Spiritual: Rahsia serta Fadhilat Bersugi

Bersugi

Apabila disebut, ramai yang tidak mengamalkan amalan tersebut.

Walaupun sebenarnya kita sudah tahu bahawa bersugi banyak memberi manfaat dan fadhilat dari segi spiritual serta kesihatan.

Sememangnya ia adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW.

Bersugi, menggosok gigi atau bersiwak ialah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

Hukum Bersugi

Sunat - Bila-bila masa. Tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan solat, ketika henda membaca Al-Quran dan ketika berubah bau mulut.

Makruh - Orang yang berpuasa. Tidak kira sama ada puasa fardhu(Ramadhan) atau puasa sunat selepas gelincir matahari(waktu zuhur)

Hadis Tentang Bersugi

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Kalaulah tidak memberatkan bagi umatku, maka aku akan menyuruh mereka untuk bersiwak setiap kali ingin mendirikan solat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Bersiwaklah (dalam berus) sisa-sisa makanan antara gigi-gigi kerana (membersihkan sisa-sisa makanan semacam itu) termasuk kebersihan dan kebersihan itu membawa kepada iman dan iman itu bersama-sama pemiliknya di syurga." (Hadis riwayat at-Tabrani)

Fadhilat(Kelebihan) dan Kebaikan Bersugi

Secara amnya kita dapat lihat bersugi membolehkan kesihatan gigi kita sentiasa dalam kedaan yang bersih lalu kadar peratusan untuk mendapat penyakit adalah kurang berbanding dengan orang yang tidak bersugi.

Dari Aisyah r.a. "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya". ( Hadis Riwayat Al Baihaqi )

Menurut Iman Syafie, bersugi juga dapat menajamkan akal fikiran.

Para ahlul kulum menghitung fadhilat bersugi iaitu sebanyak 70 fadhilat.

Antaranya ialah:
  • Membersih dan mencegah bau busuk serta mewangikan mulut;
  • Allah SWT dan MalaikatNya menyukai orang yang bersugi;
  • disukai Allah dan dibenci oleh syaitan;
  • Menguatkan gusi;
  • Mencerahkan mata.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi." ( Riwayat Muslim )

Al-Sharbini menyebut di dalam kitab Mughni al-Muhtaj bahawa siwak dapat:
  • Membersihkan mulut;
  • Memutihkan gigi;
  • Mengelokkan ketawa;
  • Menguatkan tulang belakang;
  • Menguatkan gusi;
  • Melambatkan tua (Uban);
  • Mengelokkan akhlak;
  • Menajamkan kebijaksanaan;
  • Menambah pahala;
  • Memudahkan nazak;
  • Mengingatkan syahadah ketika hampir mati.

Teknik dan Cara Bersugi yang Betul

Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.

Sunat - Menggosok melintang gigi.

Makruh - menggosok membujur gigi kerana merosakkan gusi dan berdarahnya.

Daripada Penulis

Kalau hendak diceritakan lebih lanjut memang boleh buat satu buku khas untuk bersugi. Apa yang pasti ialah bersugi dapat memberi terlalu banyak kelebihan kepada kita.

Kita seharusnya mesti berusaha untuk bersugi walaupun sehari sekali. Saya tahu anda seorang yang kuat berkerja. Tetapi bersugi adalah amalan seharian yang penting.

Memang seluruh dunia mahupun saintis terkemuka menganguk kepala apabila ditanya tentang bersugi dapat memberi kelebihan.

Selepas sahaja saya membaca aritkel dari blog Asyrof Asri iaitu 5 Petua Imam Syafie – 20 Nasihat Beliau Wajib Ambil Tindakan, kini saya lebih ringan tulang untuk bersugi.

Terima kasih kepadanya dan terima kasih kepada Allah kerana sudi membuka pintu hati saya untuk bersugi. Alhamdulillah :)

Jadi, apa yang anda fikirkan? Sudah bersugi ke belum? Kalau belum pergilah bersugi. 5 minit sahaja atau kurang daripada itu.

Sabda Rasulullah SAW: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya". (riwayat Malik)


Sumber/rujukan: Halaqah dan lain-lain

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

1 comment:

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim