Ini Mungkin Cara Termudah untuk Tingkatkan Produktiviti

Apa Itu Produktiviti?
Kadang-kadang kita tengok ada orang, buat kerja dari pagi sampai petang.

Tapi, hasilnya tak memberangsangkan.

Lain pula orang yang faham konsep produktiviti. Mereka buat kerja sikit tapi hasil melampau.

Kenapa ia boleh jadi begitu?

Sebab orang A tak faham tentang konsep produktiviti tapi lain pula orang B.

Jadi...

Apa Itu Produktiviti?

Produktivit = Penghasilan.

Penghasilan ialah tentang perubahan.

Contoh, sebelum ini air dalam botol nak habis lalu kita isi jadi penuh semula.

Itulah maksud perubahan.

Sebelum ini ia berada di A sekarang ia berada di B.

Dan, kata Jim Rohn: Orang yang betul-betul produktif ialah orang yang "mass produce."

Mass Produce?

Maksud perkataan mass produce ialah penghasilan beramai-ramai.

Atau nak lebih mudah faham lagi, buat kerja sedikit tapi ramai yang terima kesannya.

Contoh paling mudah ialah pemandu bas.

Apa tugas pemandu bas? Bawa penumpang, dari A ke B. Betul betul?

Pemandu bas bukan sahaja bawa seorang penumpang, tapi ramai-ramai bukan?

Jadi, itulah maksudnya mass produce.

Bagaimana untuk Jadi Seorang yang Betul-Betul Produktif

Kuncinya, faham konsep pro-aktif dan re-aktif.

Pro-Aktif

Pro-Aktif = Kita yang memberi kesan kepada orang lain.

Contoh: Update status di Facebook dan orang baca.

Re-Aktif

Re-Aktif = Orang lain yang memberi kesan kepada kita.

Contoh: Kita baca status orang di Facebook.

Jadi, orang yang produktif ialah orang yang pro-aktif yakni orang yang banyak memberi kesan kepada orang lain.

Dapat ke dapat? :)

Daripada Penulis

Kebiasaannya, kerja pro-aktif ini tak banyak mana pun. Sekadar 2 atau 3 kerja sahaja.

Misalnya buat marketing (dari group Facebook ke group Facebook), tulis emel dan hantar kepada subscriber dan seumpama dengannya.

Jadi, bila kita mahu susun to-do-list: Utamakan kerja yang mass produce dahulu, barulah kurang dan kurang mass produce.

Dan jangan lupa kongsikan entri ini dalam Facebook ada, terima kasih.

Sumber gambar.

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

3 comments:

  1. Buat masa ni saya cuba untuk jadi produktif pada penulisan blog saya. Tengah cuba kepelbagaian teknik meningkatkan trafik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Top 3 cara untuk tingkatkan trafik blog:
      - Guest posting.
      - Promote kat Facebook group yang aktif dan berkaitan.
      - Komen pada blog orang.

      Benda ini memang nampak simpel. Semua orang tahu. Dan disebabkan semua orang tahu tak semua buat benda ini. :)

      Paling penting kumpul subscriber blog, supaya mudah untuk jana trafik secara konsisten.

      ~ Have fun.

      Delete
  2. menjadi produktif adalah target yang tengah dillakukan sekarang

    ReplyDelete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Danial Abdul Rahim