5 Tips Produktiviti untuk Pemalas

Apabila hari demi hari hidup di dunia tanpa rasa hidup.

Maka perasaan di hati kembali mati.

Bila ia terjadi maka hidup tidak bermakna, dalam kesedihan, kesepian.

Tidak pernah sekalipun rasa bersalah, hanyalah rasa mati...

Mati....

Dan mati....

Sekembali itu, cuma satu punca masalah sahaja yang ditemui, iaitu malas.

Namanya sering kali disebut. Tidak kira di mana sahaja.

Persoalan kembali lalu tertanya-tanya:

Kenapakah aku malas? Kenapa aku tidak menjadi manusia yang memberi manfaat? Kenapa?

Sebagaimana ia terus, terus ditanya. Lagi ditanya selagi itu seperti mayat hidup.

Maka, dia bangun. Bangun kembali mencari apakah yang sebenarnya membuatkan dia seorang yang mati.

Jadi inilah hasil cariannya.

#1 Membunuh Gangguan yang Membunuh


Keluar daripada rumah, bilik atau tempat kerja sebentar.

Lihat apa yang membuatkan anda kurang selesa?

Jawapannya sudah diketemui, iaitu gangguan:
  • Manusia yang meminta tolong
  • Notifikasi Facebook
  • Keadaan yang berselerak
  • Berbau busuk
  • Dan segala jenis gangguan

Pertama: Berselerak


Apabila keluar daripada satu tempat, cuba lihat daripada pelbagai sudut yakni perspektif.

Mengenal pasti apakah faktor yang menyebabkan tempat itu berselerak?

Terdapat 3 faktor utama iaitu:
  • Pakaian
  • Alatan
  • Sampah sarap

Cuba cari dan buang dahulu objek-objek yang tidak guna. Dan sekiranya alatan tersebut PENTING yakni diperlukan untuk hidup maka simpanlah ia.

Tetapkan satu matlamat,

Lagi kurang objek, lagi kurang gangguan.

Percayalah, sekiranya melakukan apa yang disuruh maka anda akan dapat melihat hasil yang luar biasa.

Kedua: Internet


Jika kalau tuan hamba masih lagi membuka facebook, mohon ditutup.

Berilah komitmen sepenuhnya kepada perkara yang hendak dilakukan. Jangan benarkan bunyi yang menyeksakan itu menganggu ketika melakukan tugasan.

Paling pantang sekali apabila perkara yang berbunyi dan bergerak.

*Ting...*

Pasti mahu melihatnya.

Untuk memastikan mengelak segala gangguan alam maya maka buanglah, tutuplah ia segera.

Antara cara mengatasinya ialah:
  • Tutup segala browser yakni pelajar
  • Disconnect internet apabila tidak memerlukannya
  • Pastikan buat kerja dalam fullscreen
  • Dan akhir sekali bunuh segala gangguan yang berkait

Ketiga: Orang-orang


Masya Allah, terasa amat bengang dan marah apabila mengalami situasi begini,

"Abang, tolong angkit barang jap"

Ataupun lebih parah lagi,

"Abang tolong off lampu jap"

Padahal tugasan itu amat mudah dan terlalu mudah. Kenapa jadi begitu? Kerana mereka malas.

Memang sekarang manusia malas-malas belaka. Hanya doakan supaya manusia rajin-rajin belaka untuk selama-lamanya.

Aamiin.

Sekiranya tugasan yang sedang dilakukan secara solo, maka berilah tahu kepada "orang-orang" tentang tugasan penting yang tengah dilakukan.

Cara-cara mengatasinya ialah:
  • Tutup pintu bilik dan kunci
  • Tutup handphone dan segala jenis alatan komunikasi
  • Pesan kepada orang-orang supaya jangan ganggu

Ingatlah, sentiasa kurangkan gangguan yang membunuh. Cuba bayangkan, jikalau berada di padang pasir maka tiada siapa pun yang sudi mengganggu kita.

Cuma keadaan panas sahaja yang menganggu.

Keadaan zen adalah keadaan yang TERBAIK!

#2 Menjadual Tugasan


Satu demi satu gangguan dibunuh, kasihan juga rasanya. Tidak mengapa kejamkan diri untuk masa hadapan.

Biarpun terpaksa berada di luar zon selesa. Biarkan ia berlaku.

Maka, keadaan sekembali tentang seumpama bunyi derasan air terjun yang sungguh nyaman sekali. Maka menjadual tugasan adalah langkah seterusnya.

Teknik "To-Do-List Paling Berkesan"

Dalam sehari ada 3 zon waktu yang teristimewa iaitu:
  • Pagi
  • Petang
  • Malam

Buat jadual mengikut zon itu.

Contoh yang terbaik:

Tugasan Produktiviti


PAGI
- Gembira kerana berjaya solat sunat dhuha
- Seronok kerana berjaya menulis satu artikel yang epik
- Teruja kerana berjaya menyiapkan tugasan laporan

PETANG
- Bersemangat mengemas bilik dengan sebaik-baiknya
- Bertenaga menyiapkan makanan petang
- Teruja kerana berjaya mengoptimumkan blog Mesra SEO disayangi Google
- Gembira bermain bola kerana berjaya masukkan 3 biji gol

MALAM
- Bertenaga & seronok mengaji secara lancar
- Sungguh terharu kerana berjaya menaip tentang tips produktiviti untuk pemalas
- Bersemangat merancang hari esok

Sekembali sebelum terlupa. Apabila mahu menulis To Do List, pastikan anda meletak elemen emosi sebagaimana dalam contoh tadi.

Kenapa?

Kerana ia menarik Hukum Tarikan.

Apabila menulis, saya gembira kerana memandu kereta Forte milik saya dengan lancar.

Otak akan terbayang, saya memandu kereta Kia Forte dengan gembira, perasaan di hati sungguh berdebar-debar tetapi tetap diteruskan juga. Pengalaman yang sungguh hebat.

Biar ia lebih jelas lagi,

Bentuk dia, sungguh menawan, bunyi deruman enjinnya. Masya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu.

Ingat: Elemen emosi harus ada untuk Hukum Tarikan.

#3 Satu Tugasan dalam Satu Masa


Multi-tugasan adalah "silent killer"

Kerana apabila kita melakukan tugasan terlalu banyak dalam satu masa, keadaan manusia tidak boleh tampung lalu ia akan menyedut tenaga secara drastik.

Malah lebih teruk lagi, melakukan banyak tugasan dalam satu masa boleh memeningkan kepala.

Cuba tenangkan minda, dan bayangkan situasi ini,

Sedang memandu kereta dan tiba-tiba telefon bimbit berdering lalu menjawab dan layan... Lagi teruk, si orang sebelah sibuk menanya siapa itu? Kekasih simpanan?

Pertanyaan demi  pertanyaan dia menyakan. Sudah jatuh ditimpa tangga.

Sebermula dari sekarang, hanya lakukan SATU tugasan dalam satu masa.

Sebagaimana sudah dinyatakan dalam topik satu, "Membunuh Gangguan yang Membunuh".

Menaiki tangga satu langkah demi satu langkah.

#4 Lakukan Tugasan dengan Hebat


Masya Allah, besarnya, tidak tertanggung dibuatnya. Sungguh besar tugasan itu.

Orang-orang mahu buku yang berjudul "Seni Bina Blog: Menjana 4 Angka dengan Blog" dalam masa 30 hari. Susahnya.

Jangan risau. Caranya ialah dengan memecahkan tugasan menjadi kecil-kecilan.

Memang menulis buku amat susah dan susah.

Sebab itu wujud Indeks yakni kandungan.

Jangan takut, pecahkan ia menjadi kecil dan lakukan tugasan menggunakan Teknik Pomodoro.

Teknik Pomodoro: 25 minit berkerja(melakukan tugas) + 5 minit rehat = 30 minit.

Ulang Teknik Pomodoro 4 kali maka berehatlah 15 minit hingga 30 minit untuk kembali cergas!

#5 Mengecas Tenaga Sebaik-baiknya


Walaupun sudah menggunakan Teknik Pomodoro tetapi badan rasa amat letih dan letih. Sesungguhnya janganlah dipaksa kerana ia menyebabkan mati awal.

Mengatasi dengan bijak:
  • Berehat dengan baring lalu lelaplah mata
  • Berehat bersama keluarga tercinta
  • Berehat dengan menyaksikan pemandangan yang indah
  • Berehat dengan memakan makanan dengan perlahan-lahan.
  • Berehatlah, berehatlah dengan mandi yang hebat.
  • Berehatlah dengan mengambil air wuduk
  • Berehatlah dengan menunaikan solat sunat.

Nescaya tenaga manusia sekembali penuh amat bertenaga

Daripada Penulis


Hari yang indah, malam yang mulia.

Allah turun ke muka bumi sedekat-dekatnya mengikut khabar yang didengari.

Tunai lah Solat Tahajud nescaya rahmat akan dapat.

Lakukan segala tugasan hanyalah kerana-Nya

Maka langit dan orang+bumi menghormati kalian.

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

2 comments:

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim