[Rahsia] Menulis Ayat Pendahuluan Memukau Pembaca

Rahsia menulis ayat memikat pelanggan!
Sungguh dingin. Kredit; sxc.hu
Susah.

Itulah perkataan yang mula-mula sekali kita akan sebut apabila nak menulis permulaan entri.

Seandainya seorang pakar mahupun masih mentah. Memang tidak akan terlepas dengan masalah ini.

Teramat susah dan susah.

Tetapi susah tidaklah mustahil. Dan mustahil tidaklah susah mana sekiranya kita tahu selok beloknya.

Jadi, apakah jalannya untuk keluar daripada lubang hitam ini?

Adakah ianya dengan memberi salam?

Bagus tetapi tidaklah memukau pembaca. Kita mahu ayat yang boleh membuatkan pembaca membeli produk daripada kita. Kita mahu ayat pendahuluan itu membolehkan orang melanggan blog kita.

Alangkah indahnya ada ayat tersebut yang sebegitu kuasa.

Jawapannya mudah sahaja.

- PERTAMA


Dalam menulis pendahuluan sebuah artikel kita mesti tahu  asas dia. Menulis online tersangat berbeza dengan menulis karangan. Kita amat beruntung sebenarnya. Kenapa? Sebab menulis pendahuluan artikel memang mudah tidak disangkakan.

Mula-mula sekali kalau kita mahu menulis pendahuluan mesti guna 1 hingga 3 perkataan. Seperti mana saya buat dalam entri ini. Cuba anda scroll ke atas balik dan lihat.

Anda akan baca "Susah". Itulah dia maksud saya. Kalau masih kurang faham lagi. Tidak mengapa. Saya akan beri contoh lebih jelas.

Contoh;

Mari kita mengaku.

Mengaku apa? Nak mengaku apa? Mengaku kita buat salah ke?

Bila kita tulis ayat yang pendek maka sekaligus persoalan akan timbul di fikiran pembaca. Di situ kita dapat lihat kepentingan menulis ayat yang pendek.

Jelas?

- KEDUA


Kalau nak menulis ayat yang memikat pembaca. Kita mesti tahu peraturan dia. Peraturan ini kalau kita langgar memang KO. Kalau ikut OK. Ok?

Peraturannya ialah.... Menulis seayat demi seayat.

Boleh rujuk pada pendahuluan di atas tadi. Perhatikan betul betul. Saya menulis seayat dan diselang sebaris.

Persoalannya ialah, kenapa kita perlu menulis sebegitu? Kerana untuk memudahkan pembaca membacanya. Sekiranya ayat mukadimah seperti karangan SPM. Siapa nak baca perkataan demi perkataan?

Orang zaman sekarang semuanya mahu cepat belaka. Siapa yang lambat dia yang rugi. Sekarang orang tidak ikut "Biar lambat, asal selamat". Orang yang begitu memang rugi.

Kenapa?

"Siapa cepat, dia yang dapat"

Mudah bukan?

Secara keseluruhannya ialah;

~~~ (Pendek)

~~~~~ (Sederhana)

~~~~~~~ (Panjang)

Memang itu format yang selalu digunakan. Nak langgar? Langgarlah. Nanti siapa yang rugi? ;-)

Itu baru format belum lagi rahsia menulis ayat memikat pelanggan.

Rahsianya teramat mudah dan senang. (Ambil nota!)

Rahsiannya ialah... Kenapa?

Apa dia? Kenapa? Apa yang kenapa?

Sudah timbul persoalan dalam fikiran.....

Masih kurang jelas? Ini dia contohnya;

Kenapa Blog Kyle selalu dapat trafik daripada Google? Kenapa blog saya tidak begitu?

Nak tarik pembaca mudah sangat. Kita buatkan mereka rasa ingin tahu. Ingin tahu apa yang terjadi selepas itu. Apa yang akan terjadi sekiranya mereka tidak membaca artikel itu. Memang menyesal sungguh siapa yang tidak baca.

Itu baru satu. Belum habis lagi. Ada lagi.

Rahsia yang kedua ialah.... Kekecewaan.

Bila tulis pendahuluan terangkan kepada mereka apakah masalah yang membuat mereka kecewa selama ini. Apakah keinginan mereka selama ini. Buat mereka menjiwai aritkel tersebut. Barulah pembaca akan sentiasa kata;

YES! YES!! YES!!

Memang kurang jelas. Tetapi nasib baik ada contoh ;) (Alhamdulillah)

Mari baca:  Jangan Baca Kalau Tak Nak Paparkan Gambar Dalam SERP!

- BONUS


Menurut Brian Clark. 5 cara untuk membuat pembaca membuka entri anda. Kelima-lima caranya adalah bagus tetapi tidaklah sebagus yang dikatakan oleh Henneke.

#1 = Menyakan soalan. Yang paling terkenal lagi mudah digunakan.

#2 = Potongan petikan. Lebih mudah faham potongan ayat yang diambil daripada orang yang berauthoriti.

#3 = Fakta. Tahukan anda menulis mukadimah adalah bahagian yang sukar dalam menulis artikel.

#4 = Cerita. Pada suatu hari ada seorang insan yang berjaya menyelesaikan masalahnya.

#5 = Nombor. Lagi besar, lagi hebat. Terlalu besar, terlalu jahil.

Mudah dan senang bukan?

Terfikir


Ada tambahan dan penolakan yang perlu dibicarakan?

Mohon kongsikan di ruangan komenter.

Jasa anda amat dihargai dunia akhirat.

Semoga kita sentiasa dalam redha dan rahmat Allah swt. Supaya mudah untuk kita membantu golongan yang susah.

Aamiin. Ya. Rabb.

Sebarkan virus yang positif ini. Maka balasan pahala dijamin dapat!

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

12 comments:

  1. Saya lebih suka cerita yang mendasari artikel dan kata-kata orang hebat atau ayat-ayat al-quran dan hadis.

    Saya berpendapat, Danial kurang memberi penjelasan yang jelas dalam artikel ini. Semoga boleh perbetulkan dan perbaiki. Saya agak sukar untuk memahaminya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang jelas? Nampaknya artikel ini perlu diubahsuai lagi. Maaf sekiranya ada salah dan silap. Saya akan cuba cari mana kesilapannya.

      Terima kasih kerana sudi memberi pendapat. Semoga Allah membalas balik jasa Tuan :)

      Delete
    2. Entri telah dikemaskini =)

      12:53 - 1/29/2013

      Delete
  2. bagus laa ! memang berguna.. hehe selalu blank gak nak starting :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup :)

      Kredit kepada Henneke. Dan terima kasih kerana sudi berkomen ;)

      Delete
  3. Betul ke menulis ayat pendahuluan perlukan persoalan?? supaya pembaca akan pergi ke ayat seterusnya. Kalau banyak sangat persoalan, orang akan lari juga. Semoga entri ini mendapat manfaat buat rakan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepertimana yang saya katakan tadi, tidak perlukan soalan pun xpe. Yang penting kita dapat tahu apakah masalah pembaca sebenarnya :)

      Dan untuk hooking, memang kadang-kadang perlukan persoalan. Tetapi tidak perlu banyak sangat. Apa yan penting ialah pembaca mesti menjiwainya ;-)

      Delete
  4. Di manakah kotak halaman hubungi: takut nanti sesiapa yg ingin bertanya..???, tak sempat nak bagi jawapan. Bagaimana cara nak bertanya ni kalau kotak hubungi tak ada. Kalau ada kemuskilan..bagaimana nak bertanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kotak hubungi? Oh, saya masih belum pasang lagi. Maaf ya :)

      Delete
  5. yes! saya semakin faham apa yang cuba diperkatakan bro.

    ReplyDelete
  6. terima kasih banyak..panduan disini amat berharga

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, Terima Kasih.. Entri Ringkas Dan Mudah...

    Malah
    .
    .
    .
    .
    .

    Membuka Ruang Utk Berfikir Lagi :)

    ReplyDelete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Danial Abdul Rahim