HASRULHASSAN.COM Promosi Blog Baru

Promosi Blog Baru oleh HASRULHASSAN.COMAssalamualaikum dan salam kebahagiaan dan kemewahan.

Alhamdulillah saya terjumpa segmen yang terbaik untuk blogger baru.

Segmen ini bertujuan untuk mempromosikan blog baru supaya dikenali dan mendapat trafik yang mencanak.

Bukan itu sahaja, mana-mana blog yang nampak menarik akan dipilih untuk diketengahkan dalam Blog Baru Pilihan 2013.
Dan segmen ini juga banyak manfaatnya.

Mahu sertainya? Baca dahulu syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Apakah syarat-syaratnya?
  • Blogger yang mempunyai kurang 500 follower
  • Buat satu entri yang bertajuk - HASRULHASSAN.COM Promosi Blog Baru
  • Kandungan entri - Ceritakan serba sedikit mengenai diri dan blog anda (tidak lebih daripada 150 patah perkataan)
  • Dalam entri masukkan banner yang telah disediakan dalam entri: Segmen HASRULHASSAN.COM Promosi Blog Baru
  • Selepas siap segala tugasan, hantar URL entri segmen pada form yang telah disediakan dalam entri ini
  • Entri penyertaan mesti dihantar sebelum atau pada 25 Mei 2013 menerusi form yang telah disediakan. Hanya satu entri untuk satu blog, untuk seorang blogger

Syarat lain? Baca lagi di: Segmen HASRULHASSAN.COM Promosi Blog Baru.

Maka.. bermulalah cerita tentang saya dan blog ini.

Siapakah saya?


Secara ringkasnya, saya ialah Danial Abdul Rahim.

Seorang penulis online yang ghairah tentang copywriting, blogging, blogspot dan CSS.

Saya juga seorang pecinta Islam yang berjiwa seni.

Peminat Insyirah Azhar, Dr. Azizan Osman, Rahul Kuntala dan Henneke Duistermaat.

Dan saya seorang Blog Editor di Sedut Software Sampai Lebam (SSSL).

Selain itu, saya juga penulis eBook Rahsia Google PageRank.

Antara kejayaan yang terunggul saya ialah Servis Blogspot Mesra SEO Disayangi Google. Yang di mana saya optimasikan templat-templat blogspot supaya lebih mesra SEO, HTML5 dan paling penting dapat kedudukan yang tinggi dalam SERP.

Pengasas Seni Bina Blog dan Danialde4.

Apakah blog Danial Abdul Rahim?


Blog ini ialah blog personal saya.

Yang di mana saya kongsikan segala minat dan perkara yang saya pelajari seperti:

  • Blogging
  • Blogspot
  • Motivasi ketuhanan, kejayaan, kebahagiaan dan inspirasi ke arah positif

Malah lebih lagi:
+ Pemasaran
+ Content marketing
+ Bisnes internet
+ Copywriting
+ Dr. Azizan Osman
+ Dll

Tujuan utama saya bina blog ini adalah untuk mengubah diri saya menjadi lebih positif dari segi pemikiran, sikap dan gaya hidup.

Apa yang kita fokus, itu yang kita dapat.

Apa kata anda?


Saya sudah sertai segmen oleh Blogger Hasrul Hassan.

Anda bila lagi?

Andai anda ingin menyampaikan sepatah dua kata, dipersilakan komen.

Andai anda suka entri saya, mohon share di Facebook,  Google+ dan lain-lain lagi. Terima kasih ;)

Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

5 comments:

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim