Bismillah.

Kisah ini adalah daripada pengalaman saya sendiri.

Dan ia bukanlah rekaan, dan ia juga bukanlah tipu.

... Siapa sangka, dengan sedekah RM10 sahaja sudah dibalas dengan jam tangan baru dan external hard disk dalam hari yang sama.

Masya-Allah.

Yang peliknya, bagaimana saya boleh dapat 2 rezeki yang berkat dalam hari yang sama? Apakah 'rahsianya'?

Maka, baca lagi..

Al kisah Sedekah RM10


Pada jumaat yang lalu, masa ku hendak solat jumaat.

Saya sedekah di masjid RM10 ringgat. Di kala itu, hati tenang-tenang sahaja dan niat di hati pahala sedekah ini disedekahkan pula kepada kedua ibu bapa ku.

Alhamdulillah, solat jumaat berakhir dengan lancar.

Selesai sahaja solat jumaat, pulang ke rumah. Dan semasa di rumah kakak ku ajak pergi ke AEON terbaru di Station 18, Ipoh. Maklumlah, kakak ku baru sahaja dapat gaji.

Pergi bersama bapa dan kakak ku ke AEON Station 18.

Semasa dalam AEON, kakak ku bertanya, "Nak jam baru tak? Akak belanja". Dan saya membalas, "Wah.. betul ke ni?"

Dengan muka bersahaja, kakak ku membalas dengan serius, "Betul". Alhamdulillah rezeki.

Pusing satu AEON. Tidak ketemu lagi jam tangan yang ku mahu. Saya mahu jam tangan digital dan berpatutan harganya. Namun, masih lagi dalam pencarian.

Perut sudah lapar, maka berehat seketika di Food Court.

Alhamdulillah, satu lagi rezeki.

Lalu, selepas makan, sambung lagi mencari jam tangan digital.

Dan akhirnya, jumpa juga jam tangan digital yang berpatutan harganya lagi menggiurkan. Jenama jam tangan itu Smash. Saya tidak ingat sangat berapakah harganya. Tetapi lebih RM100 kurang RM150.

Satu lagi rezeki, alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Pulang ke rumah.

Dan semasa di rumah pula, ayah ku menawarkan, "Abah ada external lebih, ambillah satu. Dalam kereta abah."

Saya membalas, "Eh? Betul ke ini?"

Dipendekkan cerita, saya dapat external hard disk 80GB daripada pemberian ayah ku.

Rezeki yang berlimpahan pada hari yang sama.

Syukur alhamdulillah. Terima kasih Allah, terima kasih kakak dan terima kasih ayah.

...

Begitulah ceritanya, tiada apa yang istimewa sangat, namun kelancaran rezeki ini adalah selepas membaca dan mengamalkan 9 Formula Pantas Seru Rezeki.

Kelihatannya, eBook Seru Rezeki ini memang benar-benar terbukti berkesan. Pada awalnya, memang saya kurang mempercayai. Tetapi selepas membaca kesemua testimonialnya, barulah saya lebih mempercayai.

Lalu tanpa ragu-ragu lagi, terus beli eBook 9 Formula Pantas Seru Rezeki.

Jadi, adakah anda juga mahu beli ebook ini? Kalau berminat dan mahu seru rezeki dengan pantas, maka belilah eBook ini. (Saya tidak paksa anda ya)

Sebuah gambar 9 Formula Pantas Seru Rezeki yang ditulis oleh Insyirah Azhar


Daripada Penulis: Ilmu, Iman Amal


Sebelum ini, saya ada menghadiri satu program yang telah dianjurkan oleh PPD Ipoh, Perak. Saya kurang pasti apakah programnya, namun ia berkaitan dengan sahsiah pelajar.

Hanya orang yang terpilih sahaja dapat pergi ke program itu. Dan alhamdulillah, walaupun ia percuma, sedikit sebanyak saya dapat ilmu daripada penceramah yang petah berbicara.

Penceramah itu ada sebut: Ilmu, Iman, Amal.

Ilmu = Tahu


Mula-mula memang kita tidak tahu apa itu rezeki. Bagaimana rezeki berfungsi. Apakah yang menyebabkan rezeki kita tersekat.

Bagaimana kita boleh langsaikan hutang dengan sedekah (Dalam eBook 9 Formula Pantas Seru Rezeki ada kongsikan rahsianya).

Dan bila kita sudah tahu, ia bermakna kita sudah dapat ilmu tentang rezeki. Alhamdulillah.

Bak kata Dr. Azizan Osman,

"Kunci untuk kuasai dunia ialah: Siapa tahu lebih"

Iman = Percaya


Apabila kita sudah tahu, dan banyak mengetahui tentang rezeki. Maka kita perlu percaya (iman) dengan ilmu yang kita miliki.

Barulah ia memberi impak yang positif.

Amal = Tindakan


Pengatahuan yang mendalam sudah kita ada. Kepercayaan yang kukuh sudahpun kita ada juga.

Namun, tanpa tindakan semuanya sia-sia. Tanpa usaha adalah sia-sia. Kita perlu beramal dengan ilmu yang kita ada, barulah menjadi. Kalau tidak, tingal anga-angan.

...

Akhir kata, bacalah eBook ini seandainya anda mahu menjemput rezeki dengan lebih pantas.

Dengan lebih deras.

Dengan lebih berkat.

Nescaya dunia lebih inspirasi aman makmur.

Astagfirullah.

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim