Give it away!
Ketika itu, saya sedang baca buku The Greatest Money-Making Secret in History! karya Dr. Joe Vitale.

(Bukunya memang seronok, sungguh berinspirasi dan amat mudah untuk difahami.)

Tiba-tiba, tanpa berfikir panjang saya buka dompet. Ambil RM 5 terus beri kepada kakak saya ketika itu sedang masak magi di dapur.

Lalu kakak ku ucapkan terima kasih.

Dia pun pelik, saya lagi pelik.

Magi sudah siap, makan sambil membaca buku Dr. Joe Vitale.

Selepas beberapa minit, saya buka Facebook untuk lihat apa yang terbaru.

Tiba-tiba ada orang PM saya, "Salam Tuan Danial, ada buat servis blog ye?"

Saya pun balas, "Wasalam ,ada :)"

Bincang dan bincang sehinggalah beliau terus bayar servis saya tanpa buat kerja dahulu. Terkejut dibuatnya.

(Saya selalu buat kerja dahulu baru bayar.)

Tak sangka saya dapat pulangan yang sangat cepat dan mudah.

Tetapi bagaimana saya boleh buat begitu? Apakah rahsianya? Kalau saya tahu rahsianya, mesti saya boleh buat lagi.

Rahsia Disebalik Memberi

Apabila saya sudah baca buku The Greatest Money-Making Secret in History! barulah saya faham kenapa saya dapat duit dengan mudah.

Kuncinya: Kalau kita nak duit, beri duit.

Dan kunci memberi ialah: Jangan TERLALU mengharapkan pulangan selepas memberi.

Itulah saya suka buat dahulu. Selepas sedekah di Masjid, saya selalu fikir bila saya akan dapat balik duit yang saya sedekah itu.

Kalau saya berfikir begitu, itu namanya bukan memberi tapi melabur. Kalau nak melabur jangan memberi.

Ia dua perkataan yang berbeza maksudnya. Apabila kita memberi, niat utama adalah untuk membantu. Memberi bantuan dengan ikhlas yakni pemberian yang langsung tidak mengharapkan balasan.

Itulah baru maksud memberi yang sebenar.

Memberi yang sebenar = Memberi tanpa mengharapkan balasan.

Bahagian Paling Penting Ialah...

Perasaan kita SEMASA memberi.

Maksud saya ialah: Semasa kita nak memberi itu, apa yang kita rasa? Rasa terpaksa? Rasa tak cukup duit? Rasa nanti duit habis? Rasa risau? Atau rasa seronok?

Andai perasaan kita semasa nak memberi negatif yakni rasa tak cukup duit, terpaksa dan seumpama dengannya, maka jangan memberi langsung.

Sebab pemberian tersebut tak ikhlas, lebih jelas: Tak ikhlas nak membantu betul-betul.

Jadi, memberi apabila kita rasa betul-betul seronok dah ikhlas.

Kenapa saya beri RM 5 dapat balik RM 50 kurang 30 minit? Sebab semasa saya beri RM 5 kepada kakak saya, hati saya sangat gembira.

Itulah rahsianya. :)

Nota: Saya bukan nak menunjuk yang saya ini hebat atau sebagainya. Niat saya hanyalah untuk berkongsi agar kita lebih berinspirasi untuk memberi lebih banyak.

Daripada Penulis

Allah itu maha adil. Kita beri dengan hati yang ikhlas, dapat pulangan yang ikhlas.

Kita beri dengan hati yang terpaksa, dapat pulangan yang terpaksa.

Dan dunia ini penuh dengan keberkatan yang berlimpahan (Abundance).

Duit kita tidak akan habis kalau beri segala-galanya yang kita ada.

Kalau tak percaya, baca buku The Greatest Money-Making Secret in History!

Barulah anda akan faham.

Download di sini (100% Percuma): The Greatest Money-Making Secret in History!

Have fun. :-)

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim