Kejayaan Kekal Abadi: Maklum Balas

Di kala malam hari,

Kepalanya pening teramat sangat,

Ingin juga dia menulis kerana teringin.

Biarlah dia melakukannya, sedangkan dia tidak tahu sama ada dia boleh menulis keesokan harinya.

Hari ini dia belajar sesuatu teramat berharga yang membolehkan dia menjadi seorang berjaya lalu kekal abadi.

Sedikit Tetapi Terpaku


Mula-mula, dia telah berjaya melancarkan Servis Blogspot Mesra SEO Disayangi Google. Tetapi dia menjadi letih dan penat lalu kepalanya pening kepalang.

Teramat pening dan dia belajar sesuatu perkara.

Sekiranya perkara ini berterusan maka jawabnya, tidak lama untuk dia bertahan.

Tetapi, kalau dia benar-benar mahu berjaya, dia harus berhenti melakukan servis ini. Biarlah pelanggan yang terakhir yang mencuba.

Selepas itu, tutup serta merta. Memang tidak disangkakan.

Mula-mula dia berharap agar servis ini mampu mengubah kerjaya blogger dia, namun apa yang dia dapat lihat, dia terpaksa berkerah tenaga sepenuhnya.

Jadi, mengikut pengvisualannya, dia ingin mereka template atau lebih hebat lagi, dia "telah" berjaya mereka template untuk blogspot dengan banyaknya atau lebih lagi.

Walaubagaimanapun, dia tetap percaya suatu hari ini dia akan menjadi seorang Jutawan Blogger Malaysia yang terkemuka. Menjadi tokoh blogger Malaysia.

Dapat perhatian ramai pada masa itu. Sungguh seronok rasanya baginya.

Pengajaran


Sekiranya kita mahu perniaga untuk jangka masa yang abadi, pilihlah sesuatu yang senang tetapi berkekalan.

Contohnya, buatlah template untuk blogspot lebih baik daripada Servis Mesra SEO.

Jual produk lebih menguntungkan berbanding menjual servis.

Alangkah indahnya, sekiranya kita berjaya menjana duit berkali-kali dengan "list".

Itulah perancangan dia. Dia mahu membina list yang tepat lagi benar.

Yang benar-benar membantu dia dalam dunia blog. Sehinggakan akhirnya dia tetap berjaya menjana sehingga 6 angka.

Terkejut dibuatnya, itulah adalah visi baginya.

Hukum tarikan yang penting.

Sekadar merepek.

Semoga ia dapat memberi inspirasi yang lebih kepada anda yang telah berjaya membaca sampai akhir...

FIN

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

No comments

Leave a Reply

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim