Kenapa Saya Selalu Tidak Datang Sekolah?

Kenapa?

Cikgu, adik-beradik dan rakan-rakan saya selalu tanya. Kenapa?

Saya selalu menjawab bangun lambat. Tetapi benarkah saya bangun lambat?

Ya, saya memang selalu bangun lambat disebabkan oleh....

Oleh....

Oleh.....

Sudah sampai masanya saya beri tahu kepada dunia kenapa dan mengapa saya selalu tidak hadir ke sekolah. Segala-gala penipuan selama ini akan dibongkarkan. Maka hari ini ialah hari bersejerah bagiku.

Aku akan tunjukkan segala rahsia yang aku pendam selama ini. Biarlah orang nak kata apa sekalipun. Yang penting. Orang dah tahu kebenarannya. KEBENARAN yang selama ini saya PENDAM!

Maka, Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Hamba-Mu ini mohon keluarkanlah segala rahsia yang hamba PENDAM selama ini.

#1: Kerana saya selalu tidur lambat


Setiap hari saya selalu tidur lambat. Bukan tidak bersenam tetapi sudah bersenam. Bukannya saya selalu tidur petang. Tetapi, kebiasaannya memang saya amat jarang tidur petang.

Mungkin bukan disebabkan semua itu. Mungin disebabkan pekara ini.

Puncanya ialah....

#2: Kurang makan


Saya memang kurang makan. Kenapa? Sebab rumah hamba ini memang tidak kaya dengan makanan yang berkhasiat. Saya memang tidak pernah ceritakan masalah ini kepada sesiapapun.

Kerana hamba tahu. Semua ini ujian yang diberi oleh Allah s.w.t untuk melihat sesabar manakah hambanya. Tetapi, rumah hamba kekurang makanan disebabkan.

Ayahku yang jarang membeli barangan rumah. Selalunya tahun lepas ayahku membeli barang rumah setiap minggu. Mesti beli. Akan tetapi disebabkan beliau selalu dikongkong dengan oleh isteri nombor 3 maka jarang-jaranglah beliau balik lalu tidak memberi nafkahnya.

Sebenarnya.... Beliau sudahpun memberi duit rumah kepada Ibuku. Akan tetap juga. Ibuku tidak membeli barangan rumah kerana beliau tidak tahu mengurus wang.

Memang kedua-dua insan tersebut kekurang ilmu pengetahuan tentang pengurusan rumah tangga. Bila masalah hadir maka mereka tidak menitik beratkan untuk menyelesaikan. Tetapi hanya lepas tangan.

Berdiam diri. Bila ditanya mana perginya. Di balas pula dengan suara yang kasar. Tetapi bila anak menekangkan suaranya. Takut dituduh anak derhaka. Maka diam adalah jawapannya.

Tetapi hari ini memang saya tidak mahu berdiam. Saya mahu menggunakan keistimewan yang telah diberi oleh Allah s.w.t dengan menulis pada blog. Biarlah sedunia tahu.

Barulah mereka sedar akan salah dan silap. Tambahan pula, bapaku memang jarang berada dirumah. Memang kami sentiasa kekurang kasih sayang ibu bapa.

Bapa dengan is3

Ibu dengan kekecewaan

Bila digabungkan maka anak-anak yang menerima sebab dan akibatnya.

Tidak hadir ke sekolah.

Makanan tidak cukup. Kenapa? Dugaan. Saya tidak salah insan tersebut. Tetapi bila perkara ini jadi berlarutan maka saya terpaksa ambil tindakan yang sewajarnya.

Sekarang ini. Cuma saya seorang sahaja anak yang masih lagi bersekolah tingkatan 5. Yang lain semua sudah ada kerjaya tersendiri.

Yang atas memang lepas tangan juga. Saya terpaksa menanggung seorang diri.

Tidak mahu cerita lebih panjang...

Saya tahu ini sebenarnya tidak boleh diceritakan kepada dunia. Tetapi saya harus belajar untuk melepaskan tekanan ini. Memang sudah lama berlarutan. Lama-lama jadi sakit jiwa sekiranya disimpan dalam peti lebih lama.

Akhir kata.


Marilah kita sama-sama berdoa agar mereka hidup dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya dan semoga mereka hidup kekal bahagia hingga ke akhirat.

Yang penting doalah kebaikan untuk mereka. Doalah supaya mereka sedar perkara ini sebenarnya bukan satu mainan. Saya tidak mahu mereka di seksa di sana nanti.

Walaubagaimanapun, semoga kita hidup sentiasa dalam rahmat dan redha Allah s.w.t.

Sejuta ampun dan maaf.....

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

No comments

Leave a Reply

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim