Sebuah gambar kata-kata mutiara yang berinspirasi.
`Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh kepada pembaca yang dirahmati Allah.

Segala puji bagi Allah, dengan izin-Nya saya dapat menulis sehingga ke hari ini. Alhamdulillah!

Pertama kali saya membaca buku The Success Principles ediis Bahasa Melayu sungguh memukau. Sangat bermotivasi. Pada ketika itu saya amat berenergi.

Bahkan setiap perkara yang dilakukan sungguh POSITIF!

Bayangkan, betapa hebatnya pengaruh kata-kata Uncle Jack Canfield. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Maka, saya sempat salin 5 petikan dalam buku The Success Principles. Dengan izin Allah, kata-katanya memukau!

5 Koleksi Terbaik


"Duit seperti baja. Sekiranya Kamu menebarkannya ke sekeliling kamu, maka ia membantu membawa kebaikan. Namun sekiranya ia disimpan di satu tempat sahaja, baunya menjadi busuk."
-Junior Murchison.

Maksudnya sungguh mendalam. Dan memang benar kata-katanya.

Cuba anda bayangkan. Ada satu pokok ubi. Pokok itu bersaiz sederhana. Dan anda ingin membuatnya menjadi lebih besar daripada biasa.

Jadi, mesti anda akan potong satu dahannya. Maka, dalam masa beberapa hari, dahan itu mula bercabang 2.

Itulah maksudnya.

Apabila kita memberikan wang kepada orang dengan ikhlas maka duit kita makin bertambah banyak. Malah memberi wang dengan ikhlas dapat menanam sikap pemurah.

Lama-kelamaan, hidup kita lebih bahagia. Kerana duit yang kita beri memberi kesenangan kepada kehidupan orang lain.

Jom bersedekah dan berzakat :D

Memang benar kata-kata Jack Canfield pula:

"Kesanggupan berkongsi kemewahan menghasilkan lebih banyak kemewahan. Cubaan membolot semuanya seorang diri hanya menyempit laluan rezeki"
-Jack Canfield.

"Kamu boleh mendapatkan apa sahaja yang kamu di dunia ini sekiranya kamu bantu orang lain mendapatkan apa yang mereka mahu."
-Zig Ziglar.

Hukum Allah memang mudah lagi senang diamalkan. Kita beri penyelesaian masalah kepada orang, Allah akan menyelesaikan masalah untuk kita.

Kita beri duit kepada orang, Allah akan beri duit kepada kita(Bukan turun dari langit, mungkin bentuk pemberian berbeza sedikit).

Bak kata Ustaz Azhar Idrus, "Mu sedekah 5 tahun lepas, dan tiba-tiba mu kemalangan. Tetapi yang peliknya mu tidak ada apa-apa kecederaan pun."

Allah menyelamatkan kita dengan penuh ajaib. Sesungguhnya kekuasaan Allah memang benar-benar terbukti.

"Banyak membaca ataupun menghafal tidak dapat menjadikan kamu berjaya dalam hidup ini. Kefahaman dan mengaplikasikan fikiran bijaksana yang lebih utama."
-Bob Proctor.

Anda mungkin seorang yang jarang bersedah. Dan mungkin anda mengalami masalah kewangan yang serius. Maka apa yang perlu anda lakukan ialah keluar daripada zon masalah itu.

Persoalannya bagaimana? Bersedekahlah jawapannya.

Bagaimana bersedekah? Mudah sangat. Mula bersedekah RM1 bersama niat yang ikhlas. Bukan untuk mengharapkan balasan.

Saya dahulu bersedekah sangat berharap agar dapat balasan duit. Memang berharap sungguh-sungguh. Tetapi saya terfikir sejenak, "Kalau aku bersedekah sebenarnya untuk apa?"

Pada ketika itu, baru saya faham, bersedekah untuk membantu. Bukannya bersedekah untuk mengharapkan balasan. Allah sebenarnya sudah beri balasan pahala, cuma kita tidak nampak.

"Mula-mula kamu hanya perlu terjun dan sayap kamu akan mula terbentuk semasa turun ke bawah."
-Ray Bradbury

Kita hanya perlu percaya, yakin dan bersangka baik. Apabila kita fokus terhadap kebaikan dan kejayaan, maka itulah yang kita dapat.

Lagi tinggi kepercayaan dan keyakinan kita terhadap kejayaan, lagi cepat kita capai kejayaan.

Plan Tindakan


Muat turun eBook PERCUMA Keajaiban Menulis 101 Impian oleh Insyirah Azhar.

Baca. Faham. Praktik.

Visi saya untuk artikel kali ini adalah dapat 100 komen yang positif serta 10,000 orang baca sehingga habis.

Dengan izin Allah ia berlaku!

Salam sukses selalu
-Danial Abdul Rahim

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim