2014: Tahun Baru, Template Baru


Tahun 2014, Template Baru
Syukur alhamdulillah. Tamat sudah tahun 2013.

Banyak kenangan indah berlaku dalam hidup saya. Antaranya dapat laptop baru, berjaya memulakan bisnes sendiri dan banyak lagi.

Segala ilmu yang saya pelajari dari awal tahun sehingga tamat tahun 2013 tidak ternilai.

Baiklah.

Izinkan saya kongsikan pengalaman dari awal tahun sehingga tamat.

Bulan Januari 2013: Berjaya Menghadiri Seminar Dr. Azizan Osman

Kadang-kadang, pelik juga bagaimana saya boleh kenal Dr. Azizan Osman dengan mudan dan seterusnya pergi seminarnya yang percuma tanpa ragu-ragu.

Bila difikirkan balik, rupa-rupanya saya mula-mula kenal beliau ketika membaca Majalah Niaga edisi Khas. Ketika itulah saya baca wawanca mengenai Dr. Azizan Osman.

Punyalah seronok banyak sehinggakan saya siap print sekali. Selepas itu, bagi pinjam kepada keluarga yang lain.

Alhamdulillah, dari situ saya mula mendalami arena keusahawan internet, konvensional dan pelbagai lagi bidang seperti content marketing.

Lalu, saya membuat sedikit kajian tentang Dr. Azizan Osman. Terjumpa 50 Tips Pemasaran POWER yang dikongsikan beliau. Dan semakin lama, saya semakin percaya kepada beliau.

Sehinggalah pada suatu hari, beliau menganjurkan seminar percuma iaitu Berani 2013.

Daftar di lokasi Hotel Riverfront, Ipoh, Perak.

Sejujurnya, saya tidak cukup umur. Saya masih lagi 17 tahun. Sepatutnya 18 tahun ke atas sahaja yang layak. Kenapa 18 tahun ke atas?

Anda kena datang sendiri baru tahu. ;)

... Seminarnya berlansung di kala malam hari. Dari pukul 7 sampai 11. Walaupun sekejap sahaja. Banyak ilmu yang saya perolehi.

Antaranya formula M.E.S.T.I.

Formula kekayaan dan kejayaan.

"Barang siapa yang berjaya menggunakan formula M.E.S.T.I sebaik mungkin, nescaya hidupnya terpaksa kaya dan berjaya."

Dan di penghujung seminar, saya belajar bagaimana bermeditasi untuk membayangkan impian saya ketika itu.

Saya membayangi vila putih yang cantik lagi kemas di tepi tasik. Ketika itu sedang duduk di tepi tasik dan menulis.

Pertama kali saya mempunyai cita-cita yang luar biasa. Itu baru sedikit. Saya tidak tahu sekiranya datang seminar beliau yang berbayar. Mesti lagi dahsyat.

Tamat sudah bulan Januari 2013.

Bulan Februari Hingga Mei 2013: Mengenali Cikpuan Insyirah Azhar

Mula-mula saya kenal blog Majalah Niaga. Selepas itu, saya kenal pula Tuan Aqif Azizan. Dan saya terkesima sebentar. Oleh kerana, tidak sangka di Malaysia juga ada copywriter.

Saya ingatkan hanya di negara luar sahaja ada copywriter. Tetapi, sangkaan saya benar-benar silap. Selepas itu, terbaca satu entri mengenai 9 Formula Pantas Seru Rezeki.

Ditulis oleh Cikpuan Insyirah Azhar. Dan dari situlah saya pertama kalinya mengenali beliau. Beli ebook-nya.

Baca tidak sampai 10 minit, sudah berjaya khatam. Sangat ringas tetapi padat dengan isi yang bermanfaat.

Saya cuba aplikasikan 2 sahaja formulanya. Alhamdulillah memang pintu rezeki saya terbuka. Dalam entri sebelum ini saya ada menulis mengenai ebook 9 Formula Pantas Seru Rezeki.

Dari akak Insyirah Azhar, saya kenal pula Dr. Joe Vitale. Kali ini, saya memang betul-betul belajar ilmu yang sangat-sangat tidak ternilai. Buku Dr. Joe Vitale yang pertama saya baca ialah Spiritual Marketing.

Ketika itu, mata saya terbuka luas. Sangat luas. Rupa-rupanya ini adalah sebab kenapa orang kaya semakin kaya dan sesetengah orang miskin semakin miskin.

Bukunya mengajar saya tentang Hukum Tarikan. Hukum yang sangat luar biasa. Ia sebenarnya sains. Tanyalah mana-mana pakar-pakar sains. Mereka pasti tahu apa itu Hukum Tarikan.

Andai kita pandai mengambil kesempatan ke atas Hukum Tarikan dengan cara yang betul. Nescaya hidup kita sentiasa bertuah, kaya dan berjaya.

Selepas itu, baca buku Attract Money Now, Give to Live dan banyak lagi buku beliau yang sangat hebat.

Bulan Februari hingga Mei adalah antara bulan yang terbaik.

Bulan Jun Hingga Disember 2013: Berjaya Memulakan Bisnes Pertama

Saya saja tulis di Faebook yang saya berjaya edit blog orang lain. Update status biasa-biasa sahaja. Tiba-tiba, ada seorang PM saya.  Rupa-rupanya Tuan Hamba Kerdil iaitu rakan lama yang banyak menbantu saya ketika susah.

... Dan dipendekkan cerita, dia nak saya edit blog beliau, blog Luharro. Edit dengan hati yang gembira sebab mengubahsuai blog adalah keghairahan saya.

Saya sangat suka edit blog. Selepas itu, saya saja kata nak upah.

Dan beliau tanya, "Berapa?"

Saya balas, "RM 30 boleh ka?"

Lalu, saya berjaya buat RM 30 pertama melalui internet. Seronok sangat ketika itu. Rasa macam baru sahaja dapat gaji RM 1,000.00. Seterusnya, saya naikkan harga servis.

Dari RM 30 ke RM 50. Selepas itu RM 70 satu blog. Sehinggalah sekarang RM 100 untuk pakej semua dalam satu.

Selepas berjaya buat bisnes, terpaksa fokus kepada SPM. (Fokus la sangat)

... Senyap seketika.

Tidak lama selepas itu, saya mula jadi Otaku. Ini semua kerana Sword Art Online. Sebuah karya yang hebat lagi menusuk kalbu.

Satu demi satu anime saya berjaya habis tonton. Allah. Banyak masa terbuang begitu sahaja.

Tetapi, saya belajar juga sedikit tentang DESIRE, definisi cinta dan banyak perkara lagi. Bagi saya, inilah proses kehidupan.

Sesampai penghujung tahun, saya kata pada diri saya, "Danial, kamu kena serius dengan masa depan kamu. Kalau main-main nanti, pasti hidup kamu susah."

Saya mula belajar jadi pomen di bengkel kakak. Belajar tentang kereta. Nampak jauh beza dengan blog. Tetapi, bagi saya ia sebenarnya hampir sama. Membaiki blog dan membaiki kereta. konsepnya lebih kurang sahaja.

Cuma online dan offline yang membezakannya.

Daripada Penulis

Cukup sekadar di sini. Sebenarnya banyak kisah-kisah inspirasi yang nak saya kongsikan. Sejujurnya, saya terlupa yang mana bermanfaat yang mana kurang bermanfaat.

Insya-Allah, pada masa akan datang. Saya kongsikan lagi kisah-kisah yang menarik. (Eh, menarik ke?)

Plan hidup saya nak bersara ketika berusia 30 tahun.

Jadi, tinggal 12 tahun lagi untuk saya bekerja keras. Dalam 12 tahun ini, saya cuba untuk bebas kewangan.

Bebas kewangan, banyak pilihan.

Andai tidak keberatan, silalah tekan like. Dan andai anda rajin, kongsikan apakah pengalaman menarik anda sepanjang tahun 2013 di ruang komenter.

Selamat tahun 2014. Saya doakan anda sekeluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu.

Beliau seorang penulis online. Peminat Insyirah Azhar. Blog editor Sedut Software Sampai Lebam (SSSL). Penulis eBook Rahsia Google PageRank. Pengasas Seni Bina Blog. Selain itu, beliau berjaya mengusaha lebih 20 Projek Blogspot. Antaranya, KeZoom SSSL dan banyak lagi.

STARTUPLOGY: Bagaimana Memulakan Bisnes Tanpa Risiko

4 comments:

  1. Wow..menarik ! All the best danial for 2014 :)

    ReplyDelete
  2. mana tau, leh bukak bengkel kereta sendiri nanti. hehe..

    ReplyDelete
  3. bagusnya adik..
    dari awal dah tetapkan matlamt nk bersara umur 30 tahun.
    i wish u all da best!!!

    usaha keras,diiringi doa,
    inshaAllah Allah will do the rest..

    ReplyDelete

Hubungi Saya

Name

Email *

Message *

Sumber Inspirasi

Danial Abdul Rahim