Kenapa Manusia Kaya?


Apabila ditanya kepada mana-mana orang sekalipun, pasti akan menjawab: "Ya, saya mahu kaya."

Tetapi, ada juga sesetengah orang tidak suka akan kekayaan. Adakah ia pelik? Tidak.

Dan saya adalah salah seorang yang mahu menjadi kaya. Jadi, saya kaji lebih dalam kenapa manusia kaya dan apakah perbezaan orang kaya dan orang miskin.

Kajian demi kajian saya lakukan, membaca buku tentang kekayaan dan pelbagai lagi cara yang saya usahakan untuk memahami kekayaan.

Dan akhirnya, jumpa juga jawapannya. Sudah bersedia untuk mengetahuinya?

Baca lagi...

1. Mindset


Pernah dengar hadis ini:

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." ~ Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir.

Memang tepat apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW. Hati adalah dunia dalaman. Dan jika dunia dalaman rosak, nescaya dunia luaran juga rosak.

Apa kaitan dengan mindset? Mindset dan hati adalah dunia dalaman. Dipermudahkan, andai dunia dalaman kita kaya, maka dunia luaran juga kaya.

Orang kaya dunia dalamannya kaya dan berjaya. Orang miskin dunia dalamannya miskin. Itulah perbezaan antara orang kaya dan orang miskin.

Tetapi, nak ubah mindset dan hati jadi kaya dan berjaya ambil masa sedikit. Oleh kerana persekitaran mempengaruhi mindset dan juga hati kita.

Maka, bagaimana pula untuk kita tukar persekitaran yang miskin kepada kaya dan berjaya?

Mudah sahaja: Berkawan dengan orang kaya dan berjaya.

Nak kenal pasti sama ada rakan kita itu seorang yang kaya dan berjaya atau tidak sangat mudah. Kata kepada rakan-rakan: "Bro, aku nak jadi kayalah."

Lihat apa respon rakan-rakan kita. Andai jawab: "Bagus, teruskan impian kamu. Kami semua sokong dari belakang."

Namun, jikalau rakan-rakan kita yang menjawab begini: "Nanti kalau aku kaya, aku lupa diri. Tak naklah jadi kaya."

Lantas, kita perlu tukar persekitaran yang kaya dan berjaya dengan serta merta. Tinggalkan rakan-rakan sebegitu kerana ia akan merosakkan dunia dalaman kita untuk terus jadi kaya dan berjaya.

Buka Facebook dan lihat berapa ramai rakan-rakan kita yang menulis status negatif. Selepas itu, unfriend sahaja.

Serius, unfriend sahaja. Nak buat apa hidup dengan mereka lagi?

Dr. Azizan Osman banyak kali pesan, kalau nak berubah jadi kaya dan berjaya jangan beri tahu kepada orang lain. Bila dah jadi kaya dan berjaya, barulah beri tahu nak berubah.

Oleh kerana apabila kita beri tahu yang diri sendiri nak berubah kepada rakan-rakan yang negatif, rakan-rakan akan mematahkan niat murni kita.

Tidak semestinya rakan-rakan. Ibu bapa, keluarga, kekasih hati dan sebagainya juga boleh jadi penghalang untuk kita berubah.

2 cara untuk buang halangan itu:
  • Tinggalkan mereka dengan berhijrah (Berpindah ke tempat lain yang lebih baik).
  • Bersahabat dengan orang-orang yang kaya dan berjaya.

Kesimpulannya, orang kaya mempunyai mindset abundance yakni minda yang suka memberi. Orang miskin mempunyai mindset poverty yakni minda yang suka meminta.

2. Kepercayaan


Kepercayaan juga adalah penyebab kenapa seseorang itu kaya ataupun miskin.

Tanya kepada diri kita sendiri: "Apa yang aku percaya tentang kekayaan?"

Andai kita jawab: "Kekayaan adalah bagus dan ia adalah lambang kebebasan."

Memang bagus kepercayaan yang sebegitu rupa. Saya suka dan sokong sepenuh jiwa dan raga.

Tetapi... Andai kita menjawab: "Nanti kalau aku kaya nanti, takut hidup tak bahagia."

Memang itulah yang kita dapat. Lihat sini, baca baik-baik. Apa yang kita percaya menghasilkan realiti.

Sesetengah orang sudah banyak memberi, memberi dan memberi. Dan yang peliknya, kenapa masih lagi miskin?

Oleh kerana: Dia percaya lagi banyak memberi, lagi miskin. Dalam mindanya sudah disetkan, "Kalau lagi banyak aku beri, maka lagi miskin aku jadi."

Oleh sebab itu, mempunyai kepercayaan positif tentang kekayaan adalah penting lagi fundamental.

Kadang-kadang, saya memang sedih melihat keluarga saya, rakan-rakan saya dan orang-orang sekeliling. Mereka banyak sangat berpegang teguh akan kepercayaan negatif. Dan menerimanya sebagai kenyataan.

Kenapalah mereka perlu sengara dengan kepercayaan negatif. Bebaskan minda mu. Buka mata besar-besar. Tidak perlu sibuk sangat dengan GST.

Apa yang penting perbaiki dunia dalaman kita, kewangan kita dan berfikir seperti jutawan.

"Danial, kamu cakap senanglah. Kamu pun belum kaya."

Ya, saya memang belum sampai masanya lagi untuk hidup mewah. Tetapi, saya jamin dan pasti suatu hari nanti. Bukan suatu hari, tetapi SEKARANG. Saya memang dilahirkan seorang jutawan. Kita semua sememangnya dilahirkan untuk menjadi seorang jutawan.

Dan saya sedar yang saya adalah seorang jutawan harta dan jiwa.

Sekarang, saya sedang melalui proses untuk jadi jutawan. Kita semua juga sedang mengalami prosesnya.

Tidak kiralah sama ada kita duduk di mana sekalipun. Di Hutan Amazon, Afrika dan sebagainya. Tetapi, kita memang sudah tertulis untuk jadi jutawan.

Kepercayaan yang kuat menghasilkan realiti yang pasti (muktamad). Dan kepercayaan yang sejati adalah harta yang paling mahal di dunia ini.

2 Cara untuk Menggantikan Kepercayaan Negatif Kepada Kepercayan Positif:
  • Bersangka baik sepanjang masa.
  • Jerit kepada diri sendiri pada setiap hari di kala selepas bangun dan sebelum tidur: Aku kaya dan berjaya.

Ya, jerit. Oleh kerana apabila kita cakap seperti biasa, dunia dalaman tidak terkesan dengan apa yang kita cakap. Namun, andai jerit, ia pasti menggegarkan dunia dalaman.

3. Kenapa?


Yang terakhir lagi penting.

Tanya kepada diri sendiri: Kenapa aku mahu kaya?

Tulislah seberapa banyak jawapan di atas kertas. Tulis sesampaikan kita menangis. Tulis sehinggakan kita jumpa satu jawapan yang paling tepat.

Di kala itu, dunia mula berubah serta merta. Fikiran, hati dan tindakan mula fokus pada yang satu, iaitu sebab yang tersendiri.

Jawapan saya kenapa mahu jadi kaya sangatlah mudah. Saya mahu jadi jutawan adalah kerana mahu ubah nasib keluarga jadi kaya, berjaya dan bahagia serta mahu hidup bebas.

Apabila saya bebas ia bererti saya boleh lakukan apa sahaja yang saya suka, beli apa sahaja, melancong pada bila-bila masa di mana-mana sekalipun dan bercinta dengan kekasih idaman dengan sepuas-puasnya.

Indah bukan hidup kaya dan berjaya?

Di dalam buku Think and Grow Rich, karya Napoleon Hill. Kemahuan atau dalam bahasa Inggeris disebut DESIRE adalah perkara pokok yang mengubah hidup seseorang itu dari biasa-biasa ke luar biasa hebat!

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Daripada Penulis


Walau apapun, ada satu sebab yang terpenting untuk jadi kaya dan berjaya iaitu redha-Nya. Andai Allah tidak meredhai kita untuk hidup kaya dan berjaya di dunia, tiada gunanya berusaha sehinggakan nyawa-nyawa ikan.

Jadi, untuk mendapatkan redha-Nya kita mesti jaga hubungan dengan Allah.

Saya diajar dalam hubungan ada 3 perkara penting:
  • Kenal: Siapa Allah?
  • Suka: Adakah kita buat perkara yang Allah suka?
  • Percaya: Adakah kita was-was terhadap Allah?
Sebagai penutup, saya nak bagi satu potongan ayat Al-Quran:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." ~ Ar-Ra'd 13:11.

Maksudnya, kita 100% bertanggungjawab atas hidup ini.

Think Miracle. Do Miracle. Expect Miracle.

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

1 comment:

  1. AKU KAYAAA DAN BERJAYA NAK BUAT LAGU

    YA ALLAH AKU KAYA DAN BERJAYA

    ReplyDelete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Danial Abdul Rahim