33 Sebab Kenapa Saya Perlu Jadi Jutawan Blogger Malaysia


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera kepada pembaca yang dihormati lagi diberkati Allah s.w.t. Terima kasih diucapkan kepada anda kerana sudi membaca senarai ini.

Walaupun ianya adalah cita-cita saya. Tetapi saya perlu baca dan anda perlu baca juga supaya kita lebih fokus untuk mencapai impian tersebut.

Dimulakan dengan basmalah.....

Bismillahirrahmanirrahim
  1. Menyelesaikan masalah blogger tempatan.
  2. Buktikan kepada mereka yang pernah mencaci saya.
  3. Menunaikan impian ibu bapa ku iaitu membuat Haji.
  4. Membantu keluarga ku
  5. Hidup senang di dunia dan di akhirat.
  6. Membantu blogger tempatan bagaimana membina blog daripada kosong sehingga menjadi jutawan.
  7. Beli villa tepi tasik yang membolehkan saya memancing sambil itu menulis blog.
  8. Beli kereta Kia Forte.
  9. Mengelilingi dunia.
  10. Menawan puncak dunia!
  11. Membantu orang dan sekolah yang telah memberi jasa kepada ku.
  12. Lebih mudah untuk membantu golongan yang susah.
  13. Memberi inspirasi kepada blogger tempatan bagaimana seorang insan bernama Danial boleh jadi jutawan dengan blog.
  14. Mengubah hidup orang daripada biasa-biasa kepada luar biasa.
  15. Meneruskan perjuangan prinsip MESTI.
  16. Mengikuti jejak langkah Dr. Azizan Osman.
  17. Menuntut ilmu setiap pelusuk dunia.
  18. Ingin bercuti dimana-mana sahaja bersama keluarga tercinta.
  19. Bersedekah 50% kepada golongan yang susah setiap kali dapat rezeki melimpah ruah.
  20. Mahu tunjuk kepada dunia orang Malaysia juga orang yang hebat.
  21. Dapat mengerjakan haji bersama keluarga.
  22. Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia.
  23. Membina satu plafom khas yang dimana menerima setiap Blogger Malaysia untuk meluahkan pandangannya.
  24. Menunaikan impian keluarga ku.
  25. Membina rumah idaman untuk keluarga ku.
  26. Menghafaz al-Qur'an.
  27. Mempelajari seni pertahanan diri Tai Chi.
  28. Sentiasa berdakwah sehingga nafas terakhir.
  29. Memberi tahu kepada dunia duit bukanlah segala-galanya.
  30. Menghapuskan kekejaman zionis.
  31. Menegakkan Islam.
  32. Memberi tahu kepada dunia, orang yang BERANI boleh berjaya.
  33. Menyatupadukan umat Islam.

Jikalau semua sebab ini saya dapat kecapi selepas mencapai cita-cita ku ini iaitu jadi "Jutawan Blogger Malaysia" pada usia 25 tahun. Alhamdulillah diucapkan kepada Ilahi keranaNya saya boleh terus menerus capai cita-cita ku ini.

Walaupun ianya agak mustahil tetapi saya memang nak juga. Nak juga dapat semua itu kalau ada kesempatan masa yang diberi. Insya Allah.

Yang paling penting. Kita MESTI ada tujuan hidup. Barulah hidup lebih bersemangat dan bertenaga. Walaubagaimanapun, mohon doa anda ya. ;-)

Setiap doa yang diberi akan dibalas dengan ganjaran pahala.
Aamiin. Ya. Rabb.

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

2 comments:

  1. gua doakan 33 sebab ini akan terlaksana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 34, belanja Tuan Titan makan cendol banting selama seminggu. :D

      Delete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim