Doa Qunut - Hukum & Bacaan Rumi

maksud dan pengertian doa qunut. Doa qunut dalam rumi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dihormati lagi berakhlak mulia.

Sebenarnya, saya sudah lama cari doa ini iaitu doa qunut.

Bahkan setiap kali semasa Solat Subuh, perkara ini selalu saya terlupa. Tetapi kalau saya ingat doa ini mesti tidak akan terlupa untuk membacanya.

Maka, saya berusaha untuk menghafaz doa ini sebab bagi saya ianya penting dan penting untuk orang yang berjaya.

Ada orang kata doa qunut ini sunat. Ya, doa qunut adalah sunat dibaca pada iktidal rakaat kedua dan sunat ab'ad(sunat yang amat digalakkan) masa Solat Subuh.

S: Tetapi kalau saya terlupa nak baca doa qunut apakah hukumnya?

J: Disunatkan ganti dengan sujud sahwi mengikut mazhab Syafie.

Bacaan Doa Qunut dalam bacaan rumi:

  • Allahummah dinii fiiman hadait,
  • wa’aafini fiiman ‘aafait,
  • wa tawallani fiiman tawallait,
  • wa baariklii fiiman a’tait,
  • wa qinii syarra maa qhadhait,
  • fainnaka taqdhi walaa yuqdhaa ‘alaik,
  • fa innahu la yazillu man waalait,
  • walaa ya’izzuman ‘aadait,
  • tabaarakta rabbana wata’alait,
  • falakal hamdu ‘alaa maa qhadhait,
  • astaghfiruka wa atuubu ilaik,
  • wa sollallahu ‘alaa saiyidinaa Muhammdanil ummiyyi wa’alaa aali wa sohbihi wassallam.

Maksudnya:

  • Ya Allah! Tunjukilah daku sebagaimana orang-orang yang telah Dikau berikan hidayah.
  • Sejahterakanlah daku sebagaimana orang yang telah Dikau sejahterakan.
  • Muliakanlah daku sebagaimana orang-orang yang telah Dikau muliakan.
  • Berkatilah segala yang telah Dikau kurniakan kepadaku.
  • Jauhkanlah daku daripada segala kejahatan yang telah Dikau tetapkan.
  • Sesungguhnya Dikau Yang Maha Menentukan dan tiada seorang jua pun yang dapat merubah ketetapan-Mu.
  • Sesungguhnya tidak menjadi hina orang yang Dikau muliakan dan tidak mulia orang yang Dikau musuhi.
  • Demi berkat-Mu, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Dikau!
  • Hanya bagi-Mu segala pujian atas apa-apa yang Dikau tetapkan. Daku memohon ampun kepada-Mu dan daku bertaubat kepada-Mu.
  • Semoga Allah merahmati Muhammad, Nabi yang Ummi dan atas keluarga dan sahabat Baginda kesejahteraan.

Apa Kata Ustaz Azhar Idrus (UAI)?



Kesimpulannya

Kalau baca doa qunut masa solat subuh dapat fadhilat(kelebihan). Kalau tidak membacanya disunat ganti dengan sujud sahwi.

Tetapi, kalau doa qunut tidak baca dan sujud sahwi pun tidak buat adakah batal solat subuh kita?

Tidak. Sebab sujud sahwi cuma sunat. Ok?

Kalau masih tak faham lagi, mohon tanya soalan dibawah supaya boleh bincang sama-sama.

Kalau artikel ini ada salah dan silap mohon juga komen dibawah sebab saya bukanlah Ustaz yang banyak ilmu dalam agama Islam. Tetapi saya cuba untuk mempelajarinya.

Harap Tunjuk ajar dari anda. =D

Wallahualam


Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

6 comments:

  1. aslmkum alhmdulillah smoga tjuk ajr ini dpt mengertkn lgi silaturahim..trma ksih admin smoga d permudhkn d dunia jga akhirat amin..sye nk btnya sjud shwi tu mcmna.

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah s.w.t membalas jasa admin,sekarang semua ny jelas..terima kasih bnyk admin..

    ReplyDelete
  3. Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam

    ReplyDelete
  4. Saya mengucapkan trima kasih atas jasanya untuk menyebarkan doa sekaligus info ini. Semoga Allah S.W.T memberikan hidayah kepada kita smua. AMIEN . :)

    ReplyDelete
  5. nk tanya...ada satu ayat tu..astaghfiruka atau wa astagfiruka..??
    pencerahan sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu lagi...
      1-wa alaa aali @ wa alaa a-lihi
      2-wasahbihi atau wa sohbihi

      pencerahan sikit...ya allah kenapa skrg baru nak tengok bacaannya..
      ya allah jika tersilap..harap allah ampunkan hambamu yg kerdil ini... aamiin

      Delete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Danial Abdul Rahim