Inspirasi Lateral Kebahagiaan Kemewahan

19/05/2013

2 Penulis Online yang Saya Kagumi lagi Berinspirasi

Tanpa guru, siapalah kita.

Setiap orang mempunyai mentor sendiri. Bahkan, kita juga sebenarnya mentor kepada orang lain tanpa diketahui.

Dan setiap mentor-mentor yang ada mestilah betul dan pakar dalam bidang tersebut.

Andai mentor tahu "gitu-gitu" sahaja. Maka anak didiknya juga tahu "gitu-gitu" sahaja.

Tetapi, dalam artikel ini bukan cerita tentang bagaimana memilih mentor yang betul lagi tepat.

Dalam artikel kali ini saya kongsikan siapakah mentor-mentor penulisan online yang memberi tunjuk ajar kepada ku yang betul lagi benar-benar berinspirasi orangnya.

Nak kenal siapakah mereka?

Baca lagi...

Rahul Kuntala


Profesional Blogger yang pertama memberi inspirasi kepada saya untuk menulis killer article. Bayangkan, penulisan beliau sangat persuasif, seronok, mudah faham dan segala tips yang beliau beri tepat dan sudah tentu betul.

Beliau adalah pengasas Learn Blog Tips. Antara blog yang popular. Dalam blog beliau, kebanyakkannya mengajar bagaimana menulis artikel-artikel online yang epik.

Apa yang saya tidak boleh dilupakan ialah artikel How the ‘Art of Flirting’ Can Make You A Better Writer. Bagaimana beliau memberi analogi mudah tentang pembaca blog.

Dan antara karya yang terhebat beliau juga ialah eBook The Lazy Man's Guide to Creating Viral Content. Ringkas dan padat. Penuh dengan isi-isi bagaimana untuk menulis artikel online yang epik. Memang itu fokus beliau. Artikel online yang epic.

Selain itu, beliau juga pengasas bersama blog Blogging Slogan. Boleh dikatakan, blognya sentiasa update entri-entri baru yang segar tentang blogging tips.

Sememangnya, banyak jasa beliau yang telah dicurahkan kepada saya. Memang saya peminat setia beliau. Setiap interview dan entri saya baca.

Oleh sebab itu, saya boleh menulis artikel online dengan mudah. Terima kasih mentor ku :)

Henneke Duistermaat


Oh, jangan tanya betapa hebatnya beliau dalam dunia copywriting. Sungguh menggiurkan, sangat menarik orangnya, setiap ayat yang beliau tulis sungguh persuasif.

Terpesona dengan keindahan ayatnya

Henneke adalah pengasas Enchanting Marketing. Sebuah blog yang sarat dengan tips copywriting, web copy dan sales later.

Boleh dikatakan setiap artikel beliau hasilkan menyelesaikan masalah saya.

Beliau sememangnya lebih 15 tahun berpengalaman dalam dunia content marketing

Dan beliau juga minat berbasikal, walaupun beliau merupakan seorang wanita (Mula-mula saya ingat beliau lelaki, tetapi selepas baca di blog Boost Blog Traffic, baru tahu).

Antara artikel yang saya kagumi ialah How to write seductive sales copy like Apple. Dalam artikel tersebut, beliau ajar tentang bagaimana Apple menulis ayat-ayat yang menggoda.

Apa yang saya dapat dalam artikel tersebut ialah; Ayat biar pendek. Boleh mula menulis ayat dengan perkataan, sebab, dan dan seterusnya.

Dan beliau juga mempunyai eBook sendiri iaitu 21 Easy Tips to Turbocharge Your Web Copy and Win Customers.

Secara keseluruhannya, beliau memang benar-benar pakar dalam bidang copywriting.

Daripada Penulis


Setakat ini, memang 2 itu penulis online (English) yang saya kagumi dan minat. Yang lain, setakat suka itu boleh. Kalau lebih tidak-tidak rasanya.

Sebabnya ramai penulis online perlu belajar dan menguasai penulisan online yang betul. Oleh kerana penulisan online jauh bezanya dari penulisan offline.

Saya tahu, ramai lagi yang lebih hebat daripada mereka. Tetapi 2 orang itulah yang sentiasa memberi inspirasi dan motivasi kepada saya supaya menulis sehingga kini.

Kalau tak kerana mereka mungkin saya tidak sampai di sini.

Dan kalau tak kerana mereka jugalah penulisan saya tidak berevolusi.

Apa yang penting, perlu ada keghairahan tentang perkara yang kita lakukan dan sentiasa fokus pada kejayaan.

Nescaya... ramai yang tergoda dengan penulisan kita.

Cuba mula menulis. Maka inspirasi datang mencurah-curah.

Apakah Ilmu yang Paling Bernilai dalam Diri Kita?


"Andai nak beri barang kepada orang lain, beri barang yang kita sayang."
-- Insyirah Azhar

Ya Allah...

Sungguh tidak diduga. Selama ini saya menyimpan ilmu yang paling bernilai dalam diri saya.

Biarkan ia menjadi rahsia. Tidak mahu mengajar pada orang lain. Kebangangan terserlah di situ.

Hari ini baru saya sedar. Memberi ilmu yang paling kita sayang sebenarnya dapat meninggalkan kesan yang mendalam di dunia ini.

Kenapa kita perlu berahsia? Kenapa tak kongsikan segala ilmu yang paling kita sayang dalam diri kita?

Jawapannya: Kerana kita takut orang lain tahu. Kerana kita takut orang curi ilmu kita. Sebenarnya, ilmu itu datang dari mana? Tanya pada diri kita?

Dari diri sendiri ataupun ilham dari Allah. Ingatlah: Kalau tak kerana Allah memberi akal fikiran kepada kita, sudah tentu dunia tidak maju. Sudah tentu dunia tiada teknologi yang sentiasa berkembang maju.

Allah yang memberi segala ilmu pada diri kita. Kenapa perlu berahsia? Sesampai takut orang lain tahu?

Allah hu akhbar. Sungguh jauh sekali diriku ini. Sungguh jauh sekali untuk menjadi orang yang baik.

Maka, saya nekad pada diri sendiri. Saya nekad ingin berkongsi segala-galanya yang bernilai buat diriku ini.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Saya berjaya memberi segala ilmu yang ada dalam dadaku ini

Mula Berkongsi Sebelum Semuanya Tinggal Angan-angan


Hari ini, saya akan buat angan-angan menjadi kenyataan. Saya ingin kongsikan ilmu yang paling bernilai bagi saya. Iaitu Servis Blogspot Mesra SEO Disayangi Google.

Dari A sampai Z. Segalanya bakal dibongkarkan. Tiada lagi persembunyian. Tiada lagi rahsia. Tiada lagi keegoan dalam diri.

Semuanya, segala-galanya dikongsi. Secara percuma mahupun berbayar.

Nescaya, dunia mengingati siapa diri kita sehingga kiamat.

Plan Tindakan Pantas


1#: Kenal pasti apakah ilmu yang paling bernilai dalam diri kita.


Contohnya, saya memang mempunyai ilmu yang paling bernilai tentang koding Blogspot untuk blog Mesra SEO Disayangi Google.

Tindakan terperinci: Senaraikan sekurang-kurang 3 ilmu yang paling "mahal" dalam diri kita.

Misalnya:
  • Koding Blogspot
  • CSS
  • SEO Blogspot

#2: Rancang bagaimana ingin kongsikan ilmu bernilai yang kita miliki


Contohnya, saya nak kongsikan ilmu yang dimiliki dengan pos di blog Danialde4 secara percuma. Dan berbayar untuk orang yang kurang mahir tentangnya.

(Perancangan saya: Kongsikan ilmu Blogspot Mesra SEO Disayangi Google secara percuma dan buat Servis untuk orang yang kurang mahir tentang koding.)

Tindakan terperinci: Lakukan 3 cara bagaimana kita bakal kongsikan ilmu yang kita dimiliki.

Misalnya:
  • Melalui penulisan
  • Melalui video
  • Melalui audio

Lebih advanced. Kongsikan melalui seminar dan seterusnya.

Alhamdulillah, setakat ini dahulu perkongsian saya. Harap sejuta ampun dan maaf sekiranya selama ini saya tersilap dan terkasar bahasa. Hari ini saya tak tahu kenapa susah sedikit nak menulis. Tetapi akhirnya berjaya juga menulis.

(Terima kasih Allah, terima kasih Danial, terima kasih Cik Insyirah Azhar)

Semoga entri ini sentiasa memberi inspirasi kepada anda yang sudi baca sehingga akhir perkataan.

Salam sukses selalu.

"Lebih banyak kita beri, terlebih banyak kita dapat"
-- Dr. Azizan Osman (Diubahsuai sedikit ;)

27/04/2013

Hati Pasti Tertawan

Setiap hari. Demi hari. Tiada perhentian. Terus hidup bagaikan orang yang tidak bermaya.

Sehari selang sehari. Sehari selang dipenjara. Rasa tidak mampu hidup. Rasa tidak mampu bernafas.

Rasa tidak mampu berkerja. Sedangkan, semua itu adalah sangkaan semata-mata. Hidup ini adalah singkat.

Hargailah hidup ini sebelum ditinggalkan. Sebelum meninggalkan dunia. Sebelum memberi senyuman yang mewanan hati pasti tertawan.

Semuanya adalah sangkaan kita sendiri. Ubah sangkaan, ubah dunia. Ubah fikiran, ubah sikap. Semuanya ada dalam diri sendiri.

Cuma perlu, mencari. Menyelami. Melakukan. Sekiranya jumpa, hanya satu sahaja jawapannya.

Bahagia tidak terkira. Ingatlah... setiap perkara yang dilakukan di dunia ini adalah untuk mencari kebahagiaan. Kebahagiaan datang dari dalam.

Ambil masa, tenangkan fikiran. Maafkan apa yang lepas. Teruskan hidup dengan sangkaan luar biasa. Maka luar biasa yang kita dapat.

Jangan terlalu banyak berfikir. Kerana ia, lagi fikir, lagi ego. Lagi ego, lagi angkuh terhadap Allah.

Sudah diberi tahu hidup di dunia ini bukanlah keseorangan. Kongsilah segala kebahagiaan bersama-sama.

Tidak perlulah keseorangan. Jelaskan kebahagiaan terlebih dahulu. Sesungguhnya, dunia ini rosak bukan disebabkan orang jahat, tetapi disebabkan orang baik tidak mengambil tindakan.

Apa yang kita fikir, rasa, buat adalah doa. Dilarang sama sekali terlintas perbuatan jahat di fikiran. Dilarangan sama sekali merasa maksiat di hati. Dilarang sama sekali melakukan kejahatan.

Semuanya sudah ada. Cuma nak atau tak nak. Cuba dahulu buat sedikit kebaikan. Cuba dahulu tinggalkan golongan biawak-biawak.

Cakap pada diri sendiri setiap hari.


Aku kaya dan berjaya.

Aku seorang yang mewah.

Aku seorang yang dihormati.

Aku seorang yang disayangi.

Aku seorang yang disanjungi.

Aku seorang yang luar biasa.

Aku seorang yang bertenaga.

Aku seorang yang hebat.

Aku seorang yang benar-benar ingin hidup dalam rahmat Allah serta kasih sayang dari Allah.

Rasailah kenikmatan di dunia ini. Buatlah amal kebaikan sebelum terlambat. Cuba, cuba dan cuba untuk senyum yang mewanan.

Hati pasti tertawan ^_^

21/04/2013

Terukir Di Hati

Apabila tidak dapat menulis, mula badan merasa kurang selesa bagaikan cacing kepanasan.

Lagi ditunggu lagi hati resah gelisah. Sememangnya saya sendiri minat menulis sehabis-habisnya. Sekiranya dapat menulis rasa bagaikan hidup lebih sempurna.

Hidup lebih bahagia.

Lebih tenang.

Aman harmoni.

Tamat


Hari terakhir aku pentong sekolah.

Hari terakhir aku bersedih.

Hari terakhir aku malas

Hari terakhir aku negatif

Maka, esok adalah hari yang baru lagi keramat. Tiada siapa yang tahu, tetapi kita boleh bina dengan kuasa imaginasi.

Lagi kuat bayangkan dalam fikiran kita. Lagi kuat ia jadi kenyataan. Semuanya adalah usaha kita sendiri.

Kalau nak berjaya memerlukan keinginan yang tertinggi. Kerana kita inginkan sesuatu. Selagi tidak dapat selagi itu diusahakan sehingga dapat.

Justeru, hari yang lepas sudah lepas. Maafkanlah apa yang lepas. Tidak boleh berpatah balik. Cuma yang depan boleh dibentuk. Cuma yang depan boleh diubah.

Sesungguhnya, saya benar-benar menukar mindset saya menjadi abundance lagi jutawan.

Baru


Esok dan selama-lamanya aku seorang yang abundance mindset.

Esok dan selama-lamanya aku bangun awal dengan mudah tanpa pening.

Esok dan selama-lamanya aku yang berinspirasi.

Esok dan selama-lamanya aku rajin-rajin belaka.

Esok dan selama-lamanya aku bertindak luar biasa.

Kerana aku benar-benar mempunyai keinginan untuk mengubah dunia lebih berinspirasi serta sempurna bagaikan syurga.

Aku boleh dan MAMPU.

Aku tahu hanya diri sendiri sahaja yang boleh mengubah diri ku sendiri.

Sedangkan... ramai yang meminta pertolongan orang. Tidak perlu. Mulakan sekarang untuk keluar daripada circle biawak-biawak.

Mulakan dengan senyum yang mewanan, hati pasti tertawan. Sesungguhnya, usaha yang kecil lagi sekecil zarah tetapi ada niat yang positif.

Sudah tentu orang akan menyedarinya. Bahkan, setiap kali kita berusaha untuk menumpukan satu perkara dalam satu masa membolehkan kita menjadi seorang yang luar biasa.

Maka... hari sesampai di sini.

Maka... hari berakhir di sini.

Maka... bahasa ku makin lama makin menggiurkan.

Maka... eBook Attract Money Now mengubah hidup ku lebih POSITIF.

Maka... menulis adalah senjata ku untuk membina dunia yang mewah lagi memupuk kita berjihad.

Maka... .. .

Tiada lagi rahsia.

Terukir di hati... ALLAH.

18/04/2013

Tiada Lagi Persembunyian

Setiap kali dipaksa untuk menulis. Pasti sukar. Pasti mahu diedit.

Bahkan setiap satu perkataan sebenarnya adalah perkataan-perkataan yang menggiurkan.

Tetapi perasaan di hati terasa amat luka.

Tidak sanggup untuk menulis sebab tiada lagi ZenWriter. Tiada lagi bunyi "Pop" kedengaran.

Sesungguhnya, hilang terus semangat serta motivasi menggunung.

Malah, hidup bagaikan mayat hidup. Hanya membaca, membaca dan membaca. Tiada bergerak ke tempat lain. Sebagaimana saya perlu berusaha lagi.

Sebagaimana saya perlu menyesuaikan diri dengan notepad++. Namun semua itu hanyalah sia-sia. Hati tetap tertawan dengan ZenWriter.

Begitu susah ketiadaannya. Begitu sengsara. Begitu mendalam nilainya dalam hidupku. Sekiranya dahulu saya boleh menaip sepantas 500 patah perkataan dalam masa 25 minit.

Tetapi tidak sekarang.

Sekarang sudah lain jadinya. Sekarang perlu mengambil masa yang lebih lama lagi tiada inspirasi.

Banyak yang perlu dilakukan.

Sebab itu sebelum membuat sebarang keputusan pastikan lihat dahulu dia punya "kesan" dan "akibat daripada kesan".

Itulah alat yang saya pelajari daripada Dr. Edward de Bono.

Sesampai di sini katanya.

Tidak lagi sanggup menaip dalam notepad++. Tiada lagi kedengaran bunyi "Pop".

Hanya tinggal kenangan...

05/04/2013

5 Koleksi Kata-kata Keramat yang Memukau!

`Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh kepada pembaca yang dirahmati Allah.

Segala puji bagi Allah, dengan izin-Nya saya dapat menulis sehingga ke hari ini. Alhamdulillah!

Pertama kali saya membaca buku The Success Principles ediis Bahasa Melayu sungguh memukau. Sangat bermotivasi. Pada ketika itu saya amat berenergi.

Bahkan setiap perkara yang dilakukan sungguh POSITIF!

Bayangkan, betapa hebatnya pengaruh kata-kata Uncle Jack Canfield. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Maka, saya sempat salin 5 petikan dalam buku The Success Principles. Dengan izin Allah, kata-katanya memukau!

5 Koleksi Terbaik


"Duit seperti baja. Sekiranya Kamu menebarkannya ke sekeliling kamu, maka ia membantu membawa kebaikan. Namun sekiranya ia disimpan di satu tempat sahaja, baunya menjadi busuk."
-Junior Murchison.

Maksudnya sungguh mendalam. Dan memang benar kata-katanya.

Cuba anda bayangkan. Ada satu pokok ubi. Pokok itu bersaiz sederhana. Dan anda ingin membuatnya menjadi lebih besar daripada biasa.

Jadi, mesti anda akan potong satu dahannya. Maka, dalam masa beberapa hari, dahan itu mula bercabang 2.

Itulah maksudnya.

Apabila kita memberikan wang kepada orang dengan ikhlas maka duit kita makin bertambah banyak. Malah memberi wang dengan ikhlas dapat menanam sikap pemurah.

Lama-kelamaan, hidup kita lebih bahagia. Kerana duit yang kita beri memberi kesenangan kepada kehidupan orang lain.

Jom bersedekah dan berzakat :D

Memang benar kata-kata Jack Canfield pula:

"Kesanggupan berkongsi kemewahan menghasilkan lebih banyak kemewahan. Cubaan membolot semuanya seorang diri hanya menyempit laluan rezeki"
-Jack Canfield.

"Kamu boleh mendapatkan apa sahaja yang kamu di dunia ini sekiranya kamu bantu orang lain mendapatkan apa yang mereka mahu."
-Zig Ziglar.

Hukum Allah memang mudah lagi senang diamalkan. Kita beri penyelesaian masalah kepada orang, Allah akan menyelesaikan masalah untuk kita.

Kita beri duit kepada orang, Allah akan beri duit kepada kita(Bukan turun dari langit, mungkin bentuk pemberian berbeza sedikit).

Bak kata Ustaz Azhar Idrus, "Mu sedekah 5 tahun lepas, dan tiba-tiba mu kemalangan. Tetapi yang peliknya mu tidak ada apa-apa kecederaan pun."

Allah menyelamatkan kita dengan penuh ajaib. Sesungguhnya kekuasaan Allah memang benar-benar terbukti.

"Banyak membaca ataupun menghafal tidak dapat menjadikan kamu berjaya dalam hidup ini. Kefahaman dan mengaplikasikan fikiran bijaksana yang lebih utama."
-Bob Proctor.

Anda mungkin seorang yang jarang bersedah. Dan mungkin anda mengalami masalah kewangan yang serius. Maka apa yang perlu anda lakukan ialah keluar daripada zon masalah itu.

Persoalannya bagaimana? Bersedekahlah jawapannya.

Bagaimana bersedekah? Mudah sangat. Mula bersedekah RM1 bersama niat yang ikhlas. Bukan untuk mengharapkan balasan.

Saya dahulu bersedekah sangat berharap agar dapat balasan duit. Memang berharap sungguh-sungguh. Tetapi saya terfikir sejenak, "Kalau aku bersedekah sebenarnya untuk apa?"

Pada ketika itu, baru saya faham, bersedekah untuk membantu. Bukannya bersedekah untuk mengharapkan balasan. Allah sebenarnya sudah beri balasan pahala, cuma kita tidak nampak.

"Mula-mula kamu hanya perlu terjun dan sayap kamu akan mula terbentuk semasa turun ke bawah."
-Ray Bradbury

Kita hanya perlu percaya, yakin dan bersangka baik. Apabila kita fokus terhadap kebaikan dan kejayaan, maka itulah yang kita dapat.

Lagi tinggi kepercayaan dan keyakinan kita terhadap kejayaan, lagi cepat kita capai kejayaan.

Plan Tindakan


Muat turun eBook PERCUMA Keajaiban Menulis 101 Impian oleh Insyirah Azhar.

Baca. Faham. Praktik.

Visi saya untuk artikel kali ini adalah dapat 100 komen yang positif serta 10,000 orang baca sehingga habis.

Dengan izin Allah ia berlaku!

Salam sukses selalu
-Danial Abdul Rahim

27/03/2013

Kepercayaan

Satu nama yang cukup indah.

Satu nama yang sungguh mulia

Satu nama yang sungguh berkuasa

Apabila disalahguna maka ia jadi salah.

Apabila digunakan dengan sehebat-hebatnya, maka itulah yang akan terjadi

Semuanya atas dasar kepercayaan sendiri.

Di kala, anda menulis lalu mengatakan menulis itu susah maka itulah yang anda dapat.

Hidup ini lebih mudah dan makin jelas apabila anda tahu yang sebenarnya selama ini anda seorang yang gagal adalah disebabkan oleh kepercayaan.

Nampak mudah tetapi sebenarnya perlu diambil serius.

Setiap perkataan yang terhasil adalah nikmat menulis, itu saya percaya maka itu yang saya rasai.

Kenapa?


Adakah anda ada masalah kewangan? Adakah ia selalu sahaja terjadi dalam hidup anda?

Adakah itu punca anda mengaku kalah?

Kalau ya, maka inilah yang perlu anda lakukan. Lakukan sekarang juga.

Ambil kertas, tulis apa yang anda tidak mahu, erti kata lain apakah anda benci?

Senaraikan. Lagi banyak lagi bagus. Lagi banyak senaraikan lagi mudah untuk membebaskannya.

Sudah?

Kalau begitu tulis ini pula.

Setiap "Benda" yang anda tulis itu ditukarkan pula menjadi positif.

Katakanlah, saya tidak pernah cukup duit.

Ditukarkan kepada saya selalu banyak duit.

Setiap satu senarai negatif yang anda tulis tukar kepada positif. Ingat, lagi banyak lagi bagus. Lagi banyak lagi cepat anda mengalami perubahan drastik.

Sudah siap maka ikut langkah ini:

Tukarkan senarai positif itu seperti sudah dapat dan bayangkan dalam imaginasi anda. Bermeditasi.

Contohnya tadi, saya sentiasa banyak duit.

Bayangkan, saya sentiasa banyak duit, boleh beli macam-macam. Seperti beli TV 3D baru yang berharga RM14000 dan selepas itu saya tukar kereta lama saya dengan kereta baru iaitu kereta BMW warna hitam sungguh mewah!

Bayangkan lagi dalam. Bayangkan sebagaimana anda sudah milikinya. Apabila anda buat begitu cerita ini akan menerangkannya.

Anda sudah mengalaminya dalam imaginasi anda. Ok. Sudah cukup bagus.

Tetapi, apakah sebenarnya fungsi imaginasi ini?

Bila anda membayangkan anda sudah merasainya, maka hukum tarikan sudah menghantar isyarat supaya merialisasikannya.

Bila anda berbuat begitu, anda sebenarnya sudah PERCAYA benda itu wujud.

Yang lebih menariknya adalah bila anda percaya pada perkara-perkara yang mustahil anda akan dapat juga dengan pantas tetapi ia kurang sedikit.

Dalam kes saya, saya membayangkan apakah yang saya telah dapat pada keesokan harinya.

Saya membayangkan, di pagi hari, ada sarapan yang cukup mewah, segala-galanya ada. Ada nasi lemak. Ada roti canai. Cakap sahaja nak apa, pasti ada.

Dan harinya tiba. Memang saya tidak dapat apa yang dibayangkan. Tetapi saya dapat juga sarapan yang mewah bagi saya.

Saya dapat sarapan NIPS(Makanan untuk kanak-kanak riang).

Alhamdulillah, sungguh ajaib. Memang ajaib.

Jadi apa yang anda perlu lakukan?

Bayangkan apakah yang anda terjadi pada keesokan hari?

Bayangkan perkara-perkara mustahil, maka mustahil yang anda dapat!

NIAT, PERCAYA, IMAGINASI, REALITI dan LEPASKAN.

25/03/2013

Writer Block: Kenapa Saya Mengalaminya? 4 Penyelesaian A

Lagi dipaksa lagi itu idea tidak keluar.

Saya mencari, tercari-cari kenapa saya tidak boleh menulis?

Kenapa setiap perkataan yang tertulis tidak yakin akannya.

Setiap kali menetapkan kepercayaan kepadanya, selagi itu perkataan itu nampak asing.

Bukan sekali saya pernah melaluinya, tetapi kali ini sudah masuk 2 kali.

Masya Allah, sungguh tidak diduga. Memang pada pertama kali saya mengalaminya selepas mencipta satu artikel yang epik iaitu; 5 Kunci Untuk Menghasilkan Penulisan Terhebat Sepanjang Zaman!

Memang sambutannya meriah. Sungguh tidak diduga.

Pada masa itu penuh dengan inspirasi. Persoalannya ialah kenapa pada masa itu saya berinspirasi dan kenapa pada masa sekarang saya agak teragak-agak lalu kurang percaya pada setiap perkataan ditulis?

Mungkin ini yang saya bimbangkan:
  • Takut kepada maklum balas
  • Banyak berfikir tentang apa orang kata
  • Tertekan
  • Sedih lagi kecewa
  • Kurang berehat(Banyak membaca)
  • Terlalu ikutkan nafsu

Itulah punca-punca kenapa saya mengalami writer block. Mungkin anda mengalaminya, namun mungkin tidak sama apa yang apakah puncanya.

Setiap orang pasti ada sebab-sebab yang tertentu.

Bila dilihat kembali saya rasa, dan fikirkan mesti ada cara untuk mengatasinya.

Jadi, beginilah methodnya

 A1 Bercuti


Apa yang dimaksudkan bukan bercuti di rumah tetapi bercuti di luar rumah. Kita perlu sedaya upaya untuk mengambil udara yang segar lagi nyaman.

Sedangkan orang yang berjaya banyak bergerak kenapa kita begitu.

Apakan daya, saya tersasul lagi.

Kembali kepada ceritanya. Bercuti bersama orang yang tersayang. Cara ini adalah cara yang efektif.

Cari masa yang terluang untuk pergi berkelah, mandi-manda di sungai(berhati-hati apabila hujan), jungle tracking, dan banyak lagi alternatif untuk kekal cergas.

Sikap yang positif menghasilkan minda yang cergas lalu menjana idea yang bernas.

 A2 Berjalan


Berjalan-jalan, pergi ke tempat yang anda minat. Amalkan setiap hari untuk berjalan. Sekurang-kurang 1000 langkah sehari.

Berjalan membolehkan kita sentiasa dalam keadaan yang berinspirasi.

Kita juga boleh berbasikal. Asalkan guna usaha sedikit.

Jangan selalu menunggang motosikal atau kenderaan. Berkorban sedikit membolehkan kita berjaya untuk jangka masa panjang.

A3  Bermeditasi


Ertinya, bertakafur. Duduk senyap-senyap, berzikir, beristighfar, tenangkan fikiran, ambil nafas dalam-dalam. Rasai nikmat Allah.

Dengar bunyi di sekeliling. Dan kalau boleh pasang muzik yang menenangkan lagi berinspirasi. Seketika ini saya menulis menggunakan zenwriter.

Alangkah terkejutnya, zenwriter sudah menukar menjadi produk yang berbayar. Namun, tetap boleh guna secara pra, iaitu selama 15 hari.

 A4 Waktu Perdana


Bayangkan, kita seorang Perdana Menteri. Yang mampu memimpin rakyat jelata. Sungguh hebat pada ketika itu.

Itulah dia maksud waktu perdana. Setiap orang memang memiliki waktu perdananya yang tersendiri.

Dia ada 3 zon:
  • Pagi
  • Petang
  • Malam

Kalau ditanyakan pada saya, waktu pagilah adalah waktu perdana saya. Lepas pukul 11 malam sehingga 4 pagi.

Kepandaian saya mengalahkan Albert Einstein. Anda juga begitu. Tidak perlu memaksa diri menulis di waktu lemah.

Hanya perlu melakukan tugasan lain selain menulis. Apabila sampai sahaja waktunya, maka memanfaatkannya sebaik-baik mungkin!

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Sesudah mengenali apakah yang perlu dilakukan, maka keputusan di tangan anda. Yang mana perlu ikut yang mana perlu ditinggalkan.

Apa yang pasti, minda separa sedar yang berada dalam pemikiran anda lebih hebat daripada selalunya.

Kenali diri, capai apa yang ditetapkan, nescaya orang menyatakan anda seorang yang berjaya!

18/03/2013

Tata Tertib Bahasa Melayu — Kesalahan Umum


Di kala menulis terasa lain macam.

... Rupa-rupanya ada kesalahan tatabahasa yang perlu diperbaiki.

Sememangnya kesalahan-kesalahan itu adalah kesalahan yang paling umum dalam hidup dia.

Jadi, mari lihat apakah kesalahan-kesalahannya.

Di


Dia selalu keliru antara di dekat dan di jauh. Untuk memahinya lebih dalam dan menguasai ilmu ini dia telah buat kajian sedalam-dalam yang mungkin.

Inilah dia apa yang dia dapat:

di+dekat = Untuk kata kerja


Contohnya, Pak Mat Tempe telah dibuang kerja.

buang = kata kerja.

di+jauh = Untuk tempat @ lokasi @ arah.


Contohnya, kunci kereta Pak Mail di atas meja.

Contoh lain: Letakkan baju itu di dalam mesin basuh.

Tambahan: Keluarga Abdul Samad sudah berada di Kuala Lumpur.

Ingat formula, Insya Allah senang!

Se-


Se bermaksud satu.

Ringkasnya, se = satu

Bila dilihat kembali artikel yang sebelum ini dia terlihat satu perkataan yang agak mencurigakan, iaitu:

Sekembali.

Bila dipecahkan, satu kembali.

Satu kembali?

Apakah? Ayat songsang. Memang salah.

Dan dia jumpa satu lagi perkataan yang agak mencurigakan iaitu:

Seketika.

Pecahkan, satu ketika.

Boleh diterima sebab kita selalu dengar ayat:

Pada satu ketika.

Tetapi ia agak kurang sedap atau mungkin salah.

Lebih selesa dengar lagi:

Pada suatu ketika.

Namun, suatu tidak boleh dipendekkan.

Seketika boleh diterima dan digunapakai!

Daripada Si Dia


Memang benarlah apa kajian yang dia telah buat.

Di, Se- banyak memainkan peranan dalam arena penulisan.

Seharusnya, kita lebih berhati-hati apabila menulis.

Kita boleh merancang, Dia yang akan menentukan!

 
Danial Abdul Rahim