Kejahatan yang Semakin Lali


Apa yang sedang berlaku kepada diriku yang sebenarnya?

Melakukan kejahatan seperti perkara biasa, sedangkan itu semua adalah salah di sisi Allah. Kenapa ini boleh berlaku?

Kerana terpengaruh dengan TV. (Mungkin)

Atau kerana hati mu telah dikawal oleh nafsu?

Tidak mungkin, cuma... Ada sesuatu yang membuatkan ia jadi lali. Jawapannya merujuk kepada sikap kamu sendiri. Kamu sendiri yang memilihnya. Jangan pernah salahkan sesiapa pun.

Kamu tahu dan tahu, hanya diri sendiri menentukan apa yang terbaik atau terburuk.

Fikirkan dengan penghayatan yang penuh visual, nescaya dapat merasai maksudnya.

Tanggungjawab


Andai semua insan di dunia ini bertanggungjawab, nescaya tiada sedikit pun kekotoran yang wujud dalam dunia ini. Nescaya dunia teraman makmur. Kuasa tanggungjawab adalah hebat.

Memandang rendah akannya menyebabkan kita jadi insan yang kalah dari setiap sisi. Kalah dalam melakukan kerja yang seharusnya dilaksanakan. Namun, sikap negatif mula mengawal diri sendiri.

Pelik Tetapi Benar


Kadang-kadang, 'gedik' itu menjadi budaya yang lazim di kala masa kini. Bagi golongan itu tiada apa ditafsirkan sebagai mengada-ngada. Mereka menulis, namun menggunakan perkataan yang rendah tarafnya, lalu siapa bila mahu maju?

Kadang-kadang, terfikir juga, "Mereka ini ada maruah atau tidak?"

Penulisan mengambarkan secara tulus bagaimanakah sikap si penulis itu. Nescaya, insan asing memandang pelik lagi merendahkan negara kita.

Bangga Kepada Diri Sendiri


Adapun dia sendiri memberi nasihat tentang bersikap mulia, namun dia sendiri (mungkin) ter-riak. Sungguh pun begitu, memuliakan insan lain dapat meningkatkan imej kita bertambah autoriti.

Bayangkan, sekian insan yang blogger menyakan soalan ini, "Tuan, kenapa alexa rank blog saya tiba-tiba jatuh menjunam?" Lalu menulis artikel penyelesaian istimewa untuk beliau.

Secara tidak langsung, orang yang mengajukan soalan kepada kita tadi bertambah suka semakin setia. Nescaya beliau sendiri kongsikan aritkel penylesaian itu dengan rela hati.

Sentuhan Hati Secara Lateral


Dari hati melekat ke hati, itulah teknik paling efektif dalam sejarah bagaimana membuat pembaca mencintai penulisan kita.

Bak kata Tuan Ahmad Faizal a.k.a Encik Titan,

"Tulis dari jiwa."

Andai jiwa kita bersih, nescaya menulis dari hati semakin mudah.

Sikap adalah asas segala kejayaan.

Manusia paling berjaya memperkukuhkan tanggungjawabnya.

Golongan internet kini mengalami sindrom bahasa SMS yang merendahkan martabat.

Lalu, "Dah Nak Dekat" hari kiamat.

Fakta atau auta itu terpulang yang maha Mengetahui.

Hanya mampu berserah, hanya mampu tunduk, hanya mampu positif.

Write. In. Dark.

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

11 comments:

  1. ko tulis masa tengah blackout ke nih??

    area mana rumah hang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah di Ipoh berhampiran SMK Wira Jaya.

      Tidaklah, memang selesa bila menulis dalam gelap, barulah artikelnya lebih hebat daripada Encik Titan.

      Hehe. :P

      Delete
    2. tulis lebih banyak kat blog senibinablog tu.

      hang ada bakat. Mungkin ada orang tak pandang hang. Tapi sekurangnya, aku akui hang ada bakat menulis.

      Nasihat aku, "Gunakan pada tempat yang sesuai dan tepat untuk kembangkan bakat hang.

      Insya-Allah, cita-cita hang akan tercapai. Amin.

      Ps: Mak aku tak bagi tulis dalam gelap. Dia marah. Haha..


      Delete
    3. Masya-Allah, terima kasih banyak-banyak Tuan Titan kerana sudi kongsikan artikel ini dan beri nasihat yang bernilai.

      Baiklah, saya ikut nasihat yang lebih berpengalaman. :-)

      PS: Bila gelap otak baru boleh fokus pada menulis. Haha.

      Delete
  2. seronok baca entri ni..sempoi dan bersahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih!

      Tuan Hafiz juga lebih sempoi bukan? ;)

      Delete
  3. bagus semua nya dalam entri ini, walau bersahaja tetapi memang banyak pengisian.. memang nampak sangat dari hati entri ini.. Waahhh memang betul kata Titan, memang berbakat besar dalam penulisan, memang boleh cari duit lebih ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. :D

      Saya akan cuba buat sedaya upaya mungkin.

      Nescaya, saya dapat belanja Tuan Irwan makan cendol banting nanti.

      Delete
  4. Penulisan yang amat mengkagumkan, huhu terbaik semoga perkembangkan lagi network nanti ramai akan kenal dan cita-cita pasti tercapai

    ReplyDelete
  5. Terbaik...
    pengisian yang padat walaupun rigkas..

    ReplyDelete
  6. Wow! Syabas, teruskan berblogging :)

    ReplyDelete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim