Nota Akidah Pendidikan Islam Tingkatan 5: Iman Mutiara Hidup

Pengertian dan Maksud Iman

Maksud dari segi BAHASA: mengiktiraf @ mengakui @ membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya @ percaya.

Maksud dari segi ISTILAH: Membenarkan dengan hati, mengikrar dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota badan terhadap syariat Allah s.w.t.






Iman Boleh BERTAMBAH dan BERKURANG

Apakah Amalan Yang Boleh Menambahkan Keimanan?

  1. Banyak mengerjakan ibadat-ibadat sunat seperti solat dan puasa;
  2. Mengerjakan qiamuallail;
  3. Menambahkan ilmu pengetahuan;
  4. Berzikir kepada Allah s.w.t;
  5. Banyak mengerjakan amal soleh seperti sedekah dab membantu golongan fakir.

Perbuatan yang Boleh Mengurangkan Iman

  1. Malas melakukan ibadat;
  2. Melakukan kejahatan dan maksiat;
  3. Melanggar hukum syarak;
  4. Gemar melakukan perbuatan sia-sia.

Ciri Ciri Orang yang Bertambah Iman

  1. Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah s.w.t dan rasul-Nya;
  2. Sentiasa berzikir;
  3. Banyak melakukan ibadat sunat;
  4. Sentiasa bersyukur terhadap Allah s.w.t.

Kemanisan Iman

Maksud Kemanisan Iman

Berasa gembira melakukan ibadat, sanggup menanggung kepahitan demi mendapat keredhaan Allah s.w.t dan rasul-Nya melebihi harta benda dunia.

Cara Mendapatkan Kemanisan Iman

  1. Cintakan Allah dan rasul-Nya melebihi segalanya;
  2. Mengasihi sesama manusia kerana Allah S.W.T;
  3. Benci kepada kekufuran dan kejahatan.

Kelebihan Mendapat Kemanisan Iman

  1. Merasai nikmat beribadat;
  2. Berakhlak mulia;
  3. Dikasihi oleh Allah S.W.T;
  4. Melaksanakan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah.

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim