[Ibadah] Nota - PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Nota Ibadah Tingkatan 5 Pendidikan Islam - PERKAHWINAN DALAM ISLAM

Nota Ibadah Tignkatan 5 Pendidikan Islam - PERKAHWINAN DALAM ISLAM
Sumber: Anuar2u

1) Konsep Perkahwinan Dalam Islam

  1. Selaras dengan fitrah manusia yang ingin hidup berpasangan;
  2. Mendapat zuriat yang solah;
  3. Memupuk sikap tanggungjawab atur rumah tangga.

2) Pengertian dan Takrif Perkahwinan

  • Bahasa: Cantum /himpun.
  • Istilah: Akad yang menggunakan lafaz nikah yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan.

3) Hukum Perkahwinan

  1. Harus - Tiada tuntutan mendesak atau tiada perkara yang mengharamkannya;
  2. Wajib - Mampu zahir dan batin, dikhuatiri terlibat dengan zina;
  3. Sunat - Mampu zahir dan batin, tidak terlibat dengan zina;
  4. Makruh - Tidak mampu nafkah zahir, tetapi berkeinginan berkahwin;
  5. Haram - Tidak mampu, atau melakukan kezaliman kepada pasangan.

4) Hikmah Perkahwinan

  1. Menjamim Kesihatan - Mengelakkan daripada penyakit kelamin;
  2. Memenuhi tuntutan rohani dan jasmani;
  3. Menjalinkan hubungan silaturahim antara kedua belah pihak;
  4. Memberi kententeraman kepada suami dan isteri.

5) Asas Pembinaan Rumah Tangga untuk Menjamim Kebahgiaaan

  1. Imam dan takwa;
  2. Kasih sayang dan belas kasihan;
  3. Pergaulan yang baik.

6) Persediaan Sebelum Memasuki Gerbang Perkahwinan

  1. Ilmu dan akhlak;
  2. Fizikal dan mental;
  3. Ekonomi yang stabil.

7) Implikasi Perkahwinan yang Tidak Mengikut Undang-undang Keluarga Islam


INDIVIDU

  1. Dikenakan tindakakan undang²;
  2. Dipandang serong.

KELUARGA

  1. Nama baik keluarga akan tercemar;
  2. Timbul perasaan benci membenci.

MASYARAKAT

  1. Menjadi kucar kacir kerana tidak menghormati undang²;
  2. Mewujudkan masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

8) Langkah-langkah untuk Mengatasi Masalah Perkahwinan Yang Tidak Mengikut Undang-undang Islam

  1. Perhatian IBU BAPA /MASYARAKAT - Pastikan perkahwinan mengikut undang².
  2. Program AGAMA - Memberi penjelasan tentang undang² keluarga Islam.
  3. Tindakan UNDANG² - Penguatkuasaan dan perlaksanaan kepada yang melanggar hukum syarak dan undang penguat kuasaan.

Sumber/Rujukan: Nota Ibadah Tingkatan 5

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

6 comments:

  1. teringat pelajaran agama tingkatan lima dulu :)

    ReplyDelete
  2. Dulu2 :)

    Memang saya buat nota dalam blog supaya memudahkan orang nak mencarinya. Terima kasih kerana sudi berkomen =D

    ReplyDelete
  3. tqvm . memudahkan urusan sya, moga suatu hari nanti allah mudahkan urusan mu

    ReplyDelete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Danial Abdul Rahim