya terfikir:

"Kalau buang tarikh dalam carian Google ada efek tak?"

Dan saya berasa hairan kenapa ada sesetengah blog buang tarikh dalam carian Google dan kenapa sesetengah lagi tak buat begitu?

Lalu, saya lihat blog blogspot yang sudah buang tarikh dalam carian Google.

Jumpa blog Helplogger.

Lihat dalam carian, kebanyakkan link dari blog Helplogger tiada tarikh.

Tiada Tarikh Dalam Carian Google.


Dan lihat pula dalam entri blog Helplogger pun tiada tarikh.

Pun Tiada Tarikh Dalam Entri Blog.

Lihat pula pada homepage blog beliau, terkejut dibuatnya sebab Pagerank 5.

Blogspot boleh Pagerank 5? Dahsyat.

Jadi, saya tertanya-tanya bagaimana nak buang tarikh dalam carian Google?

Maka ini yang saya jumpa.

... Tapi, sebelum itu kita lihat dahulu eksperimen pada blog Danial AR.

Eksperimen Blog Danial AR Buang Tarikh Dalam Carian Google

Sebelum Buang Tarikh

Trafik Blog Sebelum Buang Tarikh Dalam Carian Google.

Secara purata, saya dapat 200 pageviews sehari.

Selepas Buang Tarikh

Trafik Blog Selepas Buang Tarikh Dalam Carian Google.

Dan selepas buang tarikh pageviews saya meningkat daripada secara purata 200 pageviews sehari ke 622.

ROI Trafik Blog Danial AR.

Peningkatkan trafik sebanyak 259% pada blog.

Kesimpulannya, eksperimen ini berjaya memberi kesan pada trafik.

Tutorial Bagaimana Buang Tarikh Dalam Carian Google untuk Blogspot

Cara 1: Buang Dalam Blogger Layout

1. Pergi ke Blogger Dashboard > Layout.

2. Cari "Blog Posts" dan klik Edit.

3. Unchecked 2 kotak tersebut seperti dalam gambar di bawah:

Unchecked kotak tersebut.

4. Klik Save.

Cara 2: Buang Dalam Blogger Template HTML

Cara ini agak advanced tapi lebih berkesan.

1. Pergi ke Blogger Dashboard > Template > Klik "Edit HTML".

2. Cari kod:
<a class='timestamp-link' expr:href='data:post.url' rel='bookmark' title='permanent link'><abbr class='updated published' expr:title='data:post.timestampISO8601'><data:post.timestamp/></abbr></a>

Buang semua data:post.timestamp


3. Dan buang semua kod tersebut.

Nota: Kebiasaannya, anda akan jumpa 2 kali. Buang kedua-duanya.

4. Save template.

Cara Mana yang Paling Berkesan?

Bagi saya, buat dua-dua.

Tutorial Bagaimana Buang Tarikh Dalam Carian Google untuk Wordpress

Anda boleh rujuk tutorial di sini: How to Remove Date From Google Search Results.

Atau di sini: How to Remove Date stamp from Google Search Results Description.

Atau yang ini: How to Remove Date from Meta Description in Search Results.

Bagaimana untuk Pastikan Sama Ada Tarikh Dah Buang Dalam Carian Atau Belum?

Kita boleh semak di Google Structured Data Testing Tool.

Dan lihat dalam ruang Extracted structured data.

Semak Tarikh.


Kalau entri anda masih lagi keluar tarikh maksudnya tak berjaya, kalau tiada maka berjaya.

Daripada Penulis

Tak semestinya semua orang akan dapat hasil yang sama. Banyak faktor yang memainkan peranan.

Dari segi masa, on-page SEO, backlink dan sebagainya.

Masa itu tengah banjir, jadi mungkin ramai orang tak online.

Apa yang pasti, eksperimen ini mungkin tak sesuai untuk semua. Mungkin bagi saya berjaya, bagi anda gagal dan sebaliknya.

Dan mungkin bagi blog jenis berita tidak sesuai sebab memerlukan elemen masa kini.

Jadi, buat uji kaji sendiri. Lihat hasilnya bagaimana. Baru boleh simpulkan berjaya atau tidak.

Sebab andaian tanpa kepastian ialah teori semata-mata.

Dan jangan lupa share entri ini pada 3 rakan anda.

Terima kasih. :)

Jangan Sesekali Membuat Andaian Sendiri Tanpa Kepastian yang Pasti
Tadi...

Saya tersalah sangka dan menyebabkan kerugian sebanyak 30 minit masa saya, ibu dan abang saya.

Ceritanya begini:

Pada suatu ketika, mak saya ajak pulang ke kampung.

Jadi, saya dengan rela hati ikut sekali sebab niat sekadar nak teman mak saya.

Keesokan harinya.

Ketika sedang bersiap-siap dan menunggu mak saya bersiap.

Abang saya pun kemas bag.

Dan saya ingat abang saya kemas beg sebab nak duduk di rumah kawannya.

Lalu, bila semua dah bersedia dan ketika dalam perjalanan saya terfikir, kenapa abang saya tak pergi ke rumah kawannya?

Kenapa abang saya terus memandu kereta sehingga 5KM dan sudah lepas jalan ke rumah kawannya.

Dan sesampailah di satu perhentian, saya tanya balik mak saya dan rupa-rupanya abang saya ikut sekali.

Jadi, saya pun buat keputusan nak tinggal di rumah.

Dan sekarang saya di rumah sedang menaip artikel ini kepada anda.

Daripada Penulis

Sudah menjadi kebiasaan manusia suka membut andaian. Sama ada yang baik mahupun negatif.

Mungkin kita nak mula bisnes baru di sekian kawasan.

Dan tiba-tiba kita membuat andaian nanti rugilah, nanti tiada siapa nak belilah.

... Dan macam-macam lagi.

Mungkin kita nak tulis artikel sebegini dan terima kritikan yang negatif ataupun positif.

Walau apa pun, andaian tetap andaian.

Ia sekadar teori semata-mata. Maksudnya, berkemungkinan besar kita akan salah atau betul.

50/50.

Jadi, pengajaran terbesar yang saya pelajari hari ini ialah sentiasa dapatkan kepastian yang terkini dengan TANYA.

Bukan semalam punya seperti apa yang berlaku kepada saya.

Mungkin hari ini beli saham A rugi, tapi mana tahu saham A esok untung.

Betul-betul?

Have fun. :)

Sumber gambar.

Sebuah gambar yang tertulis, "I've failed over and ovver and that is why I succed." Kata Michael Jordan.
Saya nak bagi tahu satu rahsia:

Sebenarnnya, saya takut. Saya takut apa orang kata kalau saya update status di Facebook.

Saya takut kalau status saya tak capai standard kawan-kawan saya di Facebook, sebab semua kawan-kawan saya hebat-hebat berlaka.

Jadi, saya ada 2 pilihan: Update status yang hebat atau jangan update status.

Sudah tentu saya pilih jangan update status.

Dan lama-kelamaan, saya belajar dan belajar lagi sesampailah saya terjumpa satu idea tentang "It's OK if we fail."

Ha?

Izinkan saya terangkan.

Bagaimana untuk Bebas Dari Takut Gagal

Dalam satu seminar (100 Seminar), Tuan Gary Bencivenga kata:

"It's OK if we fail. No need to fear or disappointment."

Maksudnya apa? Maksudnya, kalau kita tiba-tiba ter-gagal atau terbuat silap, ia tidak mengapa.

Tidak perlu takut, tidak perlu risau. Tidak perlu hina dan pandang rendah pada diri sendiri.

Apa yang penting, kita akan tahu yang kita akan gagal.

Orang yang berjaya dia tahu yang dia akan gagal. Apabila kita berfikir begitu, kita akan berasa lebih mudah untuk atasi kegagalan tersebut sebab kita sudah menjangkakannya.

Jadi, tidak mengapa kalau kita gagal atau buat silap.

Brian Tracy kata:

"70% in our life is full of mistake."

Dari kecil sehingga besar, kita diajar buat silap tak boleh diterima. Kalau buat silap akan didenda. Salah sikit, kena marah. Kalau silap sikit, kena pukul. Lalu bila besar kita takut mencuba, sebab takut buat silap.

Kenapa takut buat silap? Sebab takut didenda.

Dalam minda separa sedar kita sudah disetkan begini:

Buat silap = Tak bagus = Kena denda (Rasa Negatif).

Siapa suka rasa negatif, bukan?

Jadi, untuk elakkan rasa negatif janganlah mencuba.

Berbeza pula dengan orang berjaya:

Buat silap = Bagus = Boleh belajar daripada kesilapan.

Lagi banyak mereka berusaha, lagi banyak pengalaman mereka dapat, lagi cepat mereka berjaya.

Jadi, ia tidak mengapa kalau kita buat silap. Apa yang penting kita belajar daripada kesilapan.

Daripada Penulis

Sebenarnya, perkataan KEGAGALAN tidak wujud dalam realiti.

Ia hanya wujud dalam minda kita sendiri, bukan?

Kadang-kadang saya terfikir, kenapa saya dulu rajin edit blog. Dari pagi sampai malam, sesampailah mahir mengedit blog.

Padahal masa mula-mula edit blog memang banyak buat silap. Tapi pelik sebab saya tak nak mengaku kalah.

Rupa-rupanya saya tak nak mengaku kalah sebab saya tak rasa yang saya buat silap.

Sebab masa itu saya percaya perkataan KEGAGALAN itu tidak wujud. Jadi, saya terus cuba dan mencuba. Sampai satu tahap saya boleh buat duit dengan edit blog.

PS: Orang yang hebat pun buat silap!

Kredit gambar.

Give it away!
Ketika itu, saya sedang baca buku The Greatest Money-Making Secret in History! karya Dr. Joe Vitale.

(Bukunya memang seronok, sungguh berinspirasi dan amat mudah untuk difahami.)

Tiba-tiba, tanpa berfikir panjang saya buka dompet. Ambil RM 5 terus beri kepada kakak saya ketika itu sedang masak magi di dapur.

Lalu kakak ku ucapkan terima kasih.

Dia pun pelik, saya lagi pelik.

Magi sudah siap, makan sambil membaca buku Dr. Joe Vitale.

Selepas beberapa minit, saya buka Facebook untuk lihat apa yang terbaru.

Tiba-tiba ada orang PM saya, "Salam Tuan Danial, ada buat servis blog ye?"

Saya pun balas, "Wasalam ,ada :)"

Bincang dan bincang sehinggalah beliau terus bayar servis saya tanpa buat kerja dahulu. Terkejut dibuatnya.

(Saya selalu buat kerja dahulu baru bayar.)

Tak sangka saya dapat pulangan yang sangat cepat dan mudah.

Tetapi bagaimana saya boleh buat begitu? Apakah rahsianya? Kalau saya tahu rahsianya, mesti saya boleh buat lagi.

Rahsia Disebalik Memberi

Apabila saya sudah baca buku The Greatest Money-Making Secret in History! barulah saya faham kenapa saya dapat duit dengan mudah.

Kuncinya: Kalau kita nak duit, beri duit.

Dan kunci memberi ialah: Jangan TERLALU mengharapkan pulangan selepas memberi.

Itulah saya suka buat dahulu. Selepas sedekah di Masjid, saya selalu fikir bila saya akan dapat balik duit yang saya sedekah itu.

Kalau saya berfikir begitu, itu namanya bukan memberi tapi melabur. Kalau nak melabur jangan memberi.

Ia dua perkataan yang berbeza maksudnya. Apabila kita memberi, niat utama adalah untuk membantu. Memberi bantuan dengan ikhlas yakni pemberian yang langsung tidak mengharapkan balasan.

Itulah baru maksud memberi yang sebenar.

Memberi yang sebenar = Memberi tanpa mengharapkan balasan.

Bahagian Paling Penting Ialah...

Perasaan kita SEMASA memberi.

Maksud saya ialah: Semasa kita nak memberi itu, apa yang kita rasa? Rasa terpaksa? Rasa tak cukup duit? Rasa nanti duit habis? Rasa risau? Atau rasa seronok?

Andai perasaan kita semasa nak memberi negatif yakni rasa tak cukup duit, terpaksa dan seumpama dengannya, maka jangan memberi langsung.

Sebab pemberian tersebut tak ikhlas, lebih jelas: Tak ikhlas nak membantu betul-betul.

Jadi, memberi apabila kita rasa betul-betul seronok dah ikhlas.

Kenapa saya beri RM 5 dapat balik RM 50 kurang 30 minit? Sebab semasa saya beri RM 5 kepada kakak saya, hati saya sangat gembira.

Itulah rahsianya. :)

Nota: Saya bukan nak menunjuk yang saya ini hebat atau sebagainya. Niat saya hanyalah untuk berkongsi agar kita lebih berinspirasi untuk memberi lebih banyak.

Daripada Penulis

Allah itu maha adil. Kita beri dengan hati yang ikhlas, dapat pulangan yang ikhlas.

Kita beri dengan hati yang terpaksa, dapat pulangan yang terpaksa.

Dan dunia ini penuh dengan keberkatan yang berlimpahan (Abundance).

Duit kita tidak akan habis kalau beri segala-galanya yang kita ada.

Kalau tak percaya, baca buku The Greatest Money-Making Secret in History!

Barulah anda akan faham.

Download di sini (100% Percuma): The Greatest Money-Making Secret in History!

Have fun. :-)

3 Buku Copywriting Terbaik Sepanjang Zaman.
Ada orang tanya,
"Danial, macam mana nak tulis ayat copywriting yang bagus kat Facebook? Ada tak buku yang bagus tentang copywriting?"

Pertama-tama, kita perlu faham apakah 3 elemen penting setiap iklan perlu ada.

Kedua, kita kena faham pelanggan kita betul-betul. Bukan setakat kenal sahaja.

Kenapa?

Bila kita faham kepada siapa kita nak jual produk atau servis, maka proses menjual menjadi mudah. Memang mudah.

Dan cara paling mudah untuk kenal pelanggan siapa kita ialah dengan berkawan dengan mereka.

Dapat?

Jawapan untuk soalan kedua pula:

3 Buku Copywriting yang Terbaik


1.) Kick-Ass Copywriting Secret Marketing Rebel - John Carlton

Dalam banyak buku copywriting yang saya baca, buku ini adalah buku yang terbaik menerangkan strategi dan teknik copywriting yang berkesan.

Di mana teknik dan strategi tersebut digunakan oleh copywriting antarabanga seperti Gary Halbert dan ramai lagi.

Dan buku ini adalah buku panduan utama apabila saya nak tulis ayat copywriting.

Teknik yang diajar di dalamnya memang senang nak digunakan. Lantas membuatkan saya mudah menulis ayat copywriting.

2.) The Ultimate Sales Letter - Dan Kennedy

Buku lebih menekan strategi copywriting berbanding dengan teknik copywriting. Maksudnya lebih menekan asas dalam copywriting.

Kalau kita masih lagi kosong tentang copywriting, maka bacalah buku ini dahulu sebab Tuan Dan Kennedy menerangkan langkah demi langkah bagaimana untuk menulis ayat iklan yang berkesan.

Apa yang saya tidak boleh lupakan ialah bahagian Call-To-Action. Terdapat 6 jenis Call-To-Action yang membuatkan pelanggan tak sabar nak membeli.

Memang terbaik! :)

3.) Power Copywriting For The Internet - Bob Serling

Dalam buku ini fokus kepada sebelum proses menulis ayat copywriting berlaku. Maksudnya buku ini menerangkan apa yang kita buat sebelum nak tulis ayat copywriting.

Saya terkejut pada bahagian permulaan sebab beliau menjelaskan 3 ciri pelanggan kita yang paling ideal.

Dengan 3 ciri ini maka mudahlah proses menjual berlaku.

Nak tahu?

3 Ciri Tersebut Ialah:

  • Minat - Siapakah orang yang betul-betul berminat (terdesak) dengan tawaran kita?
  • Mampu - Siapakah orang yang paling berduit untuk membeli tawaran kita?
  • Kuasa - Siapakah orang yang ada kuasa untuk membeli produk kita secara terus (Tak perlu minta kebenaran isteri. Hoho).


Daripada Penulis

Persoalannya, di mana kita nak cari semua buku ini?

Jawapan: Di Google.

Saya bagi petunjuk sikit: Forum.

Carilah sampai dapat.

Have fun. :)

Kredit gambar,

3 elemen penting setiap iklan perlu ada.
(Iklan = Surat Jualan)

Andai salah satu elemen hilang, maka surat jualan kita akan gagal memberi respon yang terbaik.

Oleh kerana ketiga-tiga elemen ini ibarat sebuah bangunan yang memerlukan 3 tiang untuk berdiri dengan kukuh.

Andai salah satu tiang tiada, maka ia akan runtuh berderai.

Jadi, pastikan setiap surat jualan kita mempunyai 3 elemen ini agar dapat respon yang terbaik dan lebih baik.

1. Elemen Headline

Bak kata David Ogilvy:
"Sebanyak 90% kejayaan surat jualan ditentukan oleh headline sahaja."

Respon surat jualan boleh meningkat dengan dramatik dengan hanya optimasi headline sahaja.

Dahsyat bukan?

Dan tujuan headline hanya satu.

SATU sahaja, iaitu:

Membuat pembaca ideal membaca perengan seterusnya.

Andai headline kita gagal melakukan sedemikian, maka kita perlu tukar headline jadi lebih baik.

Tetapi bagaimana? :)

Dalam buku Tested Advertising, terdapat 4 jenis headline yang berkualiti:

  1. Self-interest.
  2. News.
  3. Curiosty.
  4. Quick, easy way.


Self-Interest

Headline selft-interest ialah headline yang fokus kepada keinginan pembaca ideal.

Contoh headline:
Bagaimana Saya Tukar RM 5 Jadi RM 60 Dalam Masa Kurang Seminggu.

Contoh lain:
Nak Diskuan?

Jadi, bagaimana nak buat headline yang mempunyai self-interenst?

2 Cara:

  1. Fahami end-result pembaca/pelanggan ideal.
  2. Pertanyaan + End-result.


End-result = Apa pembaca ideal betul-betul nak?

News

Berita. Jenis headline yang membuatkan pembaca ideal rasa surat jualan tersebut seperti baru.

Contoh headline:
Pusat Mencuci Kereta Kini Dibuka.

Contoh lain:
Produk Danial AR Kini Di Pasaran.

Dapat dapat?

Untuk menggunakan headline jenis ini mudah sahaja.

Tambah perkataan:

  • Kini.
  • Terkini.
  • Terbaru.
  • Baru.
  • Memperkenalkan.


... Dalam headline surat jualan kita.

Curiosty

Rasa ingin tahu. Memang sifat semula jadi manusia ingin tahu sesuatu rahsia.

Contoh headline:
Adakah Anda Melakukan 3 Kesilapan Maut Ini dalam Bisnes?

Contoh lain:
Apa Yang Tak Kena Dengan Gambar Ini?

Bagaimana nak menggunakannya?

Tambah perkataan "Ini" dalam headline kita.

Quick, Easy Way

Cepat dan jalan yang senang. Headline jenis ini fokus pada elemen spesifik.

Contoh Headline:
Trik Mudah Dapatkan Kos Iklan 0.03 Sen.

Contoh lain:
Cara Termudah Beli Kereta Baru Tanpa Deposit.

Jadi, Apakah Cara Termudah Untuk Jadikan Headline Surat Jualan Convert?

Salah satu caranya ialah dengan: Tanya soalan.

Lebih spesifik: Tanya soalan end-result pelanggan ideal.

Ya, semudah itu sahaja.

Contoh:

Produk: Kasut nike.
Headline: Tengah Cari Kasut Nike?

Produk: Mesin jahit mini.
Headline: Nak Mesin Jahit Mini yang Boleh Dibawa Di Mana-Mana?

Produk: Servis SEO.
Headline: Mahu Buat Blog Anda Berada Dikedudukan Pertama?

Just like that. :)

2. Elemen Tawaran

Tawaran yang bagus ialah tawaran yang membuatkan orang susah berkata "tidak."

Itulah rahsianya. Bukan membuatkan orang senang berkata "ya."

Jadi, bagaimana?

  • Risk-Reversal
  • BTRF


Risk-Reversal

... Ialah jimanan yang menghapuskan segala risiko pembelian.

Contoh:
Jaminan pulangan wang selama 90 hari.

Contoh lain:
Jaminan pulangan wang 2 kali ganda selama-lamanya.

Dan untuk BTRF bagaimana pula?

BTRF ialah singkatan untuk Better Than Risk-Free.

Apabila kita menggunakan BTRF dalam surat jualan, sangat mudah untuk kita hasilkan jualan. Memang mudah sebab saya sendiri sudah menggunakan.

Contoh:

Buat kerja dahulu, bayar kemudian. Tetapi, andai anda tidak berpuas hati dengan servis kami, kami akan beri RM 100 kepada anda tanpa banyak soal.

Sudahlah buat kerja dahulu dan bayar kemudian. Selepas itu kalau tak puas hati boleh dapat RM 100. Gila ke tak gila?

Hebat atau tidak BTRF-nya? :)

3. Elemen Call-To-Action

Headline sudah menggoda. Tawaran memang tidak boleh ditolak.

Tetapi kita tertinggal satu elemen penting dalam surat jualan, iaitu Call-To-Action.

Tujuan Call-To-Action hanya satu: Buat pelanggan lakukan sesuatu.

Kalau kita nak suruh pelanggan tempah sekarang, tunjukkan cara bagaimana untuk tempah sekarang.

Tunjuk dengan jelas dan langkah demi langkah.

Barulah mereka mudah untuk membuat pembelian.

Contoh:
Berminat dengan produk XYZ?
Ikuti 2 langkah mudah ini untuk membuat pembelian.
Langkah 1. Bayar ke akaun:
Bank Semalaysia.
Langkah 2. Isi borang di bawah.

Daripada Penulis

Sejujurnya, bahagian copywriting memang besar untuk diterangkan dalam satu artikel. Oleh kerana, ada banyak lagi elemen yang penting dalam surat jualan perlu kita guna.

Seperti testimoni, sense of urgency dan lain-lain.

Saya harap ia dapat membantu anda tingkatkan respon iklan.

Dan jangan lupa untuk...

Have fun. :)

Apa itu leveraj dan bagaimana untuk menggunakannya.
Laveraj ialah alat (Delegate, out-source)

Leveraj ada 2 jenis:
  1. OPM = Other People Money.
  2. OPT = Other People Time.

Contoh paling mudah untuk faham ialah:

Kita buat bisnes nasi lemak. Jual kat tepi jalan. Apa yang bagusnya, ramai orang lalu lalang hantar anak pergi sekolah. Trafik berkualiti.

Daripada 100 kereta yang lalu lalang, boleh dikatakan 20 kereta yang berhenti membeli.

Daripada 20 kereta itu, secara purata membeli 3 nasi lemak.

Jadi, 20 x 3 = 60 nasi lemak x RM 1.50 = RM 90.

Dan kita boleh gandakan lagi jualan nasi lemak dengan? Leveraj.

Melalui, flyers. Guna direct-response marketing.

Contoh flyers:

Pagi-Pagi Tiada Masa Nak Buat Sarapan?

Jangan risau dengan pakej Nasi Lemak Uncle Danial dapat membantu anda menyediakan sarapan berkualiti. Siap hantar di rumah.

Apa yang Best?

> Sambal menyengat.
> Nasi berasap-asap.
> Kacang yang ragup.
> Telur rebus yang anjal.
> Timun yang segar.

Pakej A:

1-Bungkus Nasi Lemak = RM 2

Pakej B:

3-Bungkus Nasi Lemak = RM 5 (Jimat RM1)

Bagaimana Nak Tempah?

Dengan 1 langkah mudah iaitu,

Untuk Pakej A: SMS NLUD1 ke 012-012 1111.

Atau,

Untuk Pakej B: SMS NLUD3 ke 012-012 1111.

*Terhad bagi 50 orang pertama sahaja.

Kita kira: Dalam satu taman ada berapa buah rumah? Satu rumah secara purata ada berapa orang?

Katakanlah: 1 taman = 100 rumah. 1 rumah = 3 orang.

Siapkan 100 flyers dan hantar kepada 100 rumah > Upah orang hantar (OPT). Sebab kita tiada masa nak hantar satu per satu flyers kat rumah orang.

Daripada 100 buah rumah, mungkin 20 yang berminat dengan tawaran kita.

Daripada 20 itu, mungkin 5 orang yang berminat dengan pakej B.

Jadi, 15 orang pakej A. 5 orang pakej B.

Total: 15 x 2 = RM 30. 5 x RM 5 = RM 25.

> RM 55.

Kita boleh upsell lagi untuk tingkatkan jualan. Upsell lagi dengan nak telur atau nak ayam masak merah ke, nak sambal sotong atau sambal ikin bilis dan lain-lain.

Atau, pakej kita boleh buat pakej untuk sebulan. Kata macam ini, kalau beli pakej sebulan bayar sekali dan dapat diskaun 20%.

Ingat, kita nak untung dan jaga nama bisnes kita. Maklumat pelanggan (nombor telefon) simpan baik-baik. Sebab ia adalah aset.

Jaga ROI. Buat kompas jualan a.k.a sales funnel. Sentiasa split-test untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Have fun.


Kamu kena sedar kamu siapa.
Hampir. Setiap hari.

Berangan-angan nak hidup kaya dan berjaya. Tetapi, masalahnya: Tidak mahu bayar harga untuk hidup kaya dan berjaya.

Kita kena sedar kita di mana sekarang. Kita kena sedar siapa diri kita sekarang sebelum terlambat.

Saya sedar saya tak pandai dalam pendidikan formal. Saya gagal dalam Add Math dan Sains Pertanian. Dan saya tak mahu sambung belajar sebab bagi saya ia tidak sesuai.

Dan apabila saya sedar saya di mana. Saya sedar saya seorang yang gagal. Saya sedar saya tidak boleh hidup macam orang lain.

Belajar tinggi-tinggi, minta kerja. Tunggu 2 atau 3 tahun, baru dapat kerja yang sesuai. Kalau tidak, terpaksalah menganggur di rumah.

Jadi, saya kena kerja 2 kali ganda daripada orang biasa untuk capai tahap bebas kewangan, bebas bebanan kewangan dan bebas daripada pilihan yang terhad.

Sekarang, bukan sijil penentu masa depan.

Bukan straigt A yang segala-galanya. Apa yang segala-galanya sekarang ialah mindset.

Mindset kaya = Hidup kaya.

Mindset miskin = Hidup miskin.

Saya tak tahu macam mana nak ubah mindset rakyat Malaysia jadi mindset kaya. Sebab setiap hari dari pagi sampailah ke malam.

Berulang-ulang kali sehinggalah hari tua. Kita kena program dengan KEPERCAYAAN NEGATIF.

Tanpa henti. Sehinggalah nafas terakhir.

Tetapi, hanya orang yang benar-benar mempunyai KEINGINAN yang MEMBERA se-membara MATAHARI yang nak kaya akan kaya.

Kenapa? Sebab KEINGINAN adalah penentu hidup kita. Dan KEINGINAN adalah titik perubahan hidup seseorang itu.

Inilah rahsia di dalam rahsia buku Think and Growh Rich.

Bukunya mengisahkan 500++ jutawan, multi-jutawan malah billionair bagaimana mereka jadi kaya dengan segera.

Berapa seegera? Kurang 24 jam.

Siapa yang pernah baca bukunya akan tahu.

Tetapi, rahsianya tetap KEINGINAN.

Daripada Penulis


Bak kata bijak pandai:

"If you want something, pay the price! If you can't pay the price, then you can't afford it!"

Semua orang nak hidup kaya dan berjaya. Semua orang nak hidup bahagia. Tetapi, apabila minta mereka 'bayar' harganya.

Tak ramai yang sanggup.

Oleh sebab itu gologan yang bebas kewangan adalah sedikit. Hanya 20% daripada jumlah penduduk di dunia ini (mengikut prinsip 80/20).

Tak mahal mana pun harganya. Dan tak susah manapun yang kita sangka. Nak jadi jutawan kurang 24 jam, tiru cara orang yang dah berjaya lakukan perkara tersebut dan lakukan lebih baik.

Itulah kunci untuk capai apa yang kita mahu.

Dan saya ucapkan terima kasih kerana sudi laburkan masa dan tenaga baca artikel ini. Saya hargai pelaburan anda.

Saya doakan anda sekeluarga bebas daripada kepercayaan negatif agar hidup lebih kaya, berjaya dan bahagia selalu.

Fundamental Hukum Tarikan.
Apa yang kita fikir.

Apa yang kita lihat.

Apa yang kita cakap.

Apa yang kita dengar.

Apa yang kita rasa.

Apa yang kita buat.

Semuanya adalah doa.

Sebab itu orang yang suka tonton berita tentang kemalangan hidupnya selalu ditimpa kemalangan.

Orang kaya sentiasa jaga 6 perkara ini (fikir, lihat, dengar, cakap, rasa dan buat).

Orang yang kerjanya selalu tunda kereta kemalangan, hidupnya pasti selalu melihat kemalangan kereta dan kereta-kereta tunda persaingnya.

Kenapa boleh berlaku begitu?

Sebab apa yang kita fikir, lihat, dengar, cakap, rasa dan buat hari-hari akan menarik lagi banyak perkara tersebut berlaku dalam hidup kita.

Jadi, jaga 6 perkara ini, Insya-Allah hidup kita senang.

Bukan Insya-Allah tetapi 100% pasti.

Bagaimana Nak Jaga 6 Perkara Supaya Hidup Kita Senang?

Mudah sahaja.

Fikir perkara-perkara yang menguntungkan.

Fikir jalan penyelesaian daripada fikir tentang masalah.

Kuncinya, fokus kepada kebaikan.

Selepas itu, secara neutral hidup kita semakin baik dan semakin baik.
 
Nak jawapan lagi spesifik adalah dengan cuci energi kita.

Bagaimana Mengubati Energi Diri Kita?


Untuk cuci energi adalah dengan istighfar sebanyak mungkin.

Berapa banyak? 1,000 kali tiap-tiap hari.

Tidak boleh tertinggal walaupun sedikit.

Tetapi, itu untuk orang yang sudah jadi jutawan. Bagi kita yang masih belum lagi capai tahap jutawan, boleh mulakan dengan istighfar 33 kali sehari.

"Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan." ~ Hadis Riwayat Muslim.

Andai 33 juga rasa berat, ia bererti diri kita penuh dengan energi negatif yakni dosa-dosa terdahulu.

Sebab itu sukar nak istighfar.

Andai diri penuh dengan energi positif, Insya-Allah ringan untuk beristighfar.

Tugasan Ringan:

  • Istighfar 33 kali sehari selama 66 hari.

Tidak boleh tertinggal. Dalam 66 hari tersebut, elakkan daripada marah kerana marah menyebabkan energi positif yang terkumpul pecah.

Penat-penat kita kumpul energi positif dari hari pertama, tiba-tiba hari ke-21 ter'marah. Nescaya terpaksa mula semula.

Kenapa 66 hari? Oleh kerana purata masa untuk membentuk habit yang sederhana adalah selama 66 hari. Siapa kata? Jeremy Dean kata.

Bilakah Kali Terakhir Kita Benar-Benar Gembira?

Tanya kepada diri sendiri, "Bilakah kali terakhir aku betul-betul gembira?"

Mungkin ada yang jawab, 5 tahun yang lalu atau 30 tahun yang lalu semasa kali pertama berkahwin.

Apa yang penting, kita sebenarnya ada memori gembira walaupun sedikit.

Sebab kenapa hidup suka stres adalah kerana banyak sangat memori negatif yang kita simpan.

Jadi, untuk hidup tenang lagi makmur adalah dengan bina memori positif walaupun dengan ucapan kepada diri sendiri:

"Saya sayang awak, saya minta maaf, maafkan saya, terima kasih." ~ Zero Limits.

Buat dan jangan tanya saya kenapa. 'Kenapa' itu urusan Allah. Yang penting kita berusaha.

Ulang petikan ajaib itu. Ulang sampai kita betul-betul berasa disayangi, tenang lagi ringan.

Lalu, mula cari idea untuk membina memori positif sedikit demi sedikit.

Mungkin dengan solat berjemaah bersama pasangan tersayang. Mungkin menuntu ilmu dengan Dr. Azizan Osman.

Apa yang pasti, setiap orang ada caranya yang tersendiri untuk gembira.

Bagi saya, cara paling mudah untuk gembira adalah gembirakan orang lain.

Selain itu, saya suka menulis. Lalu menulis dengan sepuas-puasnya. :)

Dan memori positif yang memberi impak mendalam kepada saya adalah ketika bercinta. Walaupun selama 2 minggu.

Daripada Penulis

Ingat, cuba istighfar selama 33 kali setiap hari. Ini adalah langkah pertama untuk hidup menuju kekayaan yang berkat.

Selepas itu, bina memori positif.

Lama-kelamaan ia sudah sebati dengan diri kita. Lalu, terpaksalah hidup kaya dan berjaya.

Allah. Allah. Allah.

Saya doakan anda sekeluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu.

Jumpa lagi di pada entri yang akan datang. Terima kasih. :D

3 Pengajaran Termahal Selepas 7 Bulan Bisnes
Pada pertengah tahun 2013, saya memulakan langkah pertama dengan membuat bisnes freelance.

Tanpa mentor.

Tanpa modal.

Dengan laptop, internet dan pengorbanan saya 2 tahun sebelum itu.

Pengorbanan apa? Pengorbanan sanggup ponteng sekolah. Memang kelakar bila difikirkan balik.

Masa mula-mula buat bisnes sendiri, tidak tahu apa yang penting apa yang tidak penting. Saya main hentam kromo sahaja.

Kesannya. Gagal 2 kali.

Maka, 3 pengajaran penting yang saya belajar daripada kegagalan tersebut.

Pertama: Niat Kena Betul

Buat bisnes sebab nak dapatkan duit tidak salah. Namun untuk permulaan, memang tidak digalakkan mempunyai niat sebegitu.

Kenapa? Sebab ia membuatkan diri kita cepat putus asa.

Minda akan kata, "Penat-penat buat bisnes, tapi dapat hasil ciput. Baik tak payah buat bisnes."

Hasilnya, 2 bulan pertama saya buat bisnes memang letih. Prestasi memang merudum. Tidak semangat nak buat bisnes.

Datang sekolah memang tidak ada mood. Memang negatif sangat ketika itu.

Lalu, saya refleksi diri balik. Kenapa saya suka sangat berasa letik dan cepat putus asa?

Jawapannya sebab niat tidak betul.

Saya perbetulkan niat. Buat bisnes sebab saya suka. Saya suka edit blog. Itulah passion saya selama ini.

Dan buat bisnes sebab nak bantu lebih ramai orang mempunyai blog yang kemas lagi disayangi Google.

Memang seronok sangat.

Pada bulan 12. Saya berjaya capai target jualan. Alhamdulillah. :)

Kedua: Kenali Pelanggan Sasaran

Kenapa ia sangat penting? Kalau tak kenal Pelanggan sasaran boleh menyebabkan bisnes kita merudum dan terus bankrup.

Oleh kerana apabila kita menjual kepada semua orang sebenarnya kita tidak menjual kepada sesiapa pun.

Maksudnya, tiada siapa yang sudi dengar tawaran kita.

"There is no one size fit all."

Contoh paling mudah ialah kita menjual boxer lelaki. Jadi siapa yang pakai boxer lelaki? Sudah tentulah orang lelaki bujang.

Kanak-kanak lelaki tak pakai boxer.

Bayi lelaki tak pakai boxer.

Orang perempuan tak pakai boxer. Ada ke? Itu abnormal.

Lagi terperinci kita kenal pelanggan sasaran, lagi mudah untuk kita menjual. Lantas bisnes kita semakin maju.

Ketiga: Harga Berpatutan

Bab harga memang sangat kritikal. Kalau kita main letak harga ikut suka hati memang bisnes lingkup.

Ia kena berpatutan dengan nilai produk atau servis yang ditawarkan.

Masa mula-mula saya buat bisnes, RM 30 adalah harga yang sangat murah. Dan pelangan merasakan ia servis yang tidak berkualiti.

Lalu, saya naikkan harganya jadi RM 50/blog. Ia harga biasa.

Lalu, saya naik lagi jadi RM 100/blog.

Ada yang kata mahal. Ada klien saya yang kata berpatutan dan berbaloi.

Yang kata mahal itu sebenarnya bukan pelanggan kita. Yang kata berbaloi pula ialah pelanggan sasaran kita.

Ingat, pastikan harga berbaloi dengan nilai yang kita tawarkan. Ini sangat penting.

Andai pelanggan masih lagi kata mahal, terangkan secara terperinci kenapa harganya begitu.

Daripada Penulis

Ada satu pengajaran emas yang saya dapat masa buat bisnes:

"The more you give, the more you get!" ~ Dr. Azizan Osman.

Ramai yang tak faham apa yang dimaksudkan dengan petikan beliau.

Maksudnya mudah: Kita bantu lagi ramai orang secara percuma, lagi ramai yang sudi buat bisnes dengan kita.

Contohnya: Kita bantu selesaikan masalah 1,000 pelanggan secara percuma, nescaya kita boleh jana RM 1,000 dengan mudah.

Itu untuk 1,000 pelanggan. Kalau 1 juta? Sudah tentu boleh jana RM 1 juta bukan? :)

Saya doakan anda sekeluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu. Dan saya doakan juga anda sekeluarga dapat menikmati kehidupan yang diberkati Allah.

Aamiin ya Rabb.

PS: Berminat nak belajar strategi pemasaran internet yang berkesan? Klik sini: Rahsia Pemasaran Rahman Basri (100% percuma).

Sumber gambar.

Masalah dan penyelesaian.
Hari-hari, pasti kita menghadapi masalah. Tidak kiralah banyak, sedikit, besar atau kecil. Semua orang pasti akan menghadapinya.

Persoalannya ialah kenapa?

Kenapa masalah itu wujud?

Sebabnya adalah berpunca daripada diri sendiri. Ya, simpel lagi memudahkan. Semuanya kembali kepada diri sendiri. Diri sendiri yang menciptakan masalah dan diri sendiri sahaja yang mampu menyelesaikannya.

Orang lain sekadar dapat membantu sahaja. Selebihnya diri sendiri yang perlu ambil tindakan.

Persoalannya, kenapa majoriti mempunyai masalah kewangan? Salah satu sebab yang utama ialah tidak mempunyai kawalan nafsu.

Kerana nafsu, hidup binasa.

Selepas nafsu, kerana kekurangan ilmu kewangan dan seterusnya adalah kerana tidak mengamalkan ilmu kewangan yang ada di dalam diri.

Ramai yang tersekat pada bahagia nafsu dan aplikasikan ilmu kewangan. Ya, semua orang tahu menyimpan itu penting, tetapi kenapa masih lagi ramai yang susah sangat untuk menyimpan?

Jawapannya kembali kepada diri sendiri.

Kesan Dan Akibat Daripada Kesan

Saya suka formula ini: C & S (Consequences and Sequel). Diasaskan oleh Dr. Edward de Bono.

Apabila kita mahu membuat keputusan yang penting, guna formula ini.

Sebagai contoh, saya nak sambung belajar atau tidak? Dan ini adalah satu masalah pada diri saya sendiri. Andai tidak selesaikan sekarang, maka orang lain yang tolong tentukan hidup saya.

Maka, formula C & S saya gunakan.

Caranya mudah. Buat dua kotak. Satu kotak untuk Tidak sambung belajar. Satu kotak untuk sambung belajar. Untuk gunakan C & S ialah tanya kepada diri sendiri, "Apa yang akan berlaku sekiranya saya lakukan sekian-sekian dan sebaliknya."

Tidak Sambung Belajar:

  • Tiada hutang belajar.
  • Tidak berjumpa dengan kawan baru.
  • Tidak ada pengalaman berlajar di kolej.
  • Tidak jumpa calon isteri yang baru.
  • Dan lain-lain.

Sambung Belajar:

  • Hutang belajar.
  • Jumpa kawan baru.
  • Banyak pengalaman di kolej.
  • Jumpa banyak calon isteri yang baru.
  • Dan lain-lain.

Di atas adalah sekadar analisis kasar sahaja. Mungkin anda mempunyai pendapat yang lebih baik. Kalau ada, utarakan sahaja di ruang komentar nanti.

Sejujurnya, saya memilih untuk tidak sambung belajar. Kenapa? Sebab rugi besar. Kenapa rugi pula? Sebab berhutang.

"Alah Danial, biasiswa kan ado."

Benar. Namun, adakah selepas saya habis belajar terus dapat kerja yang bagus (Kerja yang memuaskan hati saya)? Sudah tentu tidak bukan?

Tambahan lagi, saya memang kurang pandai dalam pelajaran. Ditambah pula dengan memori negatif yang saya ada mengenai sambung belajar.

Apa dia?

Kakak saya ada master dan seorang lagi kakak ada degree. Kedua-duanya sekarang masih lagi menganggur. Itu kenyataan.

Sekarang, adakah saya perlu mengulangi sejarah yang sama? Habis belajar menganggur?

Sudah tentu tidak bukan. Bak kata orang, "Habiskan duit mak bapak ja."

Daripada habis duit mak dan ayah tidak tentu hala, lebih baik duit itu digunakan untuk besarkan bisnes saya. Sudah tentu berbaloi.

Lepas 5 tahun belajar, mungkin saya menganggur. Tetapi, lepas 5 tahun saya besarkan bisnes, mungkin pendapatan saya RM 6 angka sebulan.

Sekarang, lihat yang mana lebih untung?

Dan, sekarang orang cari pekerja baru yang ada pengalaman. Bukannya ada degree. Justeru sambung belajar adalah satu tindakan yang membazir bagi saya.

Orang lain mungkin terbaik untuknya. Bagi saya tidak dan tidak.

Kalau kita lihat orang-orang yang hebat, kebanyakan daripada mereka tidak habis belajar. Contoh yang paling terkenal ialah Albert Einstein. Selain itu, Bill Gates dan banyak lagi.

Sekarang kita berada di dunia yang sangat berbeza dengan zaman yang dahulu kala.

Sekarang, kita perlukan lebih ramai artis (Pencipta, peniaga, penerbit dan sewaktu dengannya). Bukannya pekerja yang perlu menurut perintah majikan.

Sekarang, kita sudah masuk dunia kreatif. Sekolah sekarang sudah tidak releven lagi bagi kebanyakan pelajar sekolah.

Sekolah mengajar saya untuk menghafal perkara-perkara yang kurang bermanfaat dalam hidup. Serius, baca buku sekadar untuk hafal apa yang penting bagi jawab soalan ujian. Selepas habis peperiksaan. Maka perkara yang dihafal tadi sudah tidak bernilai.

Betul-betul?

Sekolah mengajar kita untuk jadi manusia biasa (Pekerja) dan hidup seperti kebanyakan orang (Banyak masalah kewangan).

Tetapi, saya tidak salahkan sekolah 100%. Saya tetap bersyukur kerana dapat bersekolah dan berterima kasih kepada kedua ibu dan bapa ku dan Allah. Setiap perkara yang berlaku, ada hikmahnya. Betul-betul?

Daripada Penulis

Dalam satu buku saya ada terbaca, "Andai manusia tidak buat kesilapan, maka tidak wujudlah dunia ini."

Allah jadikan setiap perkara ada sebab. Masalah ada hikmah di sebaliknya. Manusia buat silap supaya orang lain boleh jana pendapatan daripadanya. Mungkin dia tersilap dari kecil dengan suka makan banyak.

Dan apabila besar, malu dengan badan yang gemuk. Maka, orang lain tolong selesaikan masalahnya lalu dapat bonus (Duit).

... Ada satu petikan yang membuatkan diri saya tenang lagi ceria. Dengan izin Allah anda juga begitu.

"Manusia tidak dicipta untuk memahi kehidupan, tetapi bagi menikmatinya." ~ Santayana.

Selamat berjaya dan jumpa anda di puncak kejayaan. ^_^

Sumber gambar.


Simpan RM 1 jadi RM 1,460
Artikel sebelum ini saya syorkan anda simpan 10% sebulan.

Tetapi, andai tidak mampu simpan 10% sebulan, RM 1 sehari sudah mencukupi.

Persoalannya, apa yang akan berlaku kalau simpan RM 1 selama setahun?

Sudah tentu dalam bank kita ada RM 365 ekstra. Dan dengan wang ekstra itu kita boleh gandakan jadi RM 1,460!

Itupun kalau tahu macam mana caranya.

Nak tahu bagaimana? Baca lagi...

Pelaburan Saham

Ya, dengan pelaburan saham kita boleh jana keuntungan sehingga 300% dalam masa setahun. Tetapi, kita perlu bijak melabur.

(Kembali kepada dunia realiti: Bukan setiap kali melabur saham, pasti dapat keuntungan 300%.)

Andai melabur secara sembrono umpama kita main mercun di kala hari raya. Faham-faham?

Jadi, apakah orang bijak lakukan?

Belajar daripada orang yang sudah berpengalaman dalam bidang pelaburan saham.

Siapa?

Yang saya kenal setakat ini ialah:

Kalau anda tidak ada masa berjumpa dengan mereka, boleh beli DVD Momentum Saham dan belajar daripada DVD tersebut.

DVD Momentum Saham dibuat oleh Tuan Najib Asaddok dan bersama guru beliau iaitu Tuan Abd Razak Othman.

Dalam DVD tersebut, kita akan belajar banyak perkara mengenai saham. Senang cerita, anda klik sahaja link ini: Momentum Saham untuk tahu lebih lanjut.

Daripada Penulis

... Tunggu dulu, jangan berangan-angan anda mahu melabur saham sekiranya simpan RM 1 selama setahun pun tidak boleh.

Kenapa?

Sebab melabur memerlukan disiplin yang lebih tinggi daripada menyimpan wang.

Saya sekadar tujukkan jalan bagaimana untuk gandakan wang anda. Sebenarnya, ada banyak cara lagi untuk gandakan wang kita.

Boleh dikatakan: INFINITI.

Tidak terkira caranya. Pelaburan saham adalah salah satu cara. Belum lagi cara hartanah. Dan banyak, banyak lagi.

Tetapi, apa yang penting: Jadi pakar dalam satu bidang.

Jangan suka ikut orang. Jadi diri sendiri. Ikut yang mana sesuai dan serasi dengan diri kita.

Saya doakan anda sekeluarga bebas hutang dan bebas bebanan wang.

Dan kalau tidak keberatan, mohon tekan like seketoi. Hoho.

Terima kasih.

Sumber gambar.

Bayar Kepada Diri Sendiri Dahulu
Pada suatu hari, saya terbaca dalam buku Magnet Kekayaan & Kejayaan karya agung Dr. Azizan Osman.

Dalam buku tersebut, ada tulis mengenai "Bayar Diri Sendiri Terlebih Dahulu."

Pada ketika itu, saya memang kurang faham apakah maksudnya. Sesampailah suatu ketika, saya baca dalam buku The Total Money Makeover. Barulah faham apakah maksudnya.

Definisi: Bayar Kepada Diri Sendiri

Ialah: Simpan wang untuk diri sendiri.

Itu sahaja.

Dalam ilmu kewangan yang saya pelajari. Apabila kita sudah dapat gaji, langkah yang pertama ialah simpan dahulu duit yang kita dapat.

Andai seorang usahawan, disyorkan simpan wang yang diperolehi sampai hujung bulan dan kira berapa banyak pendapatan kita. Dan dari situlah simpan sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah pendapatan dalam sebulan.

Sama juga andai anda seorang pekerja makan gaji.

Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan kita.

Ringkasan: Simpan 10% sebulan.

Kenapa Perlu Bayar Kepada Diri Sendiri Terlebih Dahulu?

Jawapannya terpulang kepada diri yang empunya. Asalkan menyimpan ada sebab. Sebab nak pergi melancong atau lain-lain.

Berhati-hati dengan niat di hati.

Andai niat simpan duit kerana untuk kecemasan, maka itulah yang akan berlaku. Niat baik, perkara baik berlaku dan sebaliknya. Faham-faham? :)

Tetapi... Saya Tidak Mampu Simpan 10% Sebulan

Kalau tidak mampu, mulakan simpan RM 1 sehari sudah mencukupi.

Tidak perlu tunggu "suatu hari nanti" apabila duit sudah banyak. Suatu hari nanti adalah angan-angan semata-mata. Melainkan, diri sudah kata: Pasti buat!

Andai RM 1 juga tidak mampu, 50 sen juga boleh.

Ia tidak kisah berapa banyak yang kita simpan, asalkan kita menyimpan.

"Sedikit-sedikit, lama-lama jadi banyak."

Daripada Penulis

Dalam dunia, ada 3 perkara yang semua orang mahu:
  1. Bebas kewangan (Kebebasan)
  2. Hubungan yang intim (Kebahagian)
  3. Kesihatan yang sempurna (Kecergasan)

Namun, tidak ramai yang benar-benar berjaya memperoleh kesemua 3 perkara tadi.

Jadi, mulakan dari sekarang untuk menyimpan wang anda demi sebab yang baik.

Apabila kewangan sudah kukuh, secara secara semula jadinya perkara kedua dan ketiga menjadi mudah untuk diperolehi.

Saya doakan anda sekeluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu.

Dan andai tidak keberatan, sebarkan artikel bernilai ini kepada rakan-rakan anda.

Terima kasih.

Sumber gambar.


Kenapa otak saya kena 'basuh' dengan bos?
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang dihormati lagi dikasihi ramai.

Petang tadi. Dalam pukul 6 begitu.

Tiba-tiba, ada orang telefon "Helo, siapa ni?"

Beliau balas, "Danial ni, kak Ija. Sekarang ada dekat mana? Kat rumah sorang-serang ke?"

Saya, "Tak delah, Danial kat rumah. Ada mak dan akak Mar."

Balas, "Akak sekarang ada kat Kopitiam ini, Danial boleh datang seorang-seorang tak? Naik basikal."

Saya, "Ok, baiklah."

Di kala itu, saya sedang buat customer database untuk bisnes blog. Nak tak nak, terpaksa save dan shut down laptop.

Bergegas ke basikal dan bawa sesampai sahaja di jalan besar. Baru perasan yang saya tengah pakai seluar jin bengkel. Tengok seluar kotor semacam.

Terpaksa saya balik rumah, tukar seluar baru.

Lalu, apa lagi. Bawa laju-laju sesampailah Kopitiam.

Di Kopitiam

Letak basikal di tempat parking motor. Kunci basikal. Ye lah. Kalau tak kunci nanti hilang, tak ke saya kena balik jalan kaki jawabnya.

Jalan ke meja makan. Order makan dan minum, maka bermulalah sesi 'basuh' otak.

Bos tanya, "Hang sebenarnya nak ilmu ke gaji?"

Saya balas, "Nak ilmu."

Bos kata balik, "Ok, sebenarnya macam ini. Kalau hang nak gaji boleh. Tapi, masalahnya sekarang hang tak reti repair kereta lagi. Kalau aku bagi sebijik kereta kat hang. Hang rasa-rasa boleh repair ke tak?

Saya terdiam sebentar. Betul juga apa yang dikatakan oleh bos saya. Maklumlah, saya baru jadi pomen. Baru nak kenal barang.

Setakat ini, saya baru tahu mengenai bagaimanan nak buka dan pasang tayar serta macam mana nak jet kereta. Itu sahaja.

Bos sambung lagi, "Jadi, buat masa sekarang ini. Belajar dulu dengan abang. Belajar macam mana nak repair kereta. Memanglah ambil masa. Dan dekat bengkel abang bagi makan dan minum. Lainlah kalau abang tak bagi makan minum, barulah hang boleh minta gaji."

Saya sekadar angguk sahaja.

Lalu, saya balas... "Yup, orang masuk U pun kena belajar 3-4 tahun baru boleh dapat gaji RM 4 angka sebulan. Tapi, itu pun belum tentu lagi senang dapat kerja ke tak."

Bila saya fikirkan balik, saya sebenarnya bertuah kerana mempunyai kakak kandung yang ada bengkel sendiri.

Perbualan kami senyap sebentar.

Lalu, saya pun makan. Makan punya makan, tak habis dibuatnya. Cakap dekat kakak, "Nak bungkus."

Kakak kata, "Kat Kopitiam mana boleh bungkus."

Baru ku tahu. Selama ini saya mana pernah makan di situ. Inilah kali pertama singgah makan dekat Kopitiam.

Kakak panggil waiter dan bayar.

Terkejut saya dibuatnya. Kenapa? Sebab makan dekat situ mahal juga harga makanannya. Kami 4 orang bersama dengan anak saudara jumlahnya nak dekat RM 50.

Bagi saya memang mahal. Tetapi, bagi orang lain yang bergaji RM 4 - 5 angka mungkin sekadar celah gigi sahaja.

Alhamdulillah. Sesi kami selesai di Kopitiam.

Terima kasih kepada anda yang sudi baca sesampai habis. Saya sangat menghargainya. Dan saya doakan anda sekeluarga semakin kaya berjaya dan bahagia selalu.

PS: Saya lupa nak ambil gambar. Insya-Allah, lain kali saya ambil gambar. Tengok rupa saya yang kacak lagi berjaya. Hehe. :D


Tahun 2014, Template Baru
Syukur alhamdulillah. Tamat sudah tahun 2013.

Banyak kenangan indah berlaku dalam hidup saya. Antaranya dapat laptop baru, berjaya memulakan bisnes sendiri dan banyak lagi.

Segala ilmu yang saya pelajari dari awal tahun sehingga tamat tahun 2013 tidak ternilai.

Baiklah.

Izinkan saya kongsikan pengalaman dari awal tahun sehingga tamat.

Bulan Januari 2013: Berjaya Menghadiri Seminar Dr. Azizan Osman

Kadang-kadang, pelik juga bagaimana saya boleh kenal Dr. Azizan Osman dengan mudan dan seterusnya pergi seminarnya yang percuma tanpa ragu-ragu.

Bila difikirkan balik, rupa-rupanya saya mula-mula kenal beliau ketika membaca Majalah Niaga edisi Khas. Ketika itulah saya baca wawanca mengenai Dr. Azizan Osman.

Punyalah seronok banyak sehinggakan saya siap print sekali. Selepas itu, bagi pinjam kepada keluarga yang lain.

Alhamdulillah, dari situ saya mula mendalami arena keusahawan internet, konvensional dan pelbagai lagi bidang seperti content marketing.

Lalu, saya membuat sedikit kajian tentang Dr. Azizan Osman. Terjumpa 50 Tips Pemasaran POWER yang dikongsikan beliau. Dan semakin lama, saya semakin percaya kepada beliau.

Sehinggalah pada suatu hari, beliau menganjurkan seminar percuma iaitu Berani 2013.

Daftar di lokasi Hotel Riverfront, Ipoh, Perak.

Sejujurnya, saya tidak cukup umur. Saya masih lagi 17 tahun. Sepatutnya 18 tahun ke atas sahaja yang layak. Kenapa 18 tahun ke atas?

Anda kena datang sendiri baru tahu. ;)

... Seminarnya berlansung di kala malam hari. Dari pukul 7 sampai 11. Walaupun sekejap sahaja. Banyak ilmu yang saya perolehi.

Antaranya formula M.E.S.T.I.

Formula kekayaan dan kejayaan.

"Barang siapa yang berjaya menggunakan formula M.E.S.T.I sebaik mungkin, nescaya hidupnya terpaksa kaya dan berjaya."

Dan di penghujung seminar, saya belajar bagaimana bermeditasi untuk membayangkan impian saya ketika itu.

Saya membayangi vila putih yang cantik lagi kemas di tepi tasik. Ketika itu sedang duduk di tepi tasik dan menulis.

Pertama kali saya mempunyai cita-cita yang luar biasa. Itu baru sedikit. Saya tidak tahu sekiranya datang seminar beliau yang berbayar. Mesti lagi dahsyat.

Tamat sudah bulan Januari 2013.

Bulan Februari Hingga Mei 2013: Mengenali Cikpuan Insyirah Azhar

Mula-mula saya kenal blog Majalah Niaga. Selepas itu, saya kenal pula Tuan Aqif Azizan. Dan saya terkesima sebentar. Oleh kerana, tidak sangka di Malaysia juga ada copywriter.

Saya ingatkan hanya di negara luar sahaja ada copywriter. Tetapi, sangkaan saya benar-benar silap. Selepas itu, terbaca satu entri mengenai 9 Formula Pantas Seru Rezeki.

Ditulis oleh Cikpuan Insyirah Azhar. Dan dari situlah saya pertama kalinya mengenali beliau. Beli ebook-nya.

Baca tidak sampai 10 minit, sudah berjaya khatam. Sangat ringas tetapi padat dengan isi yang bermanfaat.

Saya cuba aplikasikan 2 sahaja formulanya. Alhamdulillah memang pintu rezeki saya terbuka. Dalam entri sebelum ini saya ada menulis mengenai ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki.

Dari akak Insyirah Azhar, saya kenal pula Dr. Joe Vitale. Kali ini, saya memang betul-betul belajar ilmu yang sangat-sangat tidak ternilai. Buku Dr. Joe Vitale yang pertama saya baca ialah Spiritual Marketing.

Ketika itu, mata saya terbuka luas. Sangat luas. Rupa-rupanya ini adalah sebab kenapa orang kaya semakin kaya dan sesetengah orang miskin semakin miskin.

Bukunya mengajar saya tentang Hukum Tarikan. Hukum yang sangat luar biasa. Ia sebenarnya sains. Tanyalah mana-mana pakar-pakar sains. Mereka pasti tahu apa itu Hukum Tarikan.

Andai kita pandai mengambil kesempatan ke atas Hukum Tarikan dengan cara yang betul. Nescaya hidup kita sentiasa bertuah, kaya dan berjaya.

Selepas itu, baca buku Attract Money Now, Give to Live dan banyak lagi buku beliau yang sangat hebat.

Bulan Februari hingga Mei adalah antara bulan yang terbaik.

Bulan Jun Hingga Disember 2013: Berjaya Memulakan Bisnes Pertama

Saya saja tulis di Faebook yang saya berjaya edit blog orang lain. Update status biasa-biasa sahaja. Tiba-tiba, ada seorang PM saya.  Rupa-rupanya Tuan Hamba Kerdil iaitu rakan lama yang banyak menbantu saya ketika susah.

... Dan dipendekkan cerita, dia nak saya edit blog beliau, blog Luharro. Edit dengan hati yang gembira sebab mengubahsuai blog adalah keghairahan saya.

Saya sangat suka edit blog. Selepas itu, saya saja kata nak upah.

Dan beliau tanya, "Berapa?"

Saya balas, "RM 30 boleh ka?"

Lalu, saya berjaya buat RM 30 pertama melalui internet. Seronok sangat ketika itu. Rasa macam baru sahaja dapat gaji RM 1,000.00. Seterusnya, saya naikkan harga servis.

Dari RM 30 ke RM 50. Selepas itu RM 70 satu blog. Sehinggalah sekarang RM 100 untuk pakej semua dalam satu.

Selepas berjaya buat bisnes, terpaksa fokus kepada SPM. (Fokus la sangat)

... Senyap seketika.

Tidak lama selepas itu, saya mula jadi Otaku. Ini semua kerana Sword Art Online. Sebuah karya yang hebat lagi menusuk kalbu.

Satu demi satu anime saya berjaya habis tonton. Allah. Banyak masa terbuang begitu sahaja.

Tetapi, saya belajar juga sedikit tentang DESIRE, definisi cinta dan banyak perkara lagi. Bagi saya, inilah proses kehidupan.

Sesampai penghujung tahun, saya kata pada diri saya, "Danial, kamu kena serius dengan masa depan kamu. Kalau main-main nanti, pasti hidup kamu susah."

Saya mula belajar jadi pomen di bengkel kakak. Belajar tentang kereta. Nampak jauh beza dengan blog. Tetapi, bagi saya ia sebenarnya hampir sama. Membaiki blog dan membaiki kereta. konsepnya lebih kurang sahaja.

Cuma online dan offline yang membezakannya.

Daripada Penulis

Cukup sekadar di sini. Sebenarnya banyak kisah-kisah inspirasi yang nak saya kongsikan. Sejujurnya, saya terlupa yang mana bermanfaat yang mana kurang bermanfaat.

Insya-Allah, pada masa akan datang. Saya kongsikan lagi kisah-kisah yang menarik. (Eh, menarik ke?)

Plan hidup saya nak bersara ketika berusia 30 tahun.

Jadi, tinggal 12 tahun lagi untuk saya bekerja keras. Dalam 12 tahun ini, saya cuba untuk bebas kewangan.

Bebas kewangan, banyak pilihan.

Andai tidak keberatan, silalah tekan like. Dan andai anda rajin, kongsikan apakah pengalaman menarik anda sepanjang tahun 2013 di ruang komenter.

Selamat tahun 2014. Saya doakan anda sekeluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu.

Akhirnya...

Penantian yang begitu panjang telah berakhir. Tiada lagi tekanan yang dipaksakan. Tiada lagi peraturan yang perlu dipatuhi sedangkan ia memberi pulangan yang sedikit dalam hidup ku.

Mungkin, ia sudah tertulis di dalam hidup ku. Perkara lepas biarlah jadi teladan. Maafkan yang lalu.

Fokus pada masa hadapan, FOKUS.

Selepas ini, hanya diri sendiri yang menentukan masa depan. Usaha, cara berfikir, dunia dalam dan pelbagai faktor lagi memainkan perana untuk menentukan siapa kita di masa hadapan.

Izinkan diri ku untuk meluahkan isi hati ku. Pabila berbicara melalui penulisan, ayat ku semakin menawan lagi tertawan.

Getaran adalah perasaan. Getaran termasuklah suara, muzik dan sewaktu dengannya.

Apabila getaran positif bermain berhampiran kita, nescaya yang positif kita dapat. Namun, ia juga tetap berfungsi pada getaran negatif.

Oleh sebab itu, kita amat digalakkan untuk sentiasa berubah kepada zon yang lebih baik dan lagi lebih baik.

Kenapa?

Getaran positif menggadakan perasaan positif, getaran negatif menggandakan perasaan negatif. Perasaan positif ialah rasa puas, lega, tenang, aman, tenteram, bahagia nescaya makmur.

Perasaan negatif ialah marah, benci, cemburu, dengki dan seumpannya dengannya.

Dunia ini sebelum dicipta wujud beberapa peraturan alam. Peraturan alam ini digunakan untuk menyimbangi dunia yang di namakan bumi.

Ada sesetengah orang panggil peraturan alam itu ialah hukum karma, hukum tarikan, law of harvest dan pelbagai lagi nama.

Namun, semuanya adalah ciptaan Allah yang Maha Bijaksana.

Allah tidak menciptakan sesuatu hukum itu begitu sahaja, tetapi ada hikmah disebaliknya. Oleh sebab itu, di dalam al-Quran Allah sangat menggalakkan kita menuntut ilmu agar dapat membina dunia yang lebih aman dan makmur.

Dunia ini adalah tempat kita mengumpul 'harta' untuk dibawa ke dunia yang kekal abadi yakni akhirat.

Apa yang kita lakukan di dunia ini akan meninggalkan kesan di akhirat kelak.

Tidak perlu berfikir terlalu jauh, cukuplah sesampai di alam perkuburan sahaja. Bagaimanakah kita di sana nanti? Adakah kita duduk di taman atau di tempat yang penuh dengan seksaan lagi kesengsaraan.

Penyeksaan berulang-ulang kali sehingga kiamat. Ketika itu, dosa masih lagi bertimbun. Disambung lagi dalam neraka.

Bagaimanakah rasanya? Allah. Allah. Allah.

Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, tenang dan tenteramlah hati manusia. ~ Ar-Ra'd 13:28.


Ya Allah... Kenapalah Nasib Diri Ku Sentiasa Malang?


Lagi ditanya, lagi banyak ujian yang ditimpa. Lebih malang hidup di dunia ini. Rasanya seperti hendak membunuh diri. Rasanya... tiada gunalah lagi ku hidup di dunia ini.

Kenapa Ya Allah? Kau melakukan sedemikian rupa kepada diri ku ini? Apakah salah dan dosa ku?

Sejujurnya, memang banyak. Sebab itu Allah memberi dugaan kita di dunia ini agar di akhirat kelak kita dapat merasai nikmat syurga Allah.

Allah uji sebab Allah sayang kita. Allah uji sebab Allah kasih kepada hamba-Nya. Setiap ujian ada kebijaksanaan di sebaliknya.

Ketika diri ku diuji dengan ketiadaan internet selam 4 hari. Rasa di hati memang sungguh terseksa kerana tidak tahu mahu melakukan apa. Bagaikan mayat hidup rasanya ketika itu.

Sehinggalah saya terbuka satu folder ebook. Lalu terbaca ebook Jay Abraham seorang pakar pemasaran langsung. Lantas, diri ku dapat mempelajari Strategy of Preeminence.

Sangat bernilai ilmunya. Tidak ternilai harganya jika dibandingkan dengan sejongkong emas.

Lantas, internet kembali seperti sedia kala. Terima kasih, terima kasih, terima kasih Allah.

Hembusan rasa lega dilepaskan. Alhamdulillah.

Hidup seseorang itu malang adalah kerana dirinya sentiasa fokus kepada perasaan negatif. Itu sahaja sebab utama kenapa nasib suka malang bertimpa-timpa.

Andai terbalikkan perasaan negatif itu menjadi positif, nescaya hidup mula berubah perlahan-lahan. Saya tahu kerana saya sudah melalui saat ini.

Dan sebab itu Allah berpesan kepada kita supaya bersangka baik sepanjang masa kerana baik menarik baik. Itulah hukum yang telah wujud sebelum wujudnya alam ini.

Hukum Allah.

Hidup Sekali Sahaja

Kita bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hidup kita, kehidupan sekeliling dan sudah tentu ke atas nasib kita sendiri mahupun keluarga.

Terlalu lama kita duduk dalam sesuatu zon membuatkan kita tersekat dan semakin mundur.

Di dalam kehidupan kita hanya dapat memilih 2 pilihan sahaja: Mundur atau maju.

Andai kita memilih untuk berdiam dan tidak melakukan apa-apa tindakan untuk mengubah nasib hidup kita, nescaya yang sebenarnya kita memilih untuk hidup mundur.

Hidup adalah berlimpahan.

Tidak ramai yang faham tentang petikan ayat itu. Maksudnya, rezeki Allah itu tidak terhitung. Allah boleh bagi setiap manusia mempunyai gaji RM1 juta sehari.

Namun, hanya yang mempunyai sebab yang kuat sahaja dapat apa yang diimpikan. Siapa faham hukum sebab dan akibat tahu apa yang saya tulis.


Hidup Hanya Sementara


Memang benar, hidup menunggu mati. Tetapi, kita perlu isi masa yang ada ini dengan 'membawa bekalan bermanfaat' untuk dibawa ke dunia yang kekal abadi.

Kita boleh pilih dan memilih untuk mengisi masa yang bernilai kita untuk siapa dan melakukan apa. Masa dibuang begitu sahaja sebenarnya sangat rugi.

Setiap hari, Allah memberi peluang kepada hamba-Nya untuk berubah. Andai hari ini kita berasa kurang puas, di kala malam hari kita boleh merancang untuk hidup puas di kala hari esok.

Walaupun tidak pasti sama ada hidup atau tidak esok. Cuma, rancang sahaja. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasibnya.

Saya bukan mereka cerita, tetapi ia adalah potongan ayat di dalam Al-Quran.

Masa untuk Memilih


Memang sukar untuk membuat keputusan untuk keluar daripada zon selesa. Memang payah. Tetapi percayalah, sekali kita pilih untuk keluar daripada zon selesa kita, Allah akan tolong kita.

Mula-mula mungkin kelihatan sukar. Lama-kelamaan secara tidak sedar kita sebenarnya sudah berubah ke arah yang lebih baik.

Saya tahu sebab saya pernah melalui proses ini.  Dahulu, saya sangat suka menyalahkan orang lain. Apabila saya tidak dapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan, saya menyalahkan ibu dan bapa.

Sejujurnya, cikgu pun sudah lali dengan karangan saya yang suka menyalahkan ibu bapa. Sungguh tidak syukur saya ketika itu. Namun, berfikir sejenak, "Sampai bila saya mahu menyalahkan orang lain?"

... Dan saya memilih untuk berubah. Satu per satu bantuan yang saya dapat dari arah yang tidak disangkakan. Sentiasa ada sahaja ruang dan peluang untuk saya beubah ke arah yang lebih baik.

"Andai di dunia ini ada manusia yang sangat kejam, sudah tentu di dalam dunia ini ada manusia yang sangat baik."

Memang tidak ramai yang jumpa dengan orang yang sebegitu baik. Tetapi, golongan baik memang wujud dan saya bersyukur kerana berpeluang berkawan bersama mereka di Facebook.

Terima kasih semua. :)

Inspirasi Buah Fikiran


Mesej saya yang nak disampaikan di dalam artikel ini ialah: Mula mencipta sesuatu yang bermanfaat.

Tidak kiralah blog, artikel, lagu nasyid atau sebagainya.

Fikir tentang dunia akhirat. Di dunia hanya sementara, maka ciptalah bekalan yang sentiasa membantu kita di sana nanti.

"Bila kita kejar dunia, hanya dapat dunia. Namun bila kita kejar akhirat, kita dapat kedua-duanya."

Write in dark.

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim