[Adab] Nota - Adab Bermusafir

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 5 Adab - Adab Bermusafir

1) Pengertian dan Takrif Musafir

Melakukan perjalanan dari suatu tempat ke suatu tempat lain yang melebihi daripada dua marhalah(90KM) dengan tujuan baik.

2) Hukum Bermusafir

  • Wajib - Orang Islam yang mampu menunaikan Haji di Mekah.
  • Sunat - Menziarahi Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid al-Aqsa dan menziahari keluarga serta orang sakit.
  • Harus - Bermusafir ke mana sahaja dengan tujuan yang diharuskan oleh syarak.
  • Makruh - Bermusafir tanpa tujuan dan matlamat.
  • Haram - Ke tempat-tempat maksiat atau ke pesta maksiat.

3) Adab-adab Bermusafir


SEBELUM

  1. Berdoa memohon petunjuk;
  2. Menyediakan keperluan asas;
  3. Berniat untuk kebaikan.

KETIKA

  1. Melantik seorang ketua;
  2. Mengucapkan selamat tinggal;
  3. Berdoa ketika menaiki kenderaan;
  4. Disunatkan mengerjakan sikat sunat musafir dan membaca doa musafir.

SEMASA

  1. Mengerjakan solat secara jamak atau qasar atau kedua-duanya sekali;
  2. Tidak merosakkan alam sekitar;
  3. Sentiasa mengikati Allah s.w.t.

4) Hikmah Bermusafir

  1. Memperoleh keberkatan dan keselamatan daripada Allah s.w.t;
  2. Terhindar daripada perkara maksiat dan kejahatan;
  3. Dapat menjalinkan hubungan silaturahim dan saling hormat menghormati;
  4. Alam sekitar tidak akan tercemar.

5) Implikasi Tidak Beradab Semasa Bermusafir

  1. Terlibat dengan perkara yang tidak diingini;
  2. Terdedah kepada maksiat atau kejahatan;
  3. Jiwa tidak tenteram;
  4. Perjalan tidak lancar kerana ditimpa dengan pelbagai masalah.

Sumber/Rujukan: Adab Tingkatan 5, Adab Bermusafir

Nota Sirah Pendidikan Islam Tingkatan 5 - PENYEBARAN ISLAM PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIYAH

Sebuah gambar masjid di Turki.

1) Sejarah Tamadun Islam

  1. Bermula sejak terbinanya negara Islam pertama di Madinah pada zaman Rasulullah s.a.w;
  2. Selepas baginda wafat penyebaran Islam diteruskan oleh Klulafa Ar-Rasyidin, Bani Umayyah dan Abbasiyah;
  3. Zaman Kerajaan Abbasiyah adalah zaman KEMUNCAK bagi kegemilangan tamadun Islam kerana mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.

2) Latar Belakang Kerajaan Abbasiyah

  1. Nama kerajaan diambil sempena nama bapa saudara Rasulullah s.a.w; Al-Abbas;
  2. Memerintah selama 500 tahun lebih; 132H/150M - 650H/1258M;
  3. Ditubuhkan secara rasminya oleh Abu Al-Abbas As-Saffah.

3) Struktur Kerajaan Abbasiyah

  1. Mengamalkan sistem pemerintahan secara WARISAN seperti yang diamalkan Kerajaan Bani Umaiyah;
  2. Dipimpin oleh 37 orang khalifah;
  3. Corak Pendabiran - Diadaptasi daripada sistem Kerajaan Parsi.

3.a) Sistem Pemerintahan

  1. Al-Khalifah - Ketua negara yang bertindak Pemimpin tertinggi dalam Wilayah Islam.
  2. Al-Wazir - Perdana menteri yang bertindak sebagi ketua pentadbir.
  3. Ad-Dawawin - Jabatan-jabatan kerajaan(Polis, Audit, Pertahanan, Kebajikan, Perhubungan). Berada di bawah pengawasan Al-Kutta(Sekretari /Setiausaha)

4) Khalifah² Abbasiyah


4.a) Khalifah Abu Al-Abbas As-Saffah

  1. Khalifah yang pertama;
  2. Memerintah selama 4 tahun 9 bulan(132H/750M - 136H/754M);

> Sumbangan:

  1. Mengasaskan K. Abbasiyah;
  2. Menghapuskan pemberontakan.

4.b) Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur

  1. Saudara kandung As-Saffah;
  2. Menjadi khalifah selama 22 tahun(136H/754M - 158H/775M)

> Sumbangan:

  1. Menjadi Baghdad sebagai ibu kota dan membangungkannya;
  2. Memperbaiki sistem cukai;
  3. Membuat saliran² air di kawasan pertanian;
  4. Menyediakan pasar² di tempat yang strategik.

4.c) Khalifah Harum Ar-Rasyid


  1. Khalifah yang warak dan terkenal
  2. Memerintah selama 23 tahun lebih(170H/786M - 192H/809M)

> Sumbangan:

  1. Memerintah Al-Qadhi Abu Yusuf untuk menulis kitab tentang percukaian sehingga terhasilnya kita Al-Kharaj;
  2. Mewujudkan jawatan baru iaitu Qadhi Al-Qudhah;
  3. Menubuhkan Baitul Hikmah iaitu pusat ilmu pengetahuan;
  4. Menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat perdangan, ilmu pengetahuan dam kebudayaan;
  5. Membina lebih banyak prasana(kemudahan awan) seperti hospital, institut pengajian dan farmasi.

4.d) Khalifah Al-Makmum

  1. Nama sebenar, Abdullah Abu Al-Abbas Al-Makmum;
  2. Putera kepada Harun Ar-Rasyid;
  3. Menjadi khalifah selama 20 tahun(198H/813M - 218H/833M)

> Sumbangan:

  1. Memberi biasiswa kepada pelajar² yang berjaya;
  2. Menggiatkan usaha penterjemahan pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

5) Faktor Penyebaran Islam Pada Zaman Abbasiyah


Faktor Dalaman

  1. Penduduk setempat yang tertarik dengan Islam;
  2. Galakan khalifah yang menyediakan peruntukan khas dari Baitulmal untuk para ulama dan pendakwah;
  3. Dasar kerajaan yang menyamakan status orang dengan orang bukan arab.
  4. Kedudukan Baghdad sebagai pusat ilmu dan perdangan antarabangsa.

Faktor Luaran

  1. Pembukaan wilayah baru;
  2. Penggunaan bahasa Arab secara holistik;
  3. Hubungan diplomatik dengan negara² luar;
  4. Usaha para pendakwah menyebarkan Islam melalui aktiviti perdangan.

6) Kesan Positif Penyebaran Islam


AKIDAH

  1. Mengubah pegangan akidah masyarakat pada zaman tersebut;
  2. Para sarjana berjuang memurnikan akidah daripada pengaruh yang menyelewengkan;
  3. Mereka tertarik dengan ajaran Islam yang menghapuskan perhambaan sesama manusia;
  4. Masjid dibina di merata-rata tempat dan dijadikan tempat berdakwah, menuntut ilmu dan beribadat.

Ilmu Pengetahuan

  1. Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah adalah sebagai jihad;
  2. Kerajaan Abbasiyah menyediakan pelbagai prasarana pendidikan seperti masjid dan sekolah agama;
  3. Ilmu yang terdapat pada masa itu ialah ilmu al-Quran, hadis, nahu, geografi, matematik, falak, perubatan, fizik dan falsafah;
  4. Umat Islam amat disegani oleh umat yang lain pada ketika itu.

Kebudayaan

  1. Umat Islam di zaman ini mengamalkan budaya dan nilai Islam yang sejagat;
  2. Sebahagian daripada kebudayaan yang tidak bertentangan dengan Islam masih lagu dikekalkan;
  3. Kebudayaan juga memperngaruhi seni bina Islam pada masa itu.

Sistem Kemasyarakatan

  1. Islam mengamalkan konsep keadilan sesama manusia tanpa mengira bangsa serta warna kulit;
  2. Kerajaan Abbasiyah memberi peluang perkejaan kepada orang bukan Arab untuk memegang jawatan dalam pentadbiran negara;
  3. Orang bukan Islam bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing.

7) Semangat Jihad Umat Islam Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah

  1. Mereka melihat konsep jihad dalam aspek yang lebih luas, bukan sekadar mengangkat senjata di medan perang;
  2. Mereka berusaha memajukan diri sendiri serta negara dengan menerokai pelbagai ilmu;
  3. Kejayaan ini meletakkan dunia Islam sebagai kuasa besar dunia pada zaman itu, di mana Islam menguasai hampir 2/3 dunia.


Sumber/Rujukan:

Nota Ibadah Tingkatan 5 Pendidikan Islam - PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Nota Ibadah Tignkatan 5 Pendidikan Islam - PERKAHWINAN DALAM ISLAM
Sumber: Anuar2u

1) Konsep Perkahwinan Dalam Islam

  1. Selaras dengan fitrah manusia yang ingin hidup berpasangan;
  2. Mendapat zuriat yang solah;
  3. Memupuk sikap tanggungjawab atur rumah tangga.

2) Pengertian dan Takrif Perkahwinan

  • Bahasa: Cantum /himpun.
  • Istilah: Akad yang menggunakan lafaz nikah yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.

3) Hukum Perkahwinan

  1. Harus - Tiada tuntutan mendesak atau tiada perkara yang mengharamkannya;
  2. Wajib - Mampu zahir dan batin, dikhuatiri terlibat dengan zina;
  3. Sunat - Mampu zahir dan batin, tidak terlibat dengan zina;
  4. Makruh - Tidak mampu nafkah zahir, tetapi berkeinginan berkahwin;
  5. Haram - Tidak mampu, atau melakukan kezaliman kepada pasangan.

4) Hikmah Perkahwinan

  1. Menjamim Kesihatan - Mengelakkan daripada penyakit kelamin;
  2. Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani;
  3. Menjalinkan hubungan silaturahim antara kedua belah pihak;
  4. Memberi kententeraman kepada suami dan isteri.

5) Asas Pembinaan Rumah Tangga untuk Menjamim Kebahgiaaan

  1. Imam dan takwa;
  2. Kasih sayang dan belas kasihan;
  3. Pergaulan yang baik.

6) Persediaan Sebelum Memasuki Gerbang Perkahwinan

  1. Ilmu dan akhlak;
  2. Fizikal dan mental;
  3. Ekonomi yang stabil.

7) Implikasi Perkahwinan yang Tidak Mengikut Undang-undang Keluarga Islam


INDIVIDU

  1. Dikenakan tindakakan undang²;
  2. Dipandang serong.

KELUARGA

  1. Nama baik keluarga akan tercemar;
  2. Timbul perasaan benci membenci.

MASYARAKAT

  1. Menjadi kucar kacir kerana tidak menghormati undang²;
  2. Mewujudkan masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

8) Langkah-langkah untuk Mengatasi Masalah Perkahwinan Yang Tidak Mengikut Undang-undang Islam

  1. Perhatian IBU BAPA /MASYARAKAT - Pastikan perkahwinan mengikut undang².
  2. Program AGAMA - Memberi penjelasan tentang undang² keluarga Islam.
  3. Tindakan UNDANG² - Penguatkuasaan dan perlaksanaan kepada yang melanggar hukum syarak dan undang penguat kuasaan.

Sumber/Rujukan: Nota Ibadah Tingkatan 5

Nota Akidah Pendidikan Islam Tingkatan 5: Iman Mutiara Hidup

Pengertian dan Maksud Iman

Maksud dari segi BAHASA: mengiktiraf @ mengakui @ membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya @ percaya.

Maksud dari segi ISTILAH: Membenarkan dengan hati, mengikrar dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota badan terhadap syariat Allah s.w.t.






Iman Boleh BERTAMBAH dan BERKURANG

Apakah Amalan Yang Boleh Menambahkan Keimanan?

  1. Banyak mengerjakan ibadat-ibadat sunat seperti solat dan puasa;
  2. Mengerjakan qiamuallail;
  3. Menambahkan ilmu pengetahuan;
  4. Berzikir kepada Allah s.w.t;
  5. Banyak mengerjakan amal soleh seperti sedekah dab membantu golongan fakir.

Perbuatan yang Boleh Mengurangkan Iman

  1. Malas melakukan ibadat;
  2. Melakukan kejahatan dan maksiat;
  3. Melanggar hukum syarak;
  4. Gemar melakukan perbuatan sia-sia.

Ciri Ciri Orang yang Bertambah Iman

  1. Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah s.w.t dan rasul-Nya;
  2. Sentiasa berzikir;
  3. Banyak melakukan ibadat sunat;
  4. Sentiasa bersyukur terhadap Allah s.w.t.

Kemanisan Iman

Maksud Kemanisan Iman

Berasa gembira melakukan ibadat, sanggup menanggung kepahitan demi mendapat keredhaan Allah s.w.t dan rasul-Nya melebihi harta benda dunia.

Cara Mendapatkan Kemanisan Iman

  1. Cintakan Allah dan rasul-Nya melebihi segalanya;
  2. Mengasihi sesama manusia kerana Allah S.W.T;
  3. Benci kepada kekufuran dan kejahatan.

Kelebihan Mendapat Kemanisan Iman

  1. Merasai nikmat beribadat;
  2. Berakhlak mulia;
  3. Dikasihi oleh Allah S.W.T;
  4. Melaksanakan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah.

maksud dan pengertian doa qunut. Doa qunut dalam rumi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dihormati lagi berakhlak mulia.

Sebenarnya, saya sudah lama cari doa ini iaitu doa qunut.

Bahkan setiap kali semasa Solat Subuh, perkara ini selalu saya terlupa. Tetapi kalau saya ingat doa ini mesti tidak akan terlupa untuk membacanya.

Maka, saya berusaha untuk menghafaz doa ini sebab bagi saya ianya penting dan penting untuk orang yang berjaya.

Ada orang kata doa qunut ini sunat. Ya, doa qunut adalah sunat dibaca pada iktidal rakaat kedua dan sunat ab'ad(sunat yang amat digalakkan) masa Solat Subuh.

S: Tetapi kalau saya terlupa nak baca doa qunut apakah hukumnya?

J: Disunatkan ganti dengan sujud sahwi mengikut mazhab Syafie.

Bacaan Doa Qunut dalam bacaan rumi:

  • Allahummah dinii fiiman hadait,
  • wa’aafini fiiman ‘aafait,
  • wa tawallani fiiman tawallait,
  • wa baariklii fiiman a’tait,
  • wa qinii syarra maa qhadhait,
  • fainnaka taqdhi walaa yuqdhaa ‘alaik,
  • fa innahu la yazillu man waalait,
  • walaa ya’izzuman ‘aadait,
  • tabaarakta rabbana wata’alait,
  • falakal hamdu ‘alaa maa qhadhait,
  • astaghfiruka wa atuubu ilaik,
  • wa sollallahu ‘alaa saiyidinaa Muhammdanil ummiyyi wa’alaa aali wa sohbihi wassallam.

Maksudnya:

  • Ya Allah! Tunjukilah daku sebagaimana orang-orang yang telah Dikau berikan hidayah.
  • Sejahterakanlah daku sebagaimana orang yang telah Dikau sejahterakan.
  • Muliakanlah daku sebagaimana orang-orang yang telah Dikau muliakan.
  • Berkatilah segala yang telah Dikau kurniakan kepadaku.
  • Jauhkanlah daku daripada segala kejahatan yang telah Dikau tetapkan.
  • Sesungguhnya Dikau Yang Maha Menentukan dan tiada seorang jua pun yang dapat merubah ketetapan-Mu.
  • Sesungguhnya tidak menjadi hina orang yang Dikau muliakan dan tidak mulia orang yang Dikau musuhi.
  • Demi berkat-Mu, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Dikau!
  • Hanya bagi-Mu segala pujian atas apa-apa yang Dikau tetapkan. Daku memohon ampun kepada-Mu dan daku bertaubat kepada-Mu.
  • Semoga Allah merahmati Muhammad, Nabi yang Ummi dan atas keluarga dan sahabat Baginda kesejahteraan.

Apa Kata Ustaz Azhar Idrus (UAI)?



Kesimpulannya

Kalau baca doa qunut masa solat subuh dapat fadhilat(kelebihan). Kalau tidak membacanya disunat ganti dengan sujud sahwi.

Tetapi, kalau doa qunut tidak baca dan sujud sahwi pun tidak buat adakah batal solat subuh kita?

Tidak. Sebab sujud sahwi cuma sunat. Ok?

Kalau masih tak faham lagi, mohon tanya soalan dibawah supaya boleh bincang sama-sama.

Kalau artikel ini ada salah dan silap mohon juga komen dibawah sebab saya bukanlah Ustaz yang banyak ilmu dalam agama Islam. Tetapi saya cuba untuk mempelajarinya.

Harap Tunjuk ajar dari anda. =D

Wallahualam


Pendidikan Islam Tingkatan 4 - Tilawah al-Quran: Manusia Perlu Bersyukur
Pendidikan Islam Tingkatan 4 - Tilawah al-Quran: Manusia Perlu Bersyukur

Manusia Perlu Bersyukur

Ayat bacaan Tingkatan 4: Ayat 1 - 35:

Manusia Perlu Bersyukur: Ayat Bacaan
Klik untuk saiz besar

 Maksudnya:

Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?
(Surah Al-An'am: Ayat 6)

1. Mensyukuri Nikmat Allah SWT


Nikmat Allah:
  1. KEMAKMURAN
  2. IMAN
  3. ISLAM
  4. SIHAT TUBUH BADAN
  5. SEMPURNA FIZIKAL
  6. AKAL FIKIRAN
  7. KEMERDEKAAN
  8. KEAMANAN

2. Cara Bersyukur


ANGGOTA
CARA
HATI
SENTIASA INGAT ALLAH YANG MEMBERI NIKMAT
LIDAH
UCAP SYUKUR BILA DAPAT NIKMAT
TUBUH BADAN
GUNAKAN NIKMAT UNTUK KEBAIKAN







3. Langkah Untuk Menjaga Nikmat Allah

  1. Sentiasa mensyukuri nikmat Allah SWT
  2. Amar Makruf Nahi Munngkar
  3. Gunakan Nikmat kearah kebaikan
  4. Nikmat bukan bertujuan EGO, SOMBONG, BERBANGGA DSB
  5. Tidak menggunakan nikmat ke arah jalan yang dimurkai

4. Kemusnahan Umat Terdahulu


KAUM
NIKMAT
KEMUNGKARAN
AZAB
`Ad
1. Hidup Mewah
2. Tanah Subur
1. Tolak Ajaran Nabi Hud
2. Tidak Beriman
3. Kufur
Diturun Angin Puting Beliung
Tsamud
1. Kaya
2. Hidup Mewah
1. Angkuh
2. Tak Beriman
3. Tuduh Nabi Soleh Pendusta
Halilintar Kuat
Gempabumi Dahsyat
Lut
1. Sangat Mewah
1. Tolak Ajaran Nabi Lut
2. Homoseks
3. Tidak Bersyukur
Bumi Diterbalikan Dan Semuanya Musnah














5. Hikmah Allah Binasakan Umat Dahulu

  1. Menyedarkan manusia tentang kekuasaan Allah SWT
  2. Supaya Manusia melaksakan perintah Allah SWT
  3. Sebagai Pengajaran kepada Manusia
  4. Memberi peringatan kepada Manusia supaya tidak bersikap sombong dengan nikmat yang dimiliki
  5. Supaya Manusia sentiasa Bersyukur

6. Manusia Sebagai Khalifah Perlu ada Tanggungjawab

Tanggunjawab terbahagi kepada 2 iaitu:
  1. Kepada Allah SWT
  2. Kepada Alam
1. Tanggungjawab Terhadap Allah:
  1. Beribadah kepada Allah.
  2. Melaksanakan perintahnya
  3. Memelihara dan menegakkan agama Allah
  4. Amanah terhadap suruhannya
  5. Melaksanakan Amar Makruh Nahi Munkar
  6. Sentiasa mensyukuri nikmatnya
2. Tanggungjawab Terhadap Alam:
  1. Membangun dan mengurus alam dengan baik
  2. Mengadakan pembangunan alam untuk kesejahteraan semua
  3. Membangunkan alam berlandaskan syariat Allah
  4. Memelihara kurniaannya dengan baik
  5. Memakmurkan alam

7. Pengajaran Ayat

  1. Allah membinasakan umat terdahulu kerana mereka kufur dan mendustakan agama
  2. Pangkat kedudukan dan kekayaan kita tidak dapat menghalang Allah dari menurunkan azab
  3. Kebinasaan dan kemusnahan  yang berlaku kepada manusia adalah akibat perbuatan mereka sendiri
  4. Kita perlu mengurus dan mentadbir alam dengan baik
  5. Pelajari sejarah umat terdahulu dan ambil iktibar darinya
Maka Berakhirlah Nota Pendidikan Islam Tingkatan 4 - Tilawah al-Quran:  Manusia Perlu Bersyukur.

Nota ini:
Di ambil daripada Ustazah Normaiza yang saya sayangi. Kerana dia saya menjadi manusia, kerana dia saya menjadi orang baik dan kerana dia saya boleh kongsikan nota ini kepada anda semua. Nota ini sebenarnya berbentuk PowerPoint(PPT), Dibuat oleh Mohd Khairi Mohd Zin. Sumber Gambar

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim