3 Buku Copywriting Terbaik Sepanjang Zaman.
Ada orang tanya,
"Danial, macam mana nak tulis ayat copywriting yang bagus kat Facebook? Ada tak buku yang bagus tentang copywriting?"

Pertama-tama, kita perlu faham apakah 3 elemen penting setiap iklan perlu ada.

Kedua, kita kena faham pelanggan kita betul-betul. Bukan setakat kenal sahaja.

Kenapa?

Bila kita faham kepada siapa kita nak jual produk atau servis, maka proses menjual menjadi mudah. Memang mudah.

Dan cara paling mudah untuk kenal pelanggan siapa kita ialah dengan berkawan dengan mereka.

Dapat?

Jawapan untuk soalan kedua pula:

3 Buku Copywriting yang Terbaik


1.) Kick-Ass Copywriting Secret Marketing Rebel - John Carlton

Dalam banyak buku copywriting yang saya baca, buku ini adalah buku yang terbaik menerangkan strategi dan teknik copywriting yang berkesan.

Di mana teknik dan strategi tersebut digunakan oleh copywriting antarabanga seperti Gary Halbert dan ramai lagi.

Dan buku ini adalah buku panduan utama apabila saya nak tulis ayat copywriting.

Teknik yang diajar di dalamnya memang senang nak digunakan. Lantas membuatkan saya mudah menulis ayat copywriting.

2.) The Ultimate Sales Letter - Dan Kennedy

Buku lebih menekan strategi copywriting berbanding dengan teknik copywriting. Maksudnya lebih menekan asas dalam copywriting.

Kalau kita masih lagi kosong tentang copywriting, maka bacalah buku ini dahulu sebab Tuan Dan Kennedy menerangkan langkah demi langkah bagaimana untuk menulis ayat iklan yang berkesan.

Apa yang saya tidak boleh lupakan ialah bahagian Call-To-Action. Terdapat 6 jenis Call-To-Action yang membuatkan pelanggan tak sabar nak membeli.

Memang terbaik! :)

3.) Power Copywriting For The Internet - Bob Serling

Dalam buku ini fokus kepada sebelum proses menulis ayat copywriting berlaku. Maksudnya buku ini menerangkan apa yang kita buat sebelum nak tulis ayat copywriting.

Saya terkejut pada bahagian permulaan sebab beliau menjelaskan 3 ciri pelanggan kita yang paling ideal.

Dengan 3 ciri ini maka mudahlah proses menjual berlaku.

Nak tahu?

3 Ciri Tersebut Ialah:

  • Minat - Siapakah orang yang betul-betul berminat (terdesak) dengan tawaran kita?
  • Mampu - Siapakah orang yang paling berduit untuk membeli tawaran kita?
  • Kuasa - Siapakah orang yang ada kuasa untuk membeli produk kita secara terus (Tak perlu minta kebenaran isteri. Hoho).


Daripada Penulis

Persoalannya, di mana kita nak cari semua buku ini?

Jawapan: Di Google.

Saya bagi petunjuk sikit: Forum.

Carilah sampai dapat.

Have fun. :)

Kredit gambar,

3 elemen penting setiap iklan perlu ada.
(Iklan = Surat Jualan)

Andai salah satu elemen hilang, maka surat jualan kita akan gagal memberi respon yang terbaik.

Oleh kerana ketiga-tiga elemen ini ibarat sebuah bangunan yang memerlukan 3 tiang untuk berdiri dengan kukuh.

Andai salah satu tiang tiada, maka ia akan runtuh berderai.

Jadi, pastikan setiap surat jualan kita mempunyai 3 elemen ini agar dapat respon yang terbaik dan lebih baik.

1. Elemen Headline

Bak kata David Ogilvy:
"Sebanyak 90% kejayaan surat jualan ditentukan oleh headline sahaja."

Respon surat jualan boleh meningkat dengan dramatik dengan hanya optimasi headline sahaja.

Dahsyat bukan?

Dan tujuan headline hanya satu.

SATU sahaja, iaitu:

Membuat pembaca ideal membaca perengan seterusnya.

Andai headline kita gagal melakukan sedemikian, maka kita perlu tukar headline jadi lebih baik.

Tetapi bagaimana? :)

Dalam buku Tested Advertising, terdapat 4 jenis headline yang berkualiti:

  1. Self-interest.
  2. News.
  3. Curiosty.
  4. Quick, easy way.


Self-Interest

Headline selft-interest ialah headline yang fokus kepada keinginan pembaca ideal.

Contoh headline:
Bagaimana Saya Tukar RM 5 Jadi RM 60 Dalam Masa Kurang Seminggu.

Contoh lain:
Nak Diskuan?

Jadi, bagaimana nak buat headline yang mempunyai self-interenst?

2 Cara:

  1. Fahami end-result pembaca/pelanggan ideal.
  2. Pertanyaan + End-result.


End-result = Apa pembaca ideal betul-betul nak?

News

Berita. Jenis headline yang membuatkan pembaca ideal rasa surat jualan tersebut seperti baru.

Contoh headline:
Pusat Mencuci Kereta Kini Dibuka.

Contoh lain:
Produk Danial AR Kini Di Pasaran.

Dapat dapat?

Untuk menggunakan headline jenis ini mudah sahaja.

Tambah perkataan:

  • Kini.
  • Terkini.
  • Terbaru.
  • Baru.
  • Memperkenalkan.


... Dalam headline surat jualan kita.

Curiosty

Rasa ingin tahu. Memang sifat semula jadi manusia ingin tahu sesuatu rahsia.

Contoh headline:
Adakah Anda Melakukan 3 Kesilapan Maut Ini dalam Bisnes?

Contoh lain:
Apa Yang Tak Kena Dengan Gambar Ini?

Bagaimana nak menggunakannya?

Tambah perkataan "Ini" dalam headline kita.

Quick, Easy Way

Cepat dan jalan yang senang. Headline jenis ini fokus pada elemen spesifik.

Contoh Headline:
Trik Mudah Dapatkan Kos Iklan 0.03 Sen.

Contoh lain:
Cara Termudah Beli Kereta Baru Tanpa Deposit.

Jadi, Apakah Cara Termudah Untuk Jadikan Headline Surat Jualan Convert?

Salah satu caranya ialah dengan: Tanya soalan.

Lebih spesifik: Tanya soalan end-result pelanggan ideal.

Ya, semudah itu sahaja.

Contoh:

Produk: Kasut nike.
Headline: Tengah Cari Kasut Nike?

Produk: Mesin jahit mini.
Headline: Nak Mesin Jahit Mini yang Boleh Dibawa Di Mana-Mana?

Produk: Servis SEO.
Headline: Mahu Buat Blog Anda Berada Dikedudukan Pertama?

Just like that. :)

2. Elemen Tawaran

Tawaran yang bagus ialah tawaran yang membuatkan orang susah berkata "tidak."

Itulah rahsianya. Bukan membuatkan orang senang berkata "ya."

Jadi, bagaimana?

  • Risk-Reversal
  • BTRF


Risk-Reversal

... Ialah jimanan yang menghapuskan segala risiko pembelian.

Contoh:
Jaminan pulangan wang selama 90 hari.

Contoh lain:
Jaminan pulangan wang 2 kali ganda selama-lamanya.

Dan untuk BTRF bagaimana pula?

BTRF ialah singkatan untuk Better Than Risk-Free.

Apabila kita menggunakan BTRF dalam surat jualan, sangat mudah untuk kita hasilkan jualan. Memang mudah sebab saya sendiri sudah menggunakan.

Contoh:

Buat kerja dahulu, bayar kemudian. Tetapi, andai anda tidak berpuas hati dengan servis kami, kami akan beri RM 100 kepada anda tanpa banyak soal.

Sudahlah buat kerja dahulu dan bayar kemudian. Selepas itu kalau tak puas hati boleh dapat RM 100. Gila ke tak gila?

Hebat atau tidak BTRF-nya? :)

3. Elemen Call-To-Action

Headline sudah menggoda. Tawaran memang tidak boleh ditolak.

Tetapi kita tertinggal satu elemen penting dalam surat jualan, iaitu Call-To-Action.

Tujuan Call-To-Action hanya satu: Buat pelanggan lakukan sesuatu.

Kalau kita nak suruh pelanggan tempah sekarang, tunjukkan cara bagaimana untuk tempah sekarang.

Tunjuk dengan jelas dan langkah demi langkah.

Barulah mereka mudah untuk membuat pembelian.

Contoh:
Berminat dengan produk XYZ?
Ikuti 2 langkah mudah ini untuk membuat pembelian.
Langkah 1. Bayar ke akaun:
Bank Semalaysia.
Langkah 2. Isi borang di bawah.

Daripada Penulis

Sejujurnya, bahagian copywriting memang besar untuk diterangkan dalam satu artikel. Oleh kerana, ada banyak lagi elemen yang penting dalam surat jualan perlu kita guna.

Seperti testimoni, sense of urgency dan lain-lain.

Saya harap ia dapat membantu anda tingkatkan respon iklan.

Dan jangan lupa untuk...

Have fun. :)

Rahsia menulis ayat memikat pelanggan!
Sungguh dingin. Kredit; sxc.hu
Susah.

Itulah perkataan yang mula-mula sekali kita akan sebut apabila nak menulis permulaan entri.

Seandainya seorang pakar mahupun masih mentah. Memang tidak akan terlepas dengan masalah ini.

Teramat susah dan susah.

Tetapi susah tidaklah mustahil. Dan mustahil tidaklah susah mana sekiranya kita tahu selok beloknya.

Jadi, apakah jalannya untuk keluar daripada lubang hitam ini?

Adakah ianya dengan memberi salam?

Bagus tetapi tidaklah memukau pembaca. Kita mahu ayat yang boleh membuatkan pembaca membeli produk daripada kita. Kita mahu ayat pendahuluan itu membolehkan orang melanggan blog kita.

Alangkah indahnya ada ayat tersebut yang sebegitu kuasa.

Jawapannya mudah sahaja.

- PERTAMA


Dalam menulis pendahuluan sebuah artikel kita mesti tahu  asas dia. Menulis online tersangat berbeza dengan menulis karangan. Kita amat beruntung sebenarnya. Kenapa? Sebab menulis pendahuluan artikel memang mudah tidak disangkakan.

Mula-mula sekali kalau kita mahu menulis pendahuluan mesti guna 1 hingga 3 perkataan. Seperti mana saya buat dalam entri ini. Cuba anda scroll ke atas balik dan lihat.

Anda akan baca "Susah". Itulah dia maksud saya. Kalau masih kurang faham lagi. Tidak mengapa. Saya akan beri contoh lebih jelas.

Contoh;

Mari kita mengaku.

Mengaku apa? Nak mengaku apa? Mengaku kita buat salah ke?

Bila kita tulis ayat yang pendek maka sekaligus persoalan akan timbul di fikiran pembaca. Di situ kita dapat lihat kepentingan menulis ayat yang pendek.

Jelas?

- KEDUA


Kalau nak menulis ayat yang memikat pembaca. Kita mesti tahu peraturan dia. Peraturan ini kalau kita langgar memang KO. Kalau ikut OK. Ok?

Peraturannya ialah.... Menulis seayat demi seayat.

Boleh rujuk pada pendahuluan di atas tadi. Perhatikan betul betul. Saya menulis seayat dan diselang sebaris.

Persoalannya ialah, kenapa kita perlu menulis sebegitu? Kerana untuk memudahkan pembaca membacanya. Sekiranya ayat mukadimah seperti karangan SPM. Siapa nak baca perkataan demi perkataan?

Orang zaman sekarang semuanya mahu cepat belaka. Siapa yang lambat dia yang rugi. Sekarang orang tidak ikut "Biar lambat, asal selamat". Orang yang begitu memang rugi.

Kenapa?

"Siapa cepat, dia yang dapat"

Mudah bukan?

Secara keseluruhannya ialah;

~~~ (Pendek)

~~~~~ (Sederhana)

~~~~~~~ (Panjang)

Memang itu format yang selalu digunakan. Nak langgar? Langgarlah. Nanti siapa yang rugi? ;-)

Itu baru format belum lagi rahsia menulis ayat memikat pelanggan.

Rahsianya teramat mudah dan senang. (Ambil nota!)

Rahsiannya ialah... Kenapa?

Apa dia? Kenapa? Apa yang kenapa?

Sudah timbul persoalan dalam fikiran.....

Masih kurang jelas? Ini dia contohnya;

Kenapa Blog Kyle selalu dapat trafik daripada Google? Kenapa blog saya tidak begitu?

Nak tarik pembaca mudah sangat. Kita buatkan mereka rasa ingin tahu. Ingin tahu apa yang terjadi selepas itu. Apa yang akan terjadi sekiranya mereka tidak membaca artikel itu. Memang menyesal sungguh siapa yang tidak baca.

Itu baru satu. Belum habis lagi. Ada lagi.

Rahsia yang kedua ialah.... Kekecewaan.

Bila tulis pendahuluan terangkan kepada mereka apakah masalah yang membuat mereka kecewa selama ini. Apakah keinginan mereka selama ini. Buat mereka menjiwai aritkel tersebut. Barulah pembaca akan sentiasa kata;

YES! YES!! YES!!

Memang kurang jelas. Tetapi nasib baik ada contoh ;) (Alhamdulillah)

Mari baca:  Jangan Baca Kalau Tak Nak Paparkan Gambar Dalam SERP!

- BONUS


Menurut Brian Clark. 5 cara untuk membuat pembaca membuka entri anda. Kelima-lima caranya adalah bagus tetapi tidaklah sebagus yang dikatakan oleh Henneke.

#1 = Menyakan soalan. Yang paling terkenal lagi mudah digunakan.

#2 = Potongan petikan. Lebih mudah faham potongan ayat yang diambil daripada orang yang berauthoriti.

#3 = Fakta. Tahukan anda menulis mukadimah adalah bahagian yang sukar dalam menulis artikel.

#4 = Cerita. Pada suatu hari ada seorang insan yang berjaya menyelesaikan masalahnya.

#5 = Nombor. Lagi besar, lagi hebat. Terlalu besar, terlalu jahil.

Mudah dan senang bukan?

Terfikir


Ada tambahan dan penolakan yang perlu dibicarakan?

Mohon kongsikan di ruangan komenter.

Jasa anda amat dihargai dunia akhirat.

Semoga kita sentiasa dalam redha dan rahmat Allah swt. Supaya mudah untuk kita membantu golongan yang susah.

Aamiin. Ya. Rabb.

Sebarkan virus yang positif ini. Maka balasan pahala dijamin dapat!

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Danial Abdul Rahim