Kejayaan yang Sebenar

Basmalah, Alhamdululillah...

Syukur terhadap Ilahi kerana limpah rahmat-Nya saya masih diberi peluang untuk kekal hidup di hari ini.

Walaupun permulaannya agak merepek. Tetapi percayalah, percayalah kita boleh berjaya pada suatu hari nanti.

Mereka bertungkus-lumus untuk menyiapkan segala urusan di dunia ini dan terlupa ada akhirat.

Apa kata kita rehat sebentar dan renung kembali apakah Kejayaan yang Sebenar yang mahu capai?

Kejayaan atau Kemasyuran


Kedua-dua mempunyai pro dan kontra tersendiri. Itu bukanlah topik yang diperdepatkan.

Bila ditanyakan kepada diri kita, "Apakah sebenarnya aku kejar dalam dunia ini?"

Ramai yang tidak berjaya untuk menjawabnya.

Tarik nafas, tenangkan minda. Biarlah angin malam memberi inspirasi kepada kita. Fikir-fikirkanlah dengan baik. Kita tahu ia agak pelik.

Tetapi ramai dalam kalangan kita tidak tahu apakah mereka kejar sebenarnya. Mereka hidup bangun pagi, mandi, solat, sarapan dan seterusnya anda tahu apa yang terjadi.

Itu bukanlan perkara yang kita mahukan. Kita mahu sesuatu yang membuat diri kita merasa nikmat alam ini.

Serapkan habit kesyukuran dalam diri kita, maka Allah akan beri lebih.

Lebih dan lebih. Lagi kita syukur lagi lebih.

Syukur sahaja tidak mencukupi untuk berjaya. Kita mesti harus ada MENTOR, ILMU, SISTEM dan TINDAKAN. Maka kejayaan adalah hak milih kita.

Ada keempat-empat syarat itu maka kita boleh membentuk dunia yang berinspirasi.

Kebanyakkan mereka tidak tahu tentangnya. Ia sudah menular pada dunia. Tetapi ramai yang membiarkan inspirasi itu. Sungguh kesian...

Perkara yang baik dipandang sebagai perkara yang keji dan begitu juga sebaliknya.

Kejayaan itu Ada Dalam Diri Kita


Kita mahu berjaya? Ya! Semua orang mahu.

Tetapi bagaimanakah caranya? Bagaimana untuk menjadi orang yang berjaya?

Cuba anda tanya soalan ini pada diri anda, "Apakah maksud kejayaan bagi saya?"

Cuba jelaskan kepada diri sendiri. Bagi saya kejayaan adalah tidak lain dan tidak bukan. Takrifnya ialah....

Banyak memberi jasa kepada Alam.

Itulah kejayaan yang SEBENAR bagi saya. Lagi banyak kita memberi jasa kepada dunia ini, lagi hebat kejayaan kita.

Tetapi bagaimana pula nak memberi jasa kepada dunia? Dengan apa?

Dengan keistimewaan tersendiri...

Cari dan gali. Kenali potensi sebenar diri anda. Mesti ada. Mesti ada. Saya percaya setiap manusia dilahirkan di dunia ini ada kehebatan tersendiri.

Tetapi tidak ramai menggunakan keistimewaan tersebut... Tidak ramai. Hanya segelintir sahaja yang tahu.

Tahukah anda? Kita diajar sejak dari kecil lagi untuk mendapat segulung izalah. Selepas itu jadi pengangur...

Kenapa jadi begitu? Kerana desakkan keadaan. Keadaan sekeliling kita mengajar kita supaya jadi itu. Tidak lain dan tidak bukan. Mesti jadi itu.

Kalau dilanggar lain jadinya. Pelik jadinya. Bila lepas SPM tidak tahu nak ambil apa. Itulah masalah sebenar kenapa kebanyakkan orang di Malaysia menganggur.

Wal hal perkara ini boleh dicari dan ditemui sejak bayi lagi. Sudah tertulis.

Cuma kita dipaksa menjadi yang lain. Yang lain lagi bukan diri kita. Kenapa?

Kerana pengaruh sejarah silam. Tetapi itu bukan alasannya. Kita boleh mengubah siapa diri kita.

Apa kita mahu jadi lagi 5 tahun akan datang. Adakah pada hari tua kita bergoyang kaki sahaja? Pada masa itu hidup susah tiada gunanya lagi.

Tiada energi. Tiada cahaya dalam diri. Dunia gelap gelita.

Jadi, hiduplah wahai hamba Allah. Hiduplah! Nafaslah. Nafaslah.

Hargai setiap nafas yang kita ambil...

Tenangkan minda.....

Akhir Kata Daripada Penulis


Disiplin mesti ada dalam diri.

Konsisten juga adalah kunci keyaan.

Seterusnya tetapkan PAPAN VISI.

Selepas itu, kerah  segala-gala energi dalam diri kita untuk mencapai papan visi tersebut.

Jangan pedulikan apa orang kata. Biarlah mereka mencaci kita. Sedangkan mereka adalah golongan "biawak-biawak".

Buat, buat dan buat.

Kerja, kerja dan kerja.

Dan akhirnya, seorang lagenda muncul...

Yang dikagumi ramai. Dikatakan orang paling berjaya di dunia ini.

Namanya akan ingat sampai bila-bila!

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

2 comments:

  1. Semoga kejayaan kita menjadi pencetus semangat orang lain untuk mengikutinya. Jadikan kejayaan orang lain sebagai perangsang untuk terus berusaha, bukannya merosakkannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sekali. Apabila hidup kita dipenuhi dengan orang-orang yang hebat, maka nak tak nak kita juga "terpaksa" menjadi salah seorang daripada mereka.

      Terima kasih Tuan Kamil Salleh kerana sudi memberi komen yang berinspirasi. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati keluarga Tuan Kamil Salleh :)

      Sukses!

      Delete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim