2 Penulis Online yang Saya Kagumi lagi Berinspirasi

Tanpa guru, siapalah kita.

Setiap orang mempunyai mentor sendiri. Bahkan, kita juga sebenarnya mentor kepada orang lain tanpa diketahui.

Dan setiap mentor-mentor yang ada mestilah betul dan pakar dalam bidang tersebut.

Andai mentor tahu "gitu-gitu" sahaja. Maka anak didiknya juga tahu "gitu-gitu" sahaja.

Tetapi, dalam artikel ini bukan cerita tentang bagaimana memilih mentor yang betul lagi tepat.

Dalam artikel kali ini saya kongsikan siapakah mentor-mentor penulisan online. Yang memberi tunjuk ajar kepada ku. Yang terbaik lagi benar-benar berinspirasi orangnya.

Nak kenal siapakah mereka?

Baca lagi...

Rahul Kuntala


Profesional Blogger yang pertama memberi inspirasi kepada saya untuk menulis killer article. Bayangkan, penulisan beliau sangat persuasif, seronok, mudah faham dan segala tips yang beliau beri tepat dan sudah tentu betul.

Beliau adalah pengasas Learn Blog Tips. Antara blog yang popular. Dalam blog beliau, kebanyakkannya mengajar bagaimana menulis artikel-artikel online yang epik.

Apa yang saya tidak boleh dilupakan ialah artikel How the ‘Art of Flirting’ Can Make You A Better Writer. Bagaimana beliau memberi analogi mudah tentang pembaca blog.

Dan antara karya yang terhebat beliau juga ialah eBook The Lazy Man's Guide to Creating Viral Content. Ringkas dan padat. Penuh dengan isi-isi bagaimana untuk menulis artikel online yang epik. Memang itu fokus beliau. Artikel online yang epic.

Selain itu, beliau juga pengasas bersama blog Blogging Slogan. Boleh dikatakan, blognya sentiasa update entri-entri baru yang segar tentang blogging tips.

Sememangnya, banyak jasa beliau yang telah dicurahkan kepada saya. Memang saya peminat setia beliau. Setiap interview dan entri saya baca.

Oleh sebab itu, saya boleh menulis artikel online dengan mudah. Terima kasih mentor ku :)

Henneke Duistermaat


Oh, jangan tanya betapa hebatnya beliau dalam dunia copywriting. Sungguh menggiurkan, sangat menarik orangnya, setiap ayat yang beliau tulis sungguh persuasif.

Terpesona dengan keindahan ayatnya

Henneke adalah pengasas Enchanting Marketing. Sebuah blog yang sarat dengan tips copywriting, web copy dan sales later.

Boleh dikatakan setiap artikel beliau hasilkan menyelesaikan masalah saya.

Beliau sememangnya berpengalaman lebih 15 tahun dalam dunia content marketing

Dan beliau juga minat berbasikal, walaupun beliau merupakan seorang wanita (Mula-mula saya ingat beliau lelaki, tetapi selepas baca di blog Boost Blog Traffic, baru tahu).

Antara artikel yang saya kagumi ialah How to write seductive sales copy like Apple. Dalam artikel tersebut, beliau ajar tentang bagaimana Apple menulis ayat-ayat yang menggoda.

Apa yang saya dapat dalam artikel tersebut ialah; Ayat biar pendek. Boleh mula menulis ayat dengan perkataan, sebab, dan dan seterusnya.

Dan beliau juga mempunyai eBook sendiri iaitu 21 Easy Tips to Turbocharge Your Web Copy and Win Customers.

Secara keseluruhannya, beliau memang benar-benar pakar dalam bidang copywriting.

Daripada Penulis


Setakat ini, memang 2 itu penulis online (English) yang saya kagumi dan minat. Yang lain, setakat suka itu boleh. Kalau lebih tidak-tidak rasanya.

Sebabnya ramai penulis online perlu belajar dan menguasai penulisan online yang betul. Oleh kerana penulisan online jauh bezanya dari penulisan offline.

Saya tahu, ramai lagi yang lebih hebat daripada mereka. Tetapi 2 orang itulah yang sentiasa memberi inspirasi dan motivasi kepada saya supaya menulis sehingga kini.

Kalau tak kerana mereka mungkin saya tidak sampai di sini.

Dan kalau tak kerana mereka jugalah penulisan saya tidak berevolusi.

Apa yang penting, perlu ada keghairahan tentang perkara yang kita lakukan dan sentiasa fokus pada kejayaan.

Nescaya... ramai yang tergoda dengan penulisan kita.

Cuba mula menulis. Maka inspirasi datang mencurah-curah.

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

2 comments:

  1. hang baca gak blog diorang? Haha..

    bagus, bagus. Diorang antara yang bagus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoho. Wajib baca, kalau tidak memang teruk penulisan aku.

      Terima kasih Tuan Titan. :)

      Delete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim