Diakhiri Dengan Alhamdulillah

Alhamdulillah;

Alhamdulillah;

Alhamdulillah.

Kita masih lagi hidup di dunia ini. Hidup dengan penuh dalam keadaan selesa. Kita seharusnya perbanyakan ucap Alhamdulillah dalam kehidupan seharian kita supaya tidak lupa daripada Ilahi.

Supaya kita tanam sifat merendah diri.

Supaya anak-anak nanti boleh meneniru sikap kita.

Saya berkata-kata seperti sudah berkeluarga. Walhal saya sendiri juga masih belum membina masjid sendiri. Lama lagi untuk saya membina masjid sendiri.

Saya harus menunggu usia ku ini mencecah 40 tahun barulah hamba ingin bergelar suami.

Saya tahu ramai katakan kepada saya "Kenapa perlu kahwin lambat?"

Kerana saya nak mengembara seluruh dunia. Kerana hamba nak menghayati kekuasaan Allah S.W.T yang ada di dunia ini. Mudah-mudahan cita-cita saya tercapai jua.

Saya sering kali teringat dengan hadis ini;

Tidak ada doa yang lebih baik daripada meminta kesyukuran terhadap Allah S.W.T
Mungkin ianya kurang tepat tetapi mohonlah perbetulkan ;)

Saya rasa dan fikir lebih baik saya perbanyakan mengucap hamdalah daripada bernyanyi lagu jiwang setiap masa.

Jiwang dihati memang itu adalah perkara biasa bagi golongan remaja yang ingin masuk ke tahap dewasa.

Bila telah sampai ke tahap dewasa. Remaja pula ditinggalkan denga penuh kenangan manis serta pahit.

Ayatnya tidaklah memukau anda tetapi saya masih lagi berusaha untuk menulis ayat yang boleh menusuk kalbu anda.

Kalbu  dihatiku ini bagaikan kotak yang perlu diisi dengan ilmu tentang blog sehabis-habis yang mungkin untuk mencapai cita-citaku ini yakni "Menjadi seorang jutawan blogger Malaysia."

Itu adalah matlamat untuk kerjaya bagaimana pula dengan tujuan hidup kita?

Apakah tujuan hidup kita ini? Apakah dia? Kita harus tahu kerana ianya penting untuk akhirat.

Bila dicari-cari dan digali-gali. Akhirnya jumpa juga. Jumpa juga ayat yang boleh menyentuh kalbu anda. Insya Allah.

Untuk hidup sentiasa berdakwah kepada manusia, untuk hidup sentiasa dalam keadaan redha dan  rahmat Allah S.W.T dan untuk hidup memberikan keceriaan kepada alam.

Tidak semulia daripada anda sangkakan. Walaupun begitu saya tetap nak capai tujuan hidup ku ini.

Tujuan untuk menawan dunia dan akhirat. Seterusnya untuk hidup dalam redha Allah S.W.T yang sentiasa.

Ayatnya kurang selesa untuk dibaca. Memang begitu cara saya bercerita.

Bukanlah entri yang epik anda mahukan. Tetapi saya tetap menulis. Menulis kerana saya cinta akannya. Saya menulis kerana ianya adalah satu dakwah yang boleh mengubah hidup orang.

Menulislah wahai pembaca ku.

Memang kita tidak terlepas daripada aktivitinya tetapi berapa ramaikah yang berjaya menjadi seorang penulis yang berjaya?

Berjaya di mata dunia dan di mata akhirat.

Semoga sentri ini dapat memberi inspirasi kepada anda yang sudi membaca sehingga habis. Walaupun ada yang skip ayatnya.

Tidak mengapalah kerana ia adalah sifat manuisa yang suka akan pantas.

Sekadar itu sahaja dari saya.

Yang ikhlas,
Danial
Bakal Jutawan Blogger Malaysia!

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

2 comments:

  1. InshaaAllah bro.. tak apa kahwin lambat pun. yang penting cita2 kita tercapai dulu.. lain orang lain caranya kan? hehe.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2 :)

      Cita-cita paling penting. Kalaus sudah tercapai maka langkah seterusnya ialah dengan mencari wanita idaman kita sendiri.

      Saya macam tak percaya Tuan Boni Kacak sudi berkomen di blog peribadi saya. Saya dengan rendah diri ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana jadi orang yang PERTAMA yang berjaya meninggalkan jejak di blog ini ;-)

      Mudah-mudahan hubungan persaudaraan kita makin kukuh dan kuat!

      Delete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim