[Adab] Nota - Adab Bermusafir

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 5 Adab - Adab Bermusafir

1) Pengertian dan Takrif Musafir

Melakukan perjalanan dari suatu tempat ke suatu tempat lain yang melebihi daripada dua marhalah(90KM) dengan tujuan baik.

2) Hukum Bermusafir

  • Wajib - Orang Islam yang mampu menunaikan Haji di Mekah.
  • Sunat - Menziarahi Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid al-Aqsa dan menziahari keluarga serta orang sakit.
  • Harus - Bermusafir ke mana sahaja dengan tujuan yang diharuskan oleh syarak.
  • Makruh - Bermusafir tanpa tujuan dan matlamat.
  • Haram - Ke tempat-tempat maksiat atau ke pesta maksiat.

3) Adab-adab Bermusafir


SEBELUM

  1. Berdoa memohon petunjuk;
  2. Menyediakan keperluan asas;
  3. Berniat untuk kebaikan.

KETIKA

  1. Melantik seorang ketua;
  2. Mengucapkan selamat tinggal;
  3. Berdoa ketika menaiki kenderaan;
  4. Disunatkan mengerjakan sikat sunat musafir dan membaca doa musafir.

SEMASA

  1. Mengerjakan solat secara jamak atau qasar atau kedua-duanya sekali;
  2. Tidak merosakkan alam sekitar;
  3. Sentiasa mengikati Allah s.w.t.

4) Hikmah Bermusafir

  1. Memperoleh keberkatan dan keselamatan daripada Allah s.w.t;
  2. Terhindar daripada perkara maksiat dan kejahatan;
  3. Dapat menjalinkan hubungan silaturahim dan saling hormat menghormati;
  4. Alam sekitar tidak akan tercemar.

5) Implikasi Tidak Beradab Semasa Bermusafir

  1. Terlibat dengan perkara yang tidak diingini;
  2. Terdedah kepada maksiat atau kejahatan;
  3. Jiwa tidak tenteram;
  4. Perjalan tidak lancar kerana ditimpa dengan pelbagai masalah.

Sumber/Rujukan: Adab Tingkatan 5, Adab Bermusafir

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim