Siang.....

Menjadi malam...

Malam.....

Menjadi siang...

Dunia telah hilang. Hati telah hilang. Jiwa tidak dapat merasa.

Sedihnya...

Walaupun dia telah cuba berkali-kali mencari penyeleasaian kenapa dia masih lagi tidak dapat merasa dunia yang penuh nikmat ini.

Sedangkan, saudara sesama manusia di sana hidup dalam serba kekurangan yakni hidup penuh dhaif.

Semuanya yang telah dia lakukan, berdoa, berharap pada orang, tetapi semuanya adalah sia-sia belaka.

Tetapi...


Dia bangkit dan bangkit mencari apa yang hilang.

Mencari tentang erti kehidupan. Yang sedihnya semua dia baca adalah tidak memberi impak yang positif.

Sekadar motivasi sesaat sahaja.

Kehidupannya beralun-alun, kejap naik, kejap turun.

Dan akhirnya, dia jumpa jua apa yang hilang, apakah "benda" yang hilang itu.

Jawapannya adalah...

Keluar dari Zone Selesa


Apakah dia si Zon selesa?

Zon selesa ialah orang yang duduk di bawah tempurungnya. Bersembunyi di tempat tinggalnya. Tidak berani untuk keluar daripada tempurungnya.

Walaupun hanya perlu berjalan beberapa langkah, dia tetap tidak berani melakukannya.

Hamka berpesan,

Walaupun anda duduk di luar zon selesa, tetapi tidak semestinya anda berada dalam zon kesusuhan. Duduk di luar hanyalah sedikit kurang selesa, umpama berbasikal pergi ke kedai.

Selama ini dia bersembunyi di bawah tempurungnya, dan akhirnya dia berjaya keluar juga.

Yang peliknya, macam mana dia boleh keluar?

Jawanpannya kita perlu berpengan pada 3 perkara,

Pertama: BERANI

Kedua: GEMBIRA

Ketiga: TERUJA

Sekiranya, kita mengikuti 3 pengangan ini, Insya Allah lepas keluar daripada zon selesa.

Ceritanya, dia BERANI mengambil tindakan untuk berada di luar zon selesanya.

Dan lebih hebat lagi dia GEMBIRA dengan tindakan yang dia telah buat.

Malah lebih hebat lagi, dia TERUJA untuk mengetahui apakah yang ada di luar zon selesanya.

Baginya, itulah nikmat yang hebat. Nikmat yang dia perlu rasa. Nikmat yang dia perlu merasai sendiri sembelum dia mati.

Tetapi...


Di kala malam hari, dia berasa sedih kembali, sebab dia kembali dalam zon selesanya kerana di malam hari dia perlu berehat di bawah tempurungnya.

Dia terfikir lagi, bagaimanakah pula untuk dia kembali segar sepertimana dia merasa nikmat di luar zon selesa?

Jawapannya adalah dengan melakukan perkara yang paling dia sukai.

Dia tanya pada diri sendiri, apakah sebenarnya yang menyebabkan dia merasa kembali hidup?

Jawapan yang sebenar-benar dia menjawab adalah menulis...

Itulah perkara yang dia paling sukai.

Jadi, dia menulis untuk kembali segar dan ceria. Merasa nikmat hidup kembali, lalu dia menghantar pada blog peribadinya.

Sampai di situ sahaja kisahnya, walaupun sebenarnya 2 hari berturut-turut dia telah berjaya ponteng sekolah.

Apakah agaknya pandangan si pembaca dan si penulis?

Hmm.....

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

No comments

Leave a Reply

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Danial Abdul Rahim