Redha Didahulukan, Memberi Diutamakan

Alhamdulillah.

Akhirnya, baru ku faham lagi jelas tentang 'Memberi'.

Sebelum ini sudah tahu, namun sering kali terlupa akannya.

Apabila kita mahu memberi, memberilah dengan hati yang redha: Yakni dalam keadaan syukur lagi penuh suka.

Sepertinya, memberi ketika hati kita benar-benar mahu menolong insan lain yang lebih susah. Dan pada ketika itu, hukum alam mula aktif lagi lancar.

Al kisah Insan Abdul Rahim Jadi Pengetua


Di kala sedang memandu pulang ke rumah, bapa ku singgah pasar di tepi jalan sebentar. Pada ketika itu, ada seorang insan yang berkeadaan kusut masai membeli barang mentah (sayur dan ikan).

Namun, selepas sahaja insan tersebut dapat barang yang dia mahu, lalu dia terus melarikan diri. Tidak membayar barang yang baru sahaja dipinta.

Terkejut seketika si penjual itu. Dan selepas itu, ayah ku yang tolong bayarkan untuk insan itu. Lalu, bapa ku jumpa pula insan yang melarikan diri tadi di tempat menunggu bas.

Semasa perjumpaan berlangsung bersama insan tadi, ayah ku memberi pula wang sebagai pertolongan untuk tambah bas (mungkin).

Pada ketika itulah kita sedang memberi dengan hati yang redha. Hati yang ikhlas. Hati yang murni.

Tidak lama selepas kejadian itu berlangsung (dalam 2 minggu), ayah ku mendapat tawaran naik pangkat untuk jadi Pengetua. Allah hu akbar.

"Apa yang kita beri, itu yang kita dapat (malah lebih lagi)"

Daripada Penulis Berautoriti


Adapun cerita ini kurang jelas, kerana ku dalam keadaan yang lebih mengantuk. Tetapi andai saudara mahu lebih memahami dan mendalami tentang keajaiban 'Memberi': 3 eBook di bawah amat membantu saudara untuk lebih memahaminya.

Ebook memberi:

Segala puji bagi Allah, terima kasih atas segala-galanya.

Senyuman mu amat bermakna ketika membaca.

Kerana ia memberi motivasi lagi inspirasi kepada ku pabila menulis. Nescaya dunia lebih aman makmur.

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

No comments

Leave a Reply

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Danial Abdul Rahim