Bagi saya jelaskan satu per satu dahulu.

Format dan install windows adalah 2 perkara yang berbeza.

Tetapi, zaman sekarang kita faham yang format windows itu dimaksudkan format dan install windows. Dan ada sesetengah orang tahu format windows sahaja, tetapi tidak tahu apa yang perlu buat selepas format windows.

Jadi, hari ini saya nak kongsikan bagaimana saya install windows.

PS: Andai saudara tidak tahu bagaimana mahu format windows, mohon tanya Pak Cik Google ya. Nescaya dapat jawapannya ;)

1. Install Driver Dahulu


Paling penting.

Sebab driver ini ialah plugin untuk setiap komputer. Dan untuk lebih mudah faham saya bagi satu analogi.

Orang adalah komputer dan pakaian yang sedang dipakai itu ialah driver. Jadi,

Orang = Komputer

Driver = Pakaian

Cuba bayangkan, orang tidak berpakaian. Apa yang anda lihat? Hehe ;)

Kebiasaannya, 'mereka' suka download dan install driver satu per satu. Dan ini mengambil masa yang lama serta mengurangkan waktu rehat kita. Bahkan ia mempercepatkan quota internet kita habis.

Jadi, saya mencari dan terus mencari all in one driver untuk semua komputer. Maka usaha saya tidak sia-sia. Saya jumpa WanDRV atau Easy Driverpacks.

Software Easy Driverpacks ini berasal daripada China. Namun, software-nya dalam BI. Jadi, kita tidak sukar untuk menggunakannya.

Contoh user interface WanDRV



Bagaimana untuk Menggunakan Easy Driverpacks (WanDRV)


1. Tahu apakah jenis windows saudara dahulu. (Contoh, Windows 7 64-bit)

2. Download Easy Driverpacks di: WanDRV.com (Contoh, WanDrv_5.32_iTianKong.com_Win7_x64.zip)

PS: Di laman Baidu, right-click pada file berkenaan dan klik "Perkataan" itu dan download.



3. Extract dan open exe file yang bernama, WanDrv.

4. Right-click dan "Run as administrator". (Kalau saudara guna Win XP, skip ini)

5. Klik Start(S), di bahagian atas kanan.

PS: Untick dahulu "Use Website Navigation for IE Start Page".

6. Klik "Extract and intall drivers (I) [Recommend]".

7. Tunggu sehingga driver habis extract dan install.

8. Restart dan siap :D

Daripada Penulis yang Berinspirasi


Saya buat sampai di sini dahulu ye, sebab tangan kanan ku berasa lenguh. Mungkin disebabkan banyak menulis. (Maklumlah nak dekat SPM)

Jadi, andai saudara ada apa-apa masalah: Boleh komen di bawah.

Dan selepas ini (Dengan izin Allah), saya sambung lagi.

To-do-List:
1. Install Driver WanDRV [DONE]
2. Install Antivirus
3. Install Web Browser
4. Install All in one plugin
5. lagi...

Saya doakan saudara serta keluarga kaya, berjaya dah bahagia selalu ^_^

Ingatlah: Sebaik-baik manusia adalah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain


Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim